http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, August 25, 2009

Majlis Perkahwinan dan Percutian Di Melaka

Baru-baru nie mama dan Dina pergi ke Melaka untuk meraikan majlis perkahwinan Cik Masni dengan Cik Iskandar yang berlangsung di Kuala Sungai Baru...Majlis tu diadakan pada hari Sabtu,15 hb Ogos 2009. Kita berdua naik kereta Mak Bun dengan Uda Wan. Manakala Mak Ngah sekeluarga pulak naik kereta sendiri. Kita bertolak pada malam Jumaat jam 9.00 malam dan tidur di rumah yang telah disediakan oleh Cik Mas sekeluarga...



Pagi-pagi lagi semua dah bersemangat untuk bangun...dengan tujuan nak mandi di Pengkalan Balak. Waktu tu tak kiralah bagaimana keadaan H1N1,kita semua memang tak nak lepaskan peluang untuk mandi di sana,sebab tempat inilah yang memang selalu kita akan tuju bila bercuti...emmm,memang seronok dapat bermandi-manda. Dina pulak,memang perkara inilah yang Dina paling suka dalam hidup...


Bersarapan dulu sebelum mandi laut. Sedapnya nasi lemak tu...

Pastu baru boleh main air....


Haaa....dah boleh berenang sekarang...

Kak Lola yang taknak lepaskan peluang berposing dgn Dina

Dina bersama kak Putri,Kak Zeti,Abg Daniel,Abg Juan n Ifan

Ni plak Dina dengan Kak Putri


Sempat beraksi kat depan medan selera ikan bakar...sori ler sebab posing atas meja...


Kat manapun Dina berada,buku memang jadi teman setia.....
Bis jer mandi tengahari tu,kita pulang semula ke rumah persinggahan untuk bersedia ke majlis pernikahan Cik Mas...Memang meriah betul majlis tu. Apatah lagi majlis persandingan yang telah dijalankan pada sebelah malamnya. Ada acara bunga api,silat dan seterusnya persandingan. Malam tu pengantin pakai baju warna keemasan...Tak sangka betul cepat pulak Cik Mas bertemu jodoh sedangkan baru beberapa bulan kenal. Namun benarlah,kalau ada jodoh,takkan kemana pun...Selamat Pengantin Baru Cik Mas..


Mama , Mak Ngah dan Mak Bun selepas upacara pernikahan selesai


Lihatlah pasangan pengantin kat belakang tu....moga bahagia ke akhir hayat dan dapat anak yang ramai sekali....

Pada pagi Ahadnya,kita semua masih lagi tak mahu melepaskan peluang untuk mandi sekali lagi sebelum balik ke Gelang Patah...Apatah lagi waktu tu Cik Intan sekeluarga ada menyewa chalet di Pengkalan Balak tersebut. So,kita semua bermandi-manda sekali lagi.....wow memang seronoknya.....
Telatah Dina dan Ezrin bila dah jumpa air.....

Dina selalu buat mama terjerit sebab suka pergi ke tengah air laut tu.....
Emmm....mandi sesorang pun Dina tak kisah.....

Alamak....Dina nak nangis sebab kena paksa amik gambar.....

Yeah....akhirnya percutian itu memang menyeronokkan.....

Lastly,Sebelum balik,kita semua singgah di Mahkota Parade....Mama dapat belikan Dina satu barang yang memang dah lama Dina minta pada mama.

Haaa...inilah dia,kasut tinggi untuk hari raya nanti....!
Inilah wajah kegembiraan yang Dina tunjukkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

Wednesday, August 19, 2009

Dina Di Majlis Perkahwinan Kak Ijan...

Kali ni mama nak paparkan aksi-aksi Dina masa majlis perkahwinan kak Ejan...Majlis persandingan berlangsung pada 19 hb Julai 2009 setelah beberapa bulan kak Ijan selamat diijabkabulkan bersama abang Nasa....

Dina berposing depan pelamin....itupun kena paksa baru nak bergambar...



Inilah kak Ijan....yang mengenakan busana biru...sungguh berseri

Masa majlis tu berlangsung,Dina agak kurang sihat. Dina selsema dan batuk. Sebab tulah sepanjang majlis berlangsung Dina tidak begitu happy. Pastu Dina asyik nak berdukung jer dengan mama....Penatnya mama ketika tu. Tension jugak sebab mama tak dapat nak jadi kendarat sepenuhnya....Apa nak buat...Masalah Dina bila makan ubat jer,Dina akan kembung perut...sebab tulah Dina rasa tak selesa dan harap mama ada kat sebelah Dina setiap masa...

Kalau Dina tak nampak mama depan mata Dina,Dina akan menangis cari mama...

Apapun majlis itu telah berlangsung dengan selamat dan mengikut semua perancangan..
Amin....
Gambar ni sebenarnya masih x lengkap lagi sebab lum cukup keahlian....

Haaa...yang ni baru lengkap sebab Mak Ngah,Mak Bun,Cik Intan dengan Busu pun ada....

Sempat juga berposing dengan kek pengantin....sebab kek tu sama dengan kaller baju mama dan Dina

Lastly.....

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK IJAN

MOGA ISTANA YANG DIBINA KEKAL SEPANJANG ZAMAN KEHIDUPAN DAN BAHAGIA SELAMANYA...

Monday, August 10, 2009

Dina Masuk Pertandingan Mewarna.....

9hb Ogos aritu, KRT Gelang Patah,ada anjurkan satu program. Dalam program tu,adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika dan prasekolah. Mama kena mengiringi budak-budak prasekolah mama dalam pertandingan tu. Sepatutnya ada 10 orang budak dari sekolah mama.tapi 3 darinya tidak dapat menghadirkan diri....so mama bagi peluang nie untuk Dina menunjukkan bakat yang Dina ada...

Seawal pagi lagi Dina dah bangun dengan penuh semangat untuk masuk pertandingan mewarna tu. Bila aje Mak Ngah datang,Dina tanpa sabar ajak mama untuk pergi ke pertandingan tersebut. Waktu tu,mama bimbang juga kalau Dina takut nak mewarna apatah lagi bila melihat ramai kanak-kanak yang memasuki pertandingan tu....Tapi anak mama nie,memang kuat semangat...Bila dapat jer lukisan yang perlu diwarnakan,Dina terus mewarna dengan penuh tekun....

Lihatlah gambar-gambar nie.....bermacam-macam aksi yang Dina buat.....



Masa 1 jam setengah diberikan untuk menyiapkan lukisan tersebut..Tapi Dina dah siap dalam masa setengah jam aje.Inilah hasil lukisan Dina yang telah siap Dina warnakan....


Cantiknye......dan kira oklah sebab Dina baru jer berumur 3 tahun....Kalau umur Dina dah 7 tahun mesti lagi cantik lukisan nikan....Apapun mama cukup bangga dengan Dina....


Tengok tu...sempat lagi minum dan makan sementara tunggu orang lain habis mewarna.



Pastu Dina dok perhatikan orang lain mewarna. Irfan dan Nani yang kat sebelah Dina masih lagi nak menyiapkan lukisan diorang...."emmmm lambatnya", kata Dina membebel.



Haaaa inilah dia hadiah yang Dina dapat....Hadiah saguhati....hadiah utama yang disediakan cuma 5 hadiah aje...takpelah...hadiah tu dah cukup menggembirakan Dina...




Selepas nie,pasti banyak lagi pengalaman dan pendedahan yang ingin mama berikan pada Dina...
Mama percaya Dina akan jadi lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Mama akan selalu berada di sisi Dina....menemani dan memberikan sepenuh kasih sayang untuk Dina membesar menjadi manusia yang cemerlang...gemilang....terbilang......



Dina Yang Bz Setiap Waktu.....

Sejak kecil lagi,Dina memang aktif. Memang tak boleh duduk diam. Ada saja kerja yang Dina nak buat...sekarang pun sama...Bila mama balik kerja jer,Dina dah tunggu mama depan pintu. Tak menyempat mama masuk rumah Mak Bun lagi,Dina dah ajak mama balik...Kata Dina,Dina nak belajar....

Lihatlah apa yang Dina buat nie....


Dina memang tekun bila belajar....memang tak boleh jumpa buku...
Setiap waktu memang Dina nak menghadap buku.....ni plak Dina tengah menulis kt papan tulis Dina....



Haaa...tulis nama sendiri pun Dina dah pandai....bukan saja buku Dina yang penuh dengan nama Dina,kat kaki Dina pun Dina siap tulis nama Dina....tu yang selalu wat mama marah...



Dah penat menulis....Dina bukak computer Dina pulak.....baca ABC....nombor....perkataan...dan menyanyi....Komputer ni hadiah harijadi Dina dari untie Ani dan Allya...


Emmm....Bila dah rasa bosan,Dina selalu tukar untuk bermain bina bangunan....Mainan Pile Up nie plak adalah hadiah dari abang Atoi masa hari jadi Dina jugak aritu...Dina suka sangat bila tengok bangunan tinggi yang Dina bina tu roboh....



Itulah Dina....yang memang bz setiap waktu......yang memang tak boleh duduk diam...waktu diamnya cuma waktu tidur...bila bangun tidur...sambung lagilah rutin hariannya...

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina