http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, August 4, 2011

BIRTHDAY DINAHANY 5 YEARS...At Kidz Play Yishun


Tidak seperti tahun lalu,Dina sambut hari lahir Dina hanya sekali sahaja setiap tahun. Tapi tahun nie,Dina menyambutnya sebanyak dua kali. Pada 17.07.2011,maka genaplah usia Dina 5 tahun. Dah besar dah anak mama dan papa. Alhamdulillah,mama dan papa akan selalu mendokan perjalanan hidupmu senantiasa diberkati Allah....
Pada hari tersebut,kita ke Kidz Play di Yishun.
Sengaja mama dan papa nak memberikan kelainan bagi Dina menyambut hari lahir pada kali ini.
Meski pun tiada jamuan seperti selalu,tapi kami harap Dina akan bergembira menyambutnya di tempat yang sememangnya Dina suka.
Walaupun tempat ini tidak begitu besar,tapi bagi mama ianya dah mencukupi untuk Dina gembira melalui hari lahir Dina. Terutamanya bila Dina melihat ada air pancuran,belum pun sempat potong kek hari jadi,Dina dah nak main air...Melihatkan gelagat dan karenah Dina nie,dah cukup buat hati kami berdua bahagia....

Hampir 3 jam juga Dina bermain air. Sekejap berlari ke sana,sekejap lagi berlari ke sini. Mama dan papa pun asik2 tercari2 di mana gerangan Dina pergi....meski sorang2 pun,Dina tetap happy bermain...

Selain daripada tempat mainan yang ada air pancuran,ada gak patung2 binatang yang cantik nie. Ada patung itik,ladybug,ulat,rama-rama,lembu dan macam2 lagi.Masa mama kecil dulu,memang tiada peluang pun nak pergi tempat macam nie....

Begitulah acara sambutan hari lahir Dina yang pertama untuk tahun ini. Pastinya ia cukup bermakna buat mama sebab dapat melihat papa menyambutnya bersama Dina. Selepas ni mama akan masukkan pula acara sambutan hari lahir Dina yang kedua di
Taman Rama-rama,Melaka.
Selamat Hari Lahir
DinaHany...

DINAHANY DI SINGAPORE ZOO


Lama dah mama nak ajak Dina ke Zoo Singapore....sebab mama tahu Dina memang suka tengok binatang. Namun kesempatan itu tidak pernah ada sehinggalah papa pulang baru kita ada peluang ke sana. Lagipun papa pun sama gak dengan Dina,suka tengok binatang...

Sebenarnya mama juga nak beri Dina dan papa peluang dan masa untuk bersama. Maklum jelah,Dina baru nak sesuaikan diri degan papa setelah sekian lama kita berjauhan. Melihatkan gambar2 nie,mama percaya,Dina gembira melalui masa berharga ini bersama papa.

Sebenarnya banyak perubahan yang berlaku di Singapore Zoo. Dulu masa mama pergi xde xtvt naik boat dan juga tempat permainan budak2 yang siap ada taman tema air lagi...Kelakarnya tengok muka Dina ketika itu marah kat mama sebab mama x bawa baju mandi Dina. Sorrylah sayang,tempat ni baru di buka,dulu memang xde..next time kalau mama pergi,mama bawa baju mandi untuk Dina okay..

Lagipun,banyak kawasan di Singapore Zoo ni masih dalam ubahsuai. Waktu tu sempat juga kita tengok pertunjukan binatang....dan juga naik tram...mama harap kenangan ini akan jadi kenangan berharga untuk Dina.

Setelah seharian kita menghabiskan masa di zoo,memang terlihat kepenatan yang menguasai Dina. Memang letih berjalan sebab kawasannya sungguh besar. Waktu balik dalam bas,Dina siap tertidur lagi...apapun kita kena ucap TQVM kat papa sebab bawa kita ke sana...Okay papa,lain kali papa bawa mama n Dina lagi yea...

DINA DAN PAPA...


Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah sekian lama pertemuan itu tidak berpaut...maka pada tarikh 9 hb Julai 2011,papa pulang kepangkuan kita...masa papa tinggalkan Dina dulu,Dina baru jer berusia 4 bulan,sekarang nie Dina dah hampir mencecah ke usia 5 tahun. Memang tempoh masa yang begitu lama telah mendatangi kita....detik itu,hanya Tuhan saja yang tahu betapa mama memerlukan ketabahan dan kekuatan hati untuk membesarkan Dina seorang diri...namun mama selalu percaya bahawa Tuhan itu maha Adil....

Melihatkan kemesraan Dina dengan papa,hati mama cukup terusik sebenarnya. Sebelum ni,mama takut sangat kalau Dina tidak boleh menerima papa dalam kehidupan Dina,maklum sajalah,kita dah biasa hidup berdua....mama tahu,saat2 sebegini jugalah yang telah lama Dina nantikan....detik2 bersama papa,merasa kasih sayang papa seperti kawan2 Dina yang lain. Meski sebelum ini,ada kawan2 Dina yang mengatakan Dina xde papa,tapi x mengapalah....mereka semua belum memahami kejauhan yang terpaksa Dina dan mama lalui.
Dan hakikatnya kini,masa sedih itu telah berakhir.....

Aktiviti pertama yang kita lakukan bersama papa adalah jalan2 kat AMK Central. Waktu itu, mama lihat ada ketikanya Dina masih malu2 dengan papa. Tapi bilamana mama pegang tangan papa jer,Dina pun mulalah cemburu dan minta mama leraikan pegangan tangan tu. Selepas itu,barulah Dina nak pegang tangan papa...mama faham situasi Dina yang cuba untuk mencari penyesuaian bersama papa....Malam tu,Dina dapat naik motor...motor kecik yang Dina bole pandu sendiri...Masa mula2 naik tu,Dina x pandai nak kawal arah dan brake....tapi tu sekejap aja. Lepas tu Dina pun mulalah enjoy dapat bermain sesuatu yang Dina tidak pernah main sebelum ini...

Hari kedua kita menghabiskan masa bersama papa dengan melakukan aktiviti yang paling Dina gemari iaitu gi swimming kat Yio Chu Kang. Erm...aktiviti nie memang menjadi aktiviti yang ditunggu2 Dina. Manakan tidaknya,walau pun dah hampir 2 jam berenang dan bermain air,namun Dina masih merasa belum puas lagi....Bila mama dan papa ajak balik,Dina kata nanti...so terpaksalah mama dan papa pujuk Dina untuk pergi lagi lain kali....

Hari berikutnya kita berjalan2 ke Vivocity. Ingatkan nak menjengah ke Sentosa,tapi tak sempat. Namun papa dah janji untuk bawa kita ke Sentosa nanti...Papa juga dah janji nak ajak Dina naik cable car. Mesti Dina akan teruja dan happy dapat melalui saat-saat indah bersama papa waktu tu...mama pun dah tak sabar gak nak ke Sentosa semula...sebab banyak kenangan antara mama dan papa di Sentosa sebenarnya...

Alhamdulillah sayang,sekarang ni keluarga kita dah cukup lengkap. Dina punya mama dan papa yang akan selalu berada di sisi Dina dalam melalui rentetan kehidupan ini. Mama dan papa juga akan terus berjanji dengan Dina,untuk mendidik Dina dengan baik. Kalau dulu hanya mama seorang yang berkongsi kehidupan membesarkan Dina,tapi kini,papa juga akan turut sama berkongsi dalam membesarkan Dina menjadi anak yang paling hebat...Insya-Allah,kami akan lakukan yang terbaik untukmu DinaHany....

1 MURID 1 SUKAN.....


Sudah hampir 2 bulan lamanya mama tidak berkesempatan untuk updates blog nie...meski di putaran minda senantiasa menginginkan agar mama memasukkan aktiviti2 terbaru yang Dina sertai,namun kekangan waktu seringkali membuatkan masa 24 jam itu tidak pernah cukup untuk mama meninggalkan kenangan di laman ini....apapun,insya-Allah,mama tetap akan menitipkan sesuatu untuk Dina kenangi.....untuk Dina tetap rasai kasih sayang dan cinta mama pada Dina selama ini....

Okaylah....berbalik pada cerita Dina...pada bulan Jun yang lalu,sekolah Dina telah menyertai sukaneka yang diadakan di Sek Agama Morni Pok sempena Karnival Pasaria dan Jualan Amal di sekolah tersebut. Masa teacher Zaiha bagitau Dina ada masuk acara jer...mama dah tertawa...sebabnya,yang mama tahu anak mama nie tidak begitu berminat dengan acara sukan. Maklumlah,sejak kecil lagi,mama memang tidak pernah ajar Dina lasak...lagipun Dina anak perempuan,so mama nak Dina punyai ciri2 kelembutan.....tapi mama tahu kesilapan mama tu. Mama tidak sepatutnya tegah Dina sampai ke tahap itu.....Namun alhamdulillah,bila Dina dah mula bersekolah,banyak yang "tidak" itu menjadi "ia"....Sebenarnya teacher Zaiha yang banyak menukar pandangan dan pemikiran mama selama ini. TQ yea teacher....

Untuk pertandingan ini,teacher Zaiha anta 2 kumpulan bagi 2 acara. Acara pertama adalah acara meniup belon. Acara nie disertai oleh 5 orang kawan Dina...Dalam acara nie,sepatutnya kita boleh menang,tapi bila tiba turn Ezrin,rupanya Ezrin tak pandai nak meniup belon...die tiup2,lps tu lepas dan angin masuk semula. Kelakarnya bila tengok situasi tu. Yang paling terror tiup belon ialah Zamirul...tapi kesiannya sebab walaupun belon die paling besar,tp masih lum pecah2....

Waktu kumpulan nie bertanding,mama tengok Dina begitu happy sekali. Dina adalah penyokong kuat seperti dalam gambar kat atas. Dina siap joget2 lagi dan bersorak pada kawan2 supaya cepat tiup dan pecahkan... Kawan2 Dina hanya mendapat tempat ketiga dalam acara nie.

Haaaa,inilah acara yang teacher pilih Dina sebagai wakil...teringat mama,pagi tu Dina siap minta mama sponge dan botol utk Dina belajar cara nak masuk air ni....Mama bagi apa yang Dina minta,tp x sempat tengok plak camane Dina masukkan....time pertandingan tu,Dina jadi peserta pertama dalam kumpulan Dina untuk masukkan air...kali ini Dina memang benar2 bersemangat. Selalunya mama lihat Dina ada rasa takut2 dan gugup...tapi kali ini,mama lihat Dina begitu santai dan confident untuk melakukannya....Dan akhirnya kumpulan Dina berjaya meraih tempat pertama....Tahniah sayang.....mama perlu selalu yakin padamu...yakin bahawa Dina boleh melakukan yang terbaik....

Mama tahu Dina cukup gembira. Begitu juga dengan kawan2 yang lain. Gembira sebab menang dan dapat hadiah. Mama juga gembira lihat Dina berjaya....Dan mama pasti Dina akan selalu berjaya dalam pelajaran juga kehidupan Dina nanti...Mama dan papa akan selalu mendoakanmu sayang. Mendoakan yang terbaik buatmu....

Begitulah berakhirnya kisah Dina kali ini. Tapi sebelum balik,untie Lyn ajak kita gi makan kat Restoran Tanjung Nelayan sempena hari jadi mama....TQ untie Lyn....untie Lyn mmg baik sangat dengan mama sejak dari mama kat UM lagi. Tiap kali hari lahir mama,untie Lyn mesti ttp ingat. Harap2 Dina dan Zulaikha juga akan jadi BestFriend macam kitorang gak nanti...

Tuesday, June 14, 2011

Bila Dina Mula Melukis....


Sesekali,bila melihat bakat Dina melukis...mama mesti tertawa. Sebab sememangnya,bab kreatif nie,Dina kurang sikit...mungkin Dina banyak mewarisi bakat papa yang kurang kreatif,tapi kalau bab menyanyi...suara memang sedap....berbanding mama yang selalu terlebih kreatif nie... Kadang2 tertanya juga di hati mama,kenapalah Dina tidak mengikut banyak sikap dan bakat mama tu ekh....tak mengapalah,Dina tetap anak kesayangan mama meskipun banyak sikap Dina berbeza dengan mama. Pastinya lebih banyak bakat papa mengalir dalam jiwa Dina berbanding bakat mama...Sebab Dina juga adalah anak kesayangan papa....

Inilah dia lukisan Dina yang pertama bagi menggambarkan kekreatifan Dina.
Lihatlah betapa kreatifnya anak mama yang tercinta nie. Lukisan ini dilukis oleh Dina sendiri tanpa bantuan dari mama pun.Sebenarnya,lukisan ini mama ambil dari buku latihan Dina di rumah....latihan itu meminta Dina melukis gambar diri sendiri. Bila mama tanya ni gambar Dina tengah buat apa...Dina kata Dina tengah berjalan dengan memakai pakaian legging. Hahaha...patutlah cantik seluar legging yang Dina lukis tu....


Yang paling mama suka pada lukisan ini adalah senyuman yang Dina buat tu. Rasanya sungguh manis sekali senyuman dalam lukisan Dina.
Kira ok sangat lukisan ini buat mama....memandangkan selama ini kalau disuruh melukis saja,Dina pasti akan cakap Dina tak pandai melukis....dan memang tidak akan jadi gambar apapun bila Dina melukis.... Kiranya banyak perkembangan Dina yang mama lihat bila usia Dina dah semakin bertambah nie.

Ini pula gambar kawan Dina. Gambar yang cukup comel dengan memakai tudung sekali. Erm,Dina masih kekalkan hidung yang berbentuk segitiga dan mulut berbentuk U....
Sungguh sopan gambar kawan Dina nie....dan mama amat suka melihatnya....

Lukisan terakhir pula adalah gambar 3 barang yang boleh di dapati di dalam kelas....
Gambar yang macam berus tu...kata Dina gambar pemadam papan putih....hahaha...macam kelakarnya...tapi kiranya mesej tu sampai gakkan...sebab kalau dipandang sekali lalu memang macam pemadam......(2 bintang jelah mama bagi-pinjam kata2 dr abang Afiq)
Gambar yang macam termometer tu plak...agaknya boleh tak orang teka ekh?...macam liquid paper pun ada....tapi Dina kata tu pen marker....
Dan yang bentuk 4 segi tapi tak cukup seginya tu....adalah white board....siap ada tulis perkataan 'ball' sekali....tentu aritu perkataan terakhir yang teacher Dina tulis di white board di kelas Dina tu adalah 'ball'.....hehehe...

Ermmmmm......
Apapun....mama pasti,suatu ketika nanti...mama akan dapat masukkan hasil lukisan terbaik dari Dina....tentu waktu itu akan tiba jua. Dan pastinya mama boleh bagi seberapa banyak bintang di langit untuk Dina sebagai hadiah karya terbaik....

Wednesday, June 8, 2011

Biar Tangis itu Berakhir....


Pertama sekali,mama pasti akan memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t atas segala anugerah-Nya...Anugerah yang memberikan mama kehidupan terbaik sebagai seorang ibu kepada seorang anak comel bernama Hana Irdina Hany...
Mama rasa bagai telah lengkap seluruh kehidupan mama setelah kelahiranmu sayang. Apatah lagi bila melihat perkembanganmu dalam setiap detik waktu. Dari mula dirimu tidak mengerti apa2 sehinggalah di saat ini,mama rasa mama telah dapat melalui kehidupan yang terbaik...telah dapat melalui kehidupan yang sangat indah sebagai seorang ibu....


Kali ini mama ingin kongsikan sama perasaan mama tatkala Dina terlibat dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul TABIKA Kemas Peringkat DUN Nusajaya...Kali ini sambutan dilakukan di Dewanraya Gelang Patah pada 22hb Mei 2011.Pastinya perasaan mama tidak akan sama dengan perasaan ibu2 yang lain memandangkan pada sambutan kali ini,Teacher Zaiha telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Dina untuk membaca Al-Quran sebagai memulakan majlis di dalam dewan pada hari tersebut.

Sebelum acara di dalam dewan bermula,kita semua terlibat dalam perarakan. Lebih kurang tujuh ratus orang murid TBK Kemas DUN Nusajaya terlibat dalam majlis kali ini. TBK Kemas Wawasan berarak dengan megahnya bertemakan 1 Ummah 1 Malaysia...sebab tu kita semua pakai baju batik 1 Malaysia...memang cukup cantik...apatah lagi bila anak comel mama dengan kawan2 menggayakannya...Tahniah pada tabika Dina yang menjadi Johan Perarakan pada tahun ini....tidak sia2 juga mama menjadi AJK tabika Dinakan....

Pagi yang indah itu,menyerlahkan lagi senyum dan tawa Dina bersama kawan2 Dina yang lain. Mama juga cukup gembira biarpun dalam hati mama sebenarnya ada resah yang menggunung. Resah yang mengugat keyakinan mama sama ada Dina mampu melakukannya atau pun tidak... Dina boleh...mama tahu itu,tapi....Dina akan menangis atau tidak...itu yang menjadi persoalannya...!

Maka kini tibalah giliran Dina mengalunkan ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat ke 20 hingga ayat ke 24....Alhamdulilah,dapat juga Dina perdengarkan suara Dina dalam alunan ayat suci yang cukup indah,meski pun ada terselit sendu yang dipertahankan dalam hati yang cukup penuh debaran buat gadis sekecilmu...Sesungguhnya alunan suaramu telah cukup dapat menggegarkan dan meruntun hati seorang mama atas segala Anugerah Allah buat dirimu sendiri sayang....Kau mampu melakukannya dengan baik anakku...

Selesai saja bacaan Al-Quran,mama terus saja mendapatkan Dina. Mama ingin sekali mengucapkan tahniah buatmu...tapi....pada waktu itu jugalah air mata Dina bercucuran bagai melepas segala yang terbuku di dalam jiwa sebentar tadi...Akhirnya air mata itu jatuh jua. Air mata yang mengarap rasa takut sebenarnya. Air mata yang melindungi ke tidak beranian Dina selama ini...Namun biarlah...biarlah air mata itu jatuh sayang...biarlah air mata itu gugur semahunya,agar resah itu dapat Dina lepaskan seluruhnya...

Mama tetap sayangkan mu meskipun resah mama terjawab sudah...Mama tetap bangga punya anak sepertimu meski pun air mata mu itu tidak dapat mengubat resah...Penglibatan Dina dalam majlis sebesar ini yang selalu membuatkan mama cukup yakin dan selalu berdoa...di suatu saat nanti,pasti tidak akan ada lagi air mata takut untuk Dina....di suatu saat nanti , pasti , Dina akan terus punya jiwa yang cekal berani.....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina