http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, June 24, 2010

Dina Di Sekolah....


Minggu ini,merupakan minggu pertama persekolahan setelah dua minggu Dina bercuti.
Cuti kali ni kita tidak melalui hari2 yang boleh dijadikan sebuah cerita,memandangkan detik2 percutian tersebut mama pergi kursus dan selebihnya kita berdua pulang ke Singapura. Begitupun kita berdua tidak berpeluang ke mana-mana tempat yang indah disebabkan kemalasan melanda diri mama...alaaa sebenarnya mama tak rasa begitu enjoy kalau setakat kita berdua saja yang pergi tanpa papa bersama. Tapi bukankah papa dah berjanji untuk bercuti bersama kita nanti....kita tunggu saat itu ok....

Post kali ni mama siarkan kisah Dina di minggu pertama persekolahan.

Bersemangat sungguh nampaknya Dina di hari pertama sekolah. Dah pun pandai pakai kasut sendiri....bangun pagi pun senang sangat di kejut...

Ni plak semasa sarapan pagi. Nampak happy setelah beberapa hari yang lepas kata Mak Bun Dina menangis...sebabnya Dina tak boleh habiskan dua keping biskut....erm...kalau pasal makan,memang Dina makan lambat...sebab tu bila tengok orang lain dah abis makan,Dina mulalah rasa takut dimarahi teacher...


Tapi di pagi ni,Dina begitu ceria....mungkin sebab Dina tahu Mak Bun akan ambil gambar Dina untuk diserahkan kepada mama....mama tahu Dina pun takut kalau mama akan marah pada Dina setelah beberapa hari ni,Mak Bun bagitau mama Dina menangis...

Haaa,inilah aktiviti yang membuatkan Dina menangis beberapa hari ni. Teacher Zaiha ajar menambah nombor dengan menggunakan pembilang straw. Sebelum ni,mama memang tak pernah ajar Dina menambah menggunakan pembilang,sebab mama terus ajar Dina menambah gunakan bulat2 kecil di bawah nombor. Susah juga rupanya Dina nak serasikan diri Dina dengan aktiviti2 baru.

Bila mana mama tahu kelemahan Dina di sini,seawal pagi pukul 6 pagi semalam,mama ajar Dina menggunakan pembilang straw ni....Alhamdulillah,anak mama memang mudah menerima pelajaran...

Akhirnya Dina dah berjaya sekali lagi mengatasi kelemahan Dina dengan cepat dan cekap...

Hahaha....lihatlah wajah Dina nie....buruknya muka anak mama bila menangis. Inilah gara2 Teacher Zaiha mengusik Dina. Hari tu,gambar2 pelajar tabika berbaju jubah dah siap untuk diberi pada semua pelajar. Tapi bila turn Dina nak amik gambar Dina tu,teacher kata Dina tak boleh ambil sebab teacher nak letak gambar2 Dina kat dinding rumah teacher....apalagi,Dina titiskanlah air mata sebab tak mahu teacher Dina lakukan begitu...


Inilah hasil gambar tersebut...kesian anak mama,badan kecil...tapi kena pakai baju besar...tapi apa yang penting,mama cukup bangga sebab anak mama bakal berjaya melepasi tahap pertama sesi persekolahan.


Inilah dia gambar teacher,Mak Bun dan rakan2 sekelas Dina di Tabika Kemas Wawasan,Kg Melayu Baru sesi 2010...sewaktu Dina berusia 3 tahun 10 bulan....

Wednesday, June 16, 2010

Demam Rindu.....

Dulu....mama tak percaya pada demam rindu....bagi mama,demam rindu nie cuma permainan perasaan untuk orang2 yang bercinta...tapi bila mana mama tinggalkan Dina untuk pergi ke kursus selama 3 hari.....baru mama percaya kewujudan demam rindu tu...ia bukan saja untuk orang bercinta...tapi dirasai juga oleh insan yang tercinta....

Masa hari pertama mama tinggalkan Dina untuk kursus tu,mama tidak melihat kesedihan di wajah Dina,sebab seminggu sebelum tu,setiap hari mama dah bagitau Dina mama nak kursus... dan Dina faham...kat umah Mak Ngah pun mama dapat rasa Dina happy sangat sebab Mak Ngah layan Dina begitu baik....siap dapat gi taman permainan lagi....
Tiap kali mama telefon...Dina tengah sembahyang dan juga mengaji...alhamdulillah..sejuk perut mama mengandungkan Dina...
Tapi bila tiba hari ke 3 mama berkursus......Dina demam.......

Bila mama dapat jer panggilan telefon dari Mak Bun tentang keadaan Dina,mama dah tak tentu arah..terperanjat juga mama sebab dua hari sebelum tu Dina ok sangat...

Selesai jer kursus tu,mama terus pulang ke rumah...mama tak masuk pun rumah dulu....mama terus tengok Dina kat umah Mak Bun dan bawa Dina ke klinik...demam Dina dah sampai ke tahap 38c.....dan kena masuk gas....sebab dah banyak lendir di paru2...itulah yang sering berlaku bila Dina demam,batuk dan selsema....

Petang tu selepas Dina balik dari klinik,Dina terus tidur....Dina nampak lebih selesa berbanding keadaan tadi...Malam tu,Dina dah sihat betul...langsung dah tiada demam...cuma sikit batuk dan selsema. Malam tu juga,mama lihat Dina tidur cukup lena...pasti sebab mama dah berada di sisi Dina. Dina dah berada dalam dakapan mama....
Susah juga kalau berjauhan...dengan sikap Dina yang bila tidur,pasti nak tidur di atas badan mama....pasti nak pegang badan mama...inilah akhirnya,demam rindu yang tidak mampu terlawan....

Sehari Di Pra Sekolah Iman SK Gelang Patah

27hb Mei 2010,Tabika Kemas Wawasan di beri cuti disebabkan ada pelajar dari tabika tersebut yang mewakili zon untuk ke peringkat negeri di Segamat dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris dan Hafazan....so,mama telah ambil peluang untuk membawa Dina ke pra sekolah mama....di SK Gelang Patah.

Bangun pagi tu,Dina memang nampak happy sangat sebab diberi peluang mengikut mama ke sekolah. Dina tak sabar-sabar nak jumpa Fenny sebab Fenny berada di kelas mama...Pada awalnya,mama nampak Dina masih lagi takut2 untuk bercampur dengan kawan2 di pra sekolah Iman...lihatlah wajah Dina tu......
Aktiviti pertama yang Cikgu Wani buat pagi tu adalah menyanyi....mama cuma perhatikan Dina saja dari jauh sebab mama nak tengok sama ada Dina boleh berdikari atau tidak...hahaha...kesiannya anak mama sebab lagu2 yang dinyanyikan oleh kawan2 yang lain Dina tak tahu...Dina tak boleh nak ikuti aktiviti2 tersebut...akhirnya,tumpahlah air mata Dina seperti selalu.....mama dah faham benar satu perangai Dina nie....kalau Dina tak dapat buat sesuatu,memang Dina akan menangis.....

Aktiviti kedua yang Cikgu Wani buat adalah mengira tangga....bila mana tadi Dina dah memulakan hari dengan air mata...so dalam aktiviti ni pun mama lihat Dina tetap menangis... Dina sebenarnya takut kalau Dina tak boleh buat,Cikgu Wani akan marah Dina....masa kat tabika pun macam tulah perangai Dina...kalau Dina tak yakin boleh buat,mesti Dina menangis...

Tapi bila masuk aktiviti ke 3...Dina dah mula ada keyakinan...Cikgu Wani buat aktiviti untuk mencari perkataan Bahasa Inggeris dari peralatan yang berada di dalam kelas...Dina dapat mencari dan menulis perkataan 'CHAIR'.....

Dari situ....Dina dah mula pandai membawa diri untuk bercampur dengan kawan2 yang lain. Dina dah mula nampak gembira dan selesa berada dalam kumpulan Pra Iman. Dina dah mula nak berbual dengan kawan2 yang lain.....


Aktiviti terakhir,adalah mewarna gambar Mickey Mouse.....aktiviti yang memang Dina gemari sebab Dina memang boleh buat...cuma Dina nak ikut kak Fenny dan kak Sofia mewarna gambar2 tersebut....apa pun terima kasih pada Cikgu Wani kerana sudi menerima Dina untuk belajar sehari di Pra Iman.....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina