http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Sunday, September 27, 2009

Dina & Mama Beraya...


Tahun ni sepertimana tahun lepas jugak...mama dan Dina cuma beraya berdua. Maklum jelah,papa masih belum dapat pulang untuk meraikan hari raya bersama...Mama tahu,Dina sedih jugak sebab tengok orang lain punya papa mereka,sedangkan Dina hanya ada mama sorang jer.Tapi tak mengapalah...segala persiapan hari raya untuk Dina,telahpun mama sediakan mengikut kehendak Dina...

Sebenarnya,perangai Dina memang saling tak tumpah perangai papa Dina,terutama dalam berpakaian...Papa memang cerewet bila memilih baju,sama seperti Dina jugak.Bila nak beraya,Dina akan pilih baju Dina sendiri.Sepatutnya Dina yang kena ikut pilihan mama,tapi hal sebaliknya pula yang berlaku. Tapi mama tak kisah,demi kasih sayang mama yang tidak pernah surut untuk Dina,mama ikut juga kehendak Dina. Mama hanya mahu melihat anak mama gembira dan bahagia.....Mama juga tidak mahu Dina merasakan sedikitpun kekurangan biarpun papa tidak di sisi...




Tahun nie,sepertimana tahun yang lalu,Dina dan mama beraya di dua negara. Beraya di Malaysia dan Singapura sebenarnya tidak banyak berbeza...Masih ada rendang , ketupat , serunding dan sambal kacang...Makanan kegemaran Dina waktu hari raya adalah kuih-kuih yang bercoklat...Setiap kali pergi rumah orang,memang pantang kalau Dina nampak kuih bercoklat.Kuih itulah yang akan Dina tuju dulu.Selain tu,Dina juga menggemari kuih tradisional seperti kuih bangkit,biskut kelapa dan juga dodol.....
Emmmm....memang banyak beza kegemaran antara mama dan juga Dina....

Dina Di Hari Raya Aidilfitri...



Alhamdulillah...akhirnya Aidilfitri menjelma kembali. Dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan,Dina dan mama melalui Aidilfitri kali ini dengan penuh kesederhanaan. Biarpun papa masih lagi tidak di sisi,namun kita tetap dapat melaluinya di sisi keluarga yang cukup bahagia...
Dina memang punya keluarga yang besar...di waktu beginilah kita dapat berkumpul beramai-ramai. Kalau nak harapkan hari biasa,memang susah sebab ada antara mereka yang tinggal berjauhan. Namun kehadiran Aidilfitri kali ini,menemukan kita semua dalam suasana yang cukup bermakna...



Inilah atok dan nenek Dina....
Atok....Basuni Bin Amtam
Nenek....Zainab Bt Hussein



Ini Pak Long dan Mak Long

Ini family Mak Ita...
Dari kiri Suhazroy,Suhazwan,Suhasrul dan Suhazreen

Family Pak Ngah Zul & Mak Ngah Ogy...

Abang Haziq,Eja,Abang Hafiy,Kak Zira dan Abang Hazim

Family Pak Usu Din & Uda Inab

Family Mak Ngah Aya....
Abang Afiq,Rayyan Dafi,Abang Syawal,Kak Zety,Kak Nani,Kak Lola,Abg Daniel & Irfan

Family Mak Bun & Uda Wan
Kak Puteri dan Abg Izwan

Family Cik Intan & Cik Bad
Kak Nasha & Kak Nisha serta Ezrin

Keluarga Ucu & Cik Man
Nurin Qistina & Riz
Mama harap...Dina akan sayangi keluarga besar Dina ni...
Sesungguhnya,keluarga adalah insan yang akan berada bersama kita dan akan menerima kita dalam apapun keadaan...

Sunday, September 6, 2009

Kad Raya Dina Untuk Papa....

Sejak Dina dah pandai menulis ni,mama memang selalu tak lepaskan peluang untuk Dina terus melembutkan tangan sekaligus mengasah bakat yang ada pada Dina. Lagipun,Dina bukan boleh tengok mama menulis,Dina mesti nak menulis sama.....
Masa mama tengah sibuk menulis kad raya untuk papa Dina,Dina pun merengek nak menulis kad untuk papa Dina juga....so mama terpaksalah menyebut huruf untuk Dina menulis di dalam kad raya tersebut. Soal huruf,memang tak susah sebab Dina dah kenal semua huruf,cuma ada beberapa huruf yang Dina kata Dina tak pandai nak tulis seperti huruf e...huruf m..dan huruf R...selebihnya memang Dina tulis sendiri...

Lihatlah hasilnya....

Papa suka sangat bila mama bercerita tentang perihal dan perkembangan Dina.Papa kata menyesal jugak sebab tinggalkan Dina dalam waktu sebegini,tapi apa nak buat,dah terpaksa. Tapi apa yang pasti papa pun sayang sangat dengan Dina....

Thursday, September 3, 2009

ROTI BOYAN SINGAPURA...

Minggu lepas mama dan Dina balik ke Singapura. Selain dari menghabiskan cuti,seperti selalunya mama akan mengambil waktu tu mengemas rumah Atok Dina kat sana. Maklumlah,dah nak dekat raya. sape lagi nak kemaskan rumah tu kalau tak mama dan juga Dina. Tapi Dina bukan mengemas pun,main adalah....

Inilah aktiviti Dina sepanjang hari pertama kita di sana....


Main keretapi abjad.... Buat kerja sekolah....

Hari kedua pulak,hujan membasahi bumi Singapura....nak berjalan ke manapun malas. So kita berdua dok melepak kat umah Atok jelah....



Hari ketiga,baru kita ke Bazar Ramadhan kat masjid....Hari tu juga,Mak Itam dan juga Kak Zizah ada datang umah Atok...Emmm,memang malas nak masak,so mama beli jelah makanan untuk berbuka puasa hari tu....

Dina dengan Maisarah yang tak boleh duduk diam dalam bas...

Ini pulak juadah berbuka puasa untuk hari tu...

Udang kegemaran Dina dan Limpa lembu....


Manisan...... dan Bubur Lambuk

Yang paling istimewa,mama cari makanan kesukaan papa Dina. Roti Boyan....makanan ni menjadi makanan kesukaan mama juga. Pelbagai bentuk roti boyan yang boleh kita dapatkan di sini. Ada bentuk 4 segi....tapi mama pilih bentuk bulat. Kat Johor ni,mama tak tahulah ada atau tidak,sebab mama sendiri pun tak pernah jumpa...Pastri roti boyan nie,samalah macam kuih karipap,intinya pulak kentang,telur dan juga daun sup.....emmmm enaknya....nak makan roti ni kita kenan cicah dengan sambal tau....Ti bila Dina dah besar,Dina kena belajar buat roti boyan nie,sebab makanan inilah yang mama dan papa Dina akan cari setiap kali bulan puasa tiba...


Inilah roti boyan kegemaran mama n papa...

Masa hari terakhir kita bercuti di sana,sempat juga kita singgah di bazar ramadhan Geylang. Tapi waktu tu pagi,orang pun tak ramai lagi,kedai pun belum banyak yang buka....Kat situ,mama belikan Dina sepasang baju kebaya pink dan 2 helai tudung...baju tu Dina akan pakai pada hari raya pertama nanti....so kalau nak tengok bagaimana rupa bentuk baju tu...tunggu.......untuk segmen di Hari Raya....

Dina di hadapan perkampungan Melayu Singapura...tempat popular Bazar Ramadhan...

Inilah Atok Singapore kesayangan Dina....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina