http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, November 29, 2011

Cenderahati Di Program Pintar Al-Quran


Program Pintar Al-Quran telahpun berlalu. Namun rentetan kenangan atas kejayaan Dina masih lagi meneruskan coretan memori untuk Dina kenangi suatu saat nanti....Kenangan2 indah untuk Dina ingati saat Dina dah semakin mengerti tentang erti sebuah kehidupan. Mungkin saat itu mama tidak lagi menemani sepanjang perjalanan hidupmu...namun apa yang mama tinggalkan ini,pastinya akan menyumbangkan seribu satu macam perasaan
CINTA dan KASIH SAYANG
yang tidak ternilai harganya.....segalanya untukmu sayang....

Inilah antara cenderahati yang Dina dapat di Majlis Khatam tersebut...
SEJADAH kecil dan juga TASBIH....
Juga senaskhah AL-QURAN...
Moga hadiah2 ini dapat mendidik hati,akal dan imanmu ke jalan kebenaran sayang...
Insya-Allah, mama akan memberikanmu didikan yang paling sempurna untukmu,moga dirimu senantiasa mendapat kebaikan dunia dan akhirat...

Erm....RM150 ini pula Dina dapat setelah Dina meraih kemenangan sebagai Pelajar Perempuan Terbaik Majlis Khatam Program Pintar AL-Quran UEMLAND...Teacher telah pilih Dina mewakili tabika Dina untuk kategori ini. Setiap pelajar yang dipilih akan menjalani ujian bacaan dari surah2 yang dipilih oleh penilai itu sendiri....sememangnya Dina tiada masalah dalam bacaan , cuma kadang2 Dina tidak mengikut panjang pendek bunyi bacaan itu sahaja. Namun alhamdulillah,rezeki itu tetap milik Dina....

Inilah Sijil Penyertaan yang menjadi bukti bahawa Dina telah menyertai program ini.
Sijil yang juga akan menjadi kenangan untuk Dina bila Dina dah dewasa nanti.
Sesungguhnya mama dan papa hanya menjadi insan yang senantiasa berada di belakangmu,yang akan memberikan pendidikan dan sokongan dalam setiap apa yang Dina lakukan...selebihnya,Dina perlu berusaha sendiri untuk mendapat dan meraih kecemerlangan dalam kehidupan Dina.....

Monday, November 28, 2011

Program Pintar AL-QURAN


Pada 19hb November 2012,Dina telah terlibat di dalam Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas UEM Land. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Terdapat 5 buah tabika kemas yang telah terpilih di sekitar Zon Nusajaya. Tahun ini,seramai 18 orang pelajar dari sekolah Dina telah terlibat dalam program ini.

Sebenarnya mama rasa beruntung sangat bila sekolahkan Dina di Tabika Kemas Wawasan. Bukan saja kerana teacher Zaiha seorang guru yang begitu komited pada kerjanya,tapi kerana sekolah Dina telah terpilih dalam program Pintar Al-Quran sejak UEM Land menganjurkan program tersebut. Tidak semua sekolah mendapat peluang berharga seperti ini. Kalau nak harapkan mama saja hantar Dina mengaji,rasanya memang Dina masih belum berpeluang untuk khatam di usia 5 tahun ni....lagipun sememangnya Dina telah dianugerahkan dengan keistimewaan kecerdikan akal dan fikiran untuk Dina selalu mendapat kecemerlangan dalam apa pun yang Dina lakukan. Terima kasih Allah,kerana memberi mama
Permata Yang Terlalu Berharga...

Program pagi itu telah dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh YB Dato Zainal Abidin bin Hj Osman iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Seterusnya perarakan masuk pelajar-pelajar khatam yang diiringi dengan paluan kompang , bunga manggar dan bunga pahar masuk ke dalam dewan. Lebih daripada 100 pelajar yang terlibat pada kali ini. Bertuah sangat bila mama lihat Dina dapat duduk di barisan paling depan bukan kerana Dina kecil,tapi kerana Dina telah terpilih untuk hafalan Surah Yasin dari ayat 21 hingga ke ayat 40. Dina menjadi pelajar ke 3 untuk hafalan tersebut...mendengarkan saja suara Dina mengalunkan ayat suci tersebut,begitu menyentuh hati mama...sebelum ini,mama takut sekali kalau Dina akan menangis seperti yang pernah terjadi,tapi bila saja melihat Dina mengalunkannya dengan penuh keyakinan....mama rasa cukup terharu. Dalam hati kecil mama berkata "anakku telah mampu melakukan yang TERBAIK dalam kehidupannya...alhamdulillah "

Malah bukan itu saja yang menggembirakan mama,tapi bila Dina dinobatkan sebagai pelajar perempuan terbaik di majlis sebesar ini,menjadikan seluruh kehidupan mama bagai terlalu sempurna...sempurna untuk sebuah didikan dari seorang ibu yang punya harapan terlalu besar buat seorang anak kecil.....Bersyukur mama sekali lagi atas kurnia dari-Nya. Di saat itu hanya ciuman dan pelukan yang dapat mama berikan. Bukan saja mama,tapi teacher Zaiha,teacher Bun dan ibu juga turut memberikan ciuman dan pelukan penghargaan untuk Dina....

Sebenarnya mama tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Dina meraih kejayaan ini. Bagi mama, Dina dah cukup baik bilamana Dina tidak lagi merasa takut untuk ke depan. Dina dah cukup baik bila Dina dah mula yakin dengan apa yang Dina lakukan....Kejayaan Dina merupakan bonus untuk diri Dina sendiri....Kejayaan Dina menjadikan mama boleh meninggalkan senyuman mama di mana-mana selepas ini...

Dalam majlis ini,tabika Dina telah memenangi ketiga-tiga kategori yang telah dipertandingkan iaitu Pelajar Perempuan Terbaik - DinaHany,Pelajar Lelaki Terbaik-Adam dan juga Tabika Terbaik-Tabika Kemas Wawasan. Wah....bestnya....Sememangnya kalau kita melakukan sesuatu dengan penuh kesungguhan,pasti kita akan mendapat kejayaan.

Tidak sia-sia usaha Teacher Zaiha yang selalu buat dan inginkan yang terbaik untuk Dina dan kawan2 Dina. Kejayaan demi kejayaan yang dapat diraih Tabika Kemas Wawasan berkat kesungguhan Teacher Zaiha....TQ teacher,jasamu dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk anak bangsa akan dikenang sampai bila2....

Tahniah...Tahniah...Tahniah....
Untuk tenaga pengajar Program Pintar Al-Quran di Tabika Kemas Wawasan - Ustazah Su dan juga Ustazah Noraini yang memberikan usaha gigih dalam membentuk pelajar yang mendapat didikan bukan saja untuk ilmu dunia, tapi juga untuk ilmu di akhirat.
Tahniah....Tahniah...Tahniah
Untuk Teacher Zaiha dan Teacher Bun yang tidak pernah jemu menjadikan pelajar2 sebagai insan yang berilmu tinggi.
Moga setiap apa yang kalian berikan,akan mendapat pembalasan yang setimpal dari-Nya....
Insya-Allah...

Thursday, November 24, 2011

HADIAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TBK KEMAS WAWASAN


Pada 13hb November 2011,sekolah Dina mengadakan Majlis Perpisahan , Penyampaian Sijil & Hadiah Kecemerlangan 2011 bagi Pelajar Tabika Kemas Wawasan. Sebenarnya banyak gambar yang mama ambil sewaktu majlis tersebut berlangsung. Tapi sayangnya,kesilapan teknikal telah berlaku yang menyebabkan semua gambar tu hilang...erm,hampanya...tapi masih ada beberapa gambar yang dapat kita kongsikan di laman facebook mama dan juga papa.

Jadi di coretan kenangan kali ini,mama hanya paparkan gambar2 hadiah yang Dina terima pada majlis tersebut. Pertama sekali tentunya mama ingin kongsikan hadiah piala yang Dina terima. Tahun ini,merupakan tahun kedua Dina terima hadiah piala dalam kategori umur yang sama. Sebabnya masa tahun lepas,ketika Dina berusia 4 tahun,Dina juga mengambil peperiksaan untuk pelajar 5 tahun. Waktu itu,teacher tidak menyediakan soalan periksa untuk pelajar 4 tahun....dengan berkat kesungguhan Dina,dah 2 tahun nampaknya Dina mengungguli keputusan cemerlang untuk kategori ini. Harap2 untuk selamanya Dina akan terus unggul di hadapan yea sayang...Insya-Allah....

Selain piala,Dina juga ada menerima hadiah lain.Cantikkan frame gambar ini. Ada gambar Mickey n Minnie. Ini merupakan karektor kartun kegemaran Dina....Nanti mama masukkan gambar Dina semasa menerima hadiah di frame in okay...

Ini pula tabung yang juga ada gambar Mickey Mouse. Dapat jer tabung nie,Dina terus masukkan duit syiling yang Dina ada.....Tabung yang lama Dina asingkan duit syiling 50 sen....Sekarang ni,mama dah mula kena ajar Dina tentang duit....sebabnya tahun depan,Dina dah mula belajar pasal duit. Aritu masa teacher bagi soalan periksa 6 tahun pada Dina,Dina tak dapat jawab soalan yang berkaitan dengan duit....takpelah,masih ada masa untuk mama ajar Dina....

Comel jugakan cawan nie. Ada gambar orang senyum...Moga mama dan papa akan terus tersenyum setiap kali menerima keputusan peperiksaan Dina.....

Inilah antara hadiah2 yang Dina terima di majlis tersebut. Teddy Bear yang comel tu sebenarnya hadiah dari Ibu Fiza....TQ yea ibu sebab selalu meyokong Dina dalam segala apa yang Dina lakukan....
Align CenterDina juga dapat cenderahati beg dan tuala dari TBK Kemas Wawasan. Tuala berwarna pink yang memang Dina suka sangat.....Manakala ayat suci yang boleh digantung tu pula adalah hadiah sponsor dari Teacher Bun....TQ pada semua yang selalu bermurah hati.
Alhamdulillah yea sayang. Kejayaan yang Dina dapatkan sekarang adalah atas usaha Dina untuk menjadi pelajar yang berjaya. Mama dan papa hanya mampu berdoa untukmu dan membantu apa yang terdaya untuk kami lakukan...Selagi Dina berusaha dan bercita-cita tinggi,pasti Dina akan dapatkan kecemerlangan dalam kehidupan Dina....

Tuesday, November 22, 2011

TQ Papa....Luv U So Much...


Tahun nie....Dina banyak dapat hadiah. Ini pula adalah hadiah dari Papa sempena kejayaan Dina dalam Peperiksaan Akhir Tahun aritu. Papa belikan Dina PSP ataupun "PlayStationPortable"....

Sebelum Dina menghadapi peperiksaan tempohari,papa memang dah janji dengan Dina. Kalau Dina dapat keputusan yang cemerlang,Papa akan belikan Dina PSP ni. maklum jelah,sebelum ini,Dina memang tidak pernah berpeluang untuk ada alat2 permainan macam gini. Zalimnya mamakan,sebab tidak pernah bagi Dina barang2 seperti ni.

Bukannya mama tak nak belikan Dina alat2 permainan sebegini,tapi mama selalu fikirkan,apa yang lebih penting dalam kehidupan Dina. Bagi mama,Dina minat buku2...itu yang mama selalu belikan buku....Tapi mama tahu tidak salah untuk Dina memiliki barang2 seperti ini.So TQ Very Much yea papa,sebab hadiahkan Dina PSP ni.
Dalam PSP nie,papa ada masukkan beberapa games untuk Dina.....Erm...ada juga games untuk papa tau....Mama pun main sekali...Hehehe....

Inilah games yang paling Dina suka iaitu Cakes Mania. Masa Dina mula2 main tu,Dina selalu tak dapat goal....tapi mama selalu cakap kat Dina,Dina tak boleh putus asa....Dina kena cuba dapatkan goal tu juga...Lama2 akhirnya Dina dapat juga capai goal tu...


Games ke 2 Dina adalah Diner Dash....Yang paling kelakarnya bila Dina main games ni,Dina akan selalu kelam kabut. terutama bila tiba level 6 yang mana bila ada family datang dengan anak kecil dan anak kecil itu perlukan kerusi budak. Selalunya papalah yang akan jadi mangsa untuk tolong Dina dapatkan kerusi tu...Huhuhu..

Games Bomberman ni,Dina belum pernah main lagi. tapi Dina selalu paksa mama untuk main games nie. Mama tahu dan kenal benar dengan sikap Dina. Kalau Dina tidak yakin boleh melakukannya,Dina memang tidak akan buat. Tapi kalau Dina dah bole melakukannya...memang mama tidak akan dapat kesempatan nak main games nie...

Ini pula games bola papa....Kite berdua tak pernah mainkan sayang. Yelah..mana kite reti main bola sepak...kalau tengok jer bolehlah....tapi takpe,kite bole selalu sokong papa..."Go Papa Go"

Ini pula games Angry Bird yang tengah popular tu...Dina pandai main games ni....Tapi bila Dina failed jer...Dina akan terus tukar games lain....Memang macam tulah perangai Dina sebenarnya. Kadang2 Dina nak semuanya sempurna....kalau Dina tidak dapat mencapainya,Dina akan berhenti serta merta.

Games ini,kita tak pernah main lagi....Hehehe...Belum ada kesempatan .
Akhirkata....
Sekali lagi TQ yea papa. Hadiah dari papa nie dah cukup menggembirakan Dina. Pasti Dina akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa hadiah dari mama yea.....erm pastinya doa yang tidak pernah putus akan mama panjatkan untuk Dina moga hidup Dina akan selalu dilindungiNya,dirahmatiNya....sepanjang zaman kehidupan Dina....

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 DINAHANY....


Seperti biasa,setiap hujung tahun,Dina akan hadapi Peperiksaan Akhir Tahun . Mama akui,pada kali ini,mama kurang memberi perhatian dan tunjuk ajar sepertimana tahun lepas. Begitu pun,mama cukup yakin bahawa Dina pasti akan buat yang terbaik. Kalau dulu,mama memang halang Dina daripada tengok tv selalu,tapi kali ini,mama biarkan Dina buat apa yang Dina inginkan. Waktu tu,TV3 tengah rancak tayangkan drama Soffiya....dan Dina begitu meminatinya...mama biarkan saja....tak tahulah kenapa mama bertindak seperti ini,sedangkan sebelum ini,mama memang tegas dan tidak akan memberi peluang untuk Dina menonton tv sesuka hati.
Dina akan hadapi 5 mata pelajaran dalam peperiksaan ini iaitu Bacaan BM,Tulisan BM,Matematik,Pendidikan Agama Islam dan juga Bahasa Inggeris. Setiap pagi,sebelum mama hantar Dina ke rumah Mak Bun ,mama cuma tinggalkan pesanan untuk Dina agar menjawab betul2 dan jangan gopoh. Bila dah siap,jangan terus hantar. Dina kena semak dulu. Mama nak Dina menjadi seorang yang teliti....sebab mama tahu satu perangai Dina ialah Dina nak cepat siap.Dina selalu nak jadi orang pertama yang hantar dulu.

Akhirnya inilah markah yang Dina dapat.....


T A H N I A H.........
Dina telah dapat melakukan yang terbaik....Mama cukup bangga sekali dengan dirimu sayang.
Keyakinanmu kini kian bertambah.
Dulu orang kata,kenapalah mama hantar Dina terlalu awal ke sekolah.Nanti Dina akan jemu. tapi mama berpendapat,bahawa pembelajaran itu adalah proses sepanjang hidup. Lagi awal mama hantar Dina ke sekolah,maka makin banyak lagi yang akan Dina dapatkan. Lebih2 lagi seawal usia Dina sebegini,sebenarnya otak Dina lagi fresh...lagi banyak pengajaran dan pembelajaran yang boleh Dina dapatkan...Alhamdulillah,mama tak pernah rasa sia2 menghantar Dina ke sekolah....

Inilah kertas soalan B.Inggeris. Dina dapat score 100%. Kata teacher,Dina memang takde masalah dalam pelajaran. Teacher juga pernah kata,kalau mama didik Dina betul2,Dina boleh masuk SIR - Spell it Right kat TV3 tu, sebabnya,Dina memang terror spelling.Erm....mudah-mudahan yea teacher Dina akan dapat sampai ke tahap itu...

Ini pula untuk subjek Pendidikan Agama Islam. Teringat mama kisah Dina tahun lepas yang menangis semasa menjawab soalan Pendidikan Agama Islam ni. Waktu tu Dina tak dapat nak jawab,sebab tu Dina menangis. Tahun lepas pun Dina cuma dapat markah enam puluh lebih jer...tapi tahun nie,Dina dah dapat jawab 100%....Perkembangan yang amat memberangsangkan...

Inilah satu-satunya subjek yang Dina tak dapat score 100%. Dina hanya mampu dapat 98%.

Dan inilah soalan yang menjadikan Dina tidak berjaya mendapat markah penuh. Inilah kecuaian Dina yang kadang2 Dina selalu juga lakukan. Tentunya Dina nak cepat menjawab soalan matematik nikan. Sehinggakan Dina terlupa untuk menjawab satu lagi soalan di bawah sekali. Dina tidak mewarnakan 9 ekor burung seperti kehendak soalan.....Tak mengapalah sayang...kdg2 mama juga akan melakukan kesilapan yang serupa juga. Tapi next time,Dina kena cuba agar tidak berlaku kecuaian seperti ini lagi tau...

Penulisan BM juga Dina dapat score 100%.....

Begitu juga dengan Bacaan BM....sememangnya Dina tiada masalah untuk subjek ini.

ALHAMDULILLAH....
Anak dara mama nie memang belum pernah menghampakan mama....Moga sepanjang hidup Dina, Dina tidak akan menghampakan mama yea sayang. Mama selalu inginkan yang terbaik untuk dirimu di dunia mahupun di akhirat. Moga Allah akan selalu melindungimu,memberikan yang terbaik dalam kehidupanmu....

Thursday, November 17, 2011

Hadiah Dari Boss Papa....


Inilah hadiah dari boss papa untuk Dina. Comelnyakan teddy bear nie. Mama pun suka sangat. Boss papa bagi Dina sebab boss papa tahu Dina tak sihat. Sebenarnya dah hampir dua bulan Dina kurang sihat. Masa mula2 dulu ingatkan Dina kena beguk..mama dah bawa Dina ke klinik,tp selepas seminggu,nampaknya sakit Dina tu masih belum berkurangan...Mama bawa lagi Dina ke klinik lain,tapi doktor nasihatkan agar mama bawa Dina ke hospital. waktu itu,hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana risaunya mama dengan keadaan Dina...

Dalam waktu yang sama juga mama tidak sihat memandangkan mama mabuk2 dan muntah2 kerana alahan mengandung. Waktu itu,perasaan gembira berbaur menjadi resah memikirkan sakit Dina yang tidak berkurangan...Sesungguhnya apa yang terjadi,adalah takdir Tuhan.Hanya Dia yang tahu kenapa dan mengapa dugaan yang sebegini diberikan pada mama. Begitupun mama terus berusaha membawa Dina ke klinik lain untuk mendapatkan rawatan selanjutnya....Kata doktor tu,Dina kena kelenjar...hati mama terubat sedikit. Mama memang benar2 takut kalau Dina masuk hospital memandangkan mama cukup kenal Dina yang begitu takut bila disebut hospital.

Tapi akhirnya mama pula yang dimasukkan ke hospital. Begitulah perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh-Nya. Mama pasrah menghadapi segala takdir-Nya. Pasti ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak terlihat saat ini. Moga papa juga akan tabah menghadapi ketentuan dari-Nya ini....Begitupun doa mama untuk Dina tidak pernah putus. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kebimbangan ini seringkali menggayuti hati mama.
" Ya Allah,Kau sembuhkanlah Dina dengan segera,jangan Kau berikan kesakitan yang tidak mampu dihadapinya. Kau jauhkanlah puteri kesayanganku ini dari segala penyakit merbahaya. Aku rela Kau berikan kesakitan itu untukku...."
Itulah antara doa yang selalu mama panjatkan kepada Allah.....Mama tahu Dia mendengar,sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang....

Mama berusaha juga bawa Dina pergi berubat. Mama tak kisah jauh mana pun,asalkan Dina segera sembuh. Bilamana mama bawa Dina ke Klinik Yethin disebabkan benjolan di belakang telinga Dina tu menampakkan tanda keluar mata dan nanah,doktor mengesahkan Dina kena bisul. Doktor picit nanah tu keluar.Mama tahu kesakitan yang Dina tanggung di ketika itu. Jeritan Dina begitu menusuk jiwa mama....tapi mama tahu,kalau mama nak Dina sihat segera,Dina kena lalui rawatan ini....

Alhamdulillah,saat ini Dina dah hampir sembuh.TQ pada semua yang mendoakan kesihatan Dina. TQ juga pada boss papa yang bagi Dina teddy bear ni. Dina suka sangat. Teddy Bear ni menjadi teman tidur Dina sekarang....

Wednesday, November 16, 2011

Majlis Khatam Al-Quran MyDinaHany


Syukur alhamdulillah...akhirnya anak mama dapat juga khatam Al-Quran di dalam usia yang baru menginjak 5 tahun. Sebenarnya,harapan mama dulu tidaklah setinggi ini...dulu mama cuma mengharap Dina akan khatam Al-Quran,tak kisahlah berapa pun usia Dina di ketika itu....tapi bila Dina dapat khatam sebegini cepat,mama rasa bersyukur sangat. Mama tahu,ada ketikanya mama sering tersilap menilai dan memandang kemampuan Dina. Cuma yang boleh mama cakap, Dina selalu buat mama rasa terharu dan bangga memilikimu sayang. Benarlah dirimu adalah anugerah terbaik dan terindah buat mama dan papa.....

Bilamana mama melihat perkembangan Dina di awal tahun yang masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran,mama memang tidak percaya sungguh sebelum akhir tahun Dina dah dapat pun menghabiskan membaca Al-Quran. Apatah lagi bila dah mula masuk bulan Mac 2011,memang terlihat perubahan besar pada bacaan Dina. Dina dah mula lancar dan boleh membaca sendiri. Waktu itu,Dina pun semakin rajin mengaji. Selain daripada mendapat bimbingan di sekolah dengan Ustazah Su,Ustazah Noraini dan juga Teacher Zaiha,mama juga hantar Dina mengaji dengan Ustazah Zaleha...waktu itu,dalam sehari,Dina boleh membaca sehingga 10 mukasurat. Sebab itulah akhirnya Dina dapat khatam awal...

Majlis khatam Dina nie,mama buat di sekolah. Waktu itu,Dina berkongsi khatam bersama Aizad Marfis. Biarpun majlis ni di buat secara kecil-kecilan sahaja,tapi mama amat bersyukur kerana hajat mama untuk melihat Dina khatam tercapai. Pasti papa juga teramat gembira melihat kejayaan Dina ini....bukan saja papa,tapi semua ahli keluarga kita terlalu gembira melihat perkembangan Dina ini. Dulu masa mama kecil pun,mama belum lagi khatam dalam usia 5 tahun tau...papa pun sama....tapi anak mama dan papa nie,memang HEBAT...!

Tersentuh benar hati mama bila mendengar suara Dina di saat Dina mengalunkan ayat-ayat suci kalimah Allah ini....Betapa bersyukurnya mama kerana dapat melahirkan Dina dan seterusnya diberi peluang membesarkan dan mendidik Dina sehingga ke tahap seperti ini...Mama tahu,tidak semua anak yang dilahirkan akan diberi anugerah,kepandaian dan kebijaksanaan seperti ini. Tapi bila Tuhan memilih Dina untuk anugerah ini,mama amat bersyukur dan mama tidak akan melepaskan peluang ini untuk terus melihat Dina berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Mama dan papa akan terus mendidik mu sayang...mendidikmu dengan ilmu dunia dan akhirat. Biarlah kekurangan yang ada pada diri mama dan papa ini menjadi kelebihan untukmu meneruskan sebuah kehidupan...

Terima kasih yang tidak terhingga pada teacher Zaiha yang banyak memberi kepercayaan kepada Dina. Terima kasih pada Ustazah Su dan Ustazah Noraini yang begitu sabar dalam memberi pengajaran dan didikan yang sempurna untuk Dina sehingga Dina dapat khatam dalam usia 5 tahun. Terima kasih juga pada Ustazah Zaleha yang sudi terima Dina sebagai pelajarnya setiap petang,biarpun di waktu itu,terkadang Dina selalu ikut mood untuk mengaji berapa muka surat yang Dina mahu.
Akhirnya terima kasih juga pada papa yang selalu memberi semangat untuk mama mendidik Dina dengan ilmu dunia dan akhirat,yang selalu menyedarkan mama betapa ilmu akhirat itu sebenarnya yang boleh mendidik kita ke arah mana kita mahu tuju di dunia ini....
Amin.......yarabbalallamin.....

Tuesday, November 15, 2011

Hari Raya AidilFitri 2011


Alhamdulillah,setelah sekian lama,akhirnya dapat juga kita beraya bersama-sama papa di sisi. Dulu sewaktu Dina berusia 4 bulan dan masih belum mengerti apa-apa,papa terpaksa pergi jauh meninggalkan mama dan Dina bagi meneruskan kehidupan...kini bila Dina dah berusia 5 tahun,papa dah kembali semula bersama kita. Syukur sangat ke hadrat Illahi kerana tetap menyatukan kita sekeluarga dalam bumbung kehidupan cinta yang cukup bahagia...moga kebahagiaan ini senantiasa di dalam rahmat-Nya.....

Mama tahu,sebenarnya Dina cukup kekok untuk beraya bersama papa disebabkan sudah terlalu lama papa tidak bersama kita....Tingkah Dina yang malu-malu tupun dah cukup memaparkan perasaan Dina. Sememangnya anak dara mama nie memang pemalu orangnya....itulah hakikatnya...biarpun papa dah bersama kita hampir sebulan,namun ada ketikanya tingkah Dina selalu buat papa sedih tau...tapi mama percaya,Dina adalah anak yang paling baik. Pasti Dina akan dapat sesuaikan diri Dina dengan papa. Lagipun sebenarnya Dina selalu cemburu bila mama manja2 dengan papa.....

Hari Raya tahun nie,kita sambut sederhana sahaja. Pada awalnya mama dan papa bercadang untuk sambut hari raya pertama di Singapore....tapi last minute papa kata kita balik dan beraya di Gelang Patah....Erm apa lagi,mama suka,Dina lebih suka lagi sebab dapat berkumpul dengan sepupu2 Dina yang ramai tu....sebelum nipun kita dah terbiasa untuk sambut raya bersama nenek dan atuk. Mama pun mesti nak pekena ayam masak merah nenek yang sedap tu...

Pagi raya tu,kita banyak menghabiskan masa di rumah. Sebelah petangnya seperti tahun2 yang lepas kita pergi beraya di rumah Tok Ibas.Selepas tu kita pergi ke rumah Tok Uda dan Cik Imah di Pekan Nenas.Seharian berjalan dan makan2 memang memenatkan dan mengenyangkan. Pada raya kedua plak,kita ke rumah Mak Ita dan juga Pak Long Pah...Kita nak pergi jauh2 tak boleh disebabkan papa terpaksa pulang semula ke Singapore pada petang tu juga. Esok papa dah mula kerja...dan kita pun ikut serta balik ke Singapore untuk jumpa dengan Tok Jantan Dina tu...


Inilah gambar Pak Ngah Zul dan juga Pak Usu Din sekeluarga.

Ini pula gambar Mak Ngah dan Mak Bun sekeluarga.
Gambar Cik Intan dan juga Ucu kita x dapat ambil disebabkan mereka semua pulang ke kampung...
Apapun yang pasti,kita tetap gembira dapat melalui hari raya aidilfitri kali ini.

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina