http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, July 29, 2010

Lagi Aktiviti Di Hujung Minggu...


Sekarang ni,di waktu hujung minggu,Dina n mama memang terlalu banyak aktiviti...selain daripada balik Singapore tengok atok...kita juga selalu ke Angsana untuk berjalan-jalan dan main bowling...Kadang2 kesian juga mama tengok Dina sebab terpaksa ikut mama ke sana sini...tapi mama pasti Dina suka dan gembira sangat bila dapat ikut mama jalan2...

Bila melihat setiap keletah Dina yang dapat mama rakamkan,mama rasa terhibur sangat.Macam2 aksi dan rupa Dina waktu mama amik gambar Dina. Kadang2 gambar senyum...kadang2 gambar masam mukanya...hahaha,Dina memang camtu...selalu jugak wat eksyen malu2 kucing....

Beginilah Dina yang sebenarnya. Kemana-manapun Dina pergi,buku akan tetap bersama Dina. Aritu masa ada pertandingan bowling suka2 di Angsana Bowl..Dina minta mama duit nak beli buku kat kedai buku...wah,nampaknya dah pandai ekh minta mama duit nak beli buku...

Apapun mama tak kisah.Mama tahu Dina memang suka sangat dengan buku. Mama harap sampai Dina besar Dina akan kekalkan jadi ulat buku....sebab bukan senang orang nak jadi ulat buku..lebih2 lagi budak yang berusia seperti Dina...dalam buku itu adalah ilmu yang tidak ternilai...moga Dina akan jadi penilai yang terbaik...!

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Hari Lahir DinaHany...

17 hb Julai 2010,Dina dah menginjak ke usia 4 tahun. Dah makin besar dah anak mama nie. Tahun nie,mama tetap juga raikan hari lahir Dina seperti tahun2 sebelumnya. Yang membezakannya,tahun ni mama buat sambutan hari lahir Dina di sekolah...
Sehari sebelum hari lahir Dina,mama, Mak Ngah dan Mak Bun serta abang Dolet bertungkus lumus membantu mama membuat persiapan. Diorang buatkan donut coklat untuk Dina bagi kat kawan2 Dina. Hampir pukul 12 malam baru selesai kerja2 buat donut tu...
Majlis sambutan hari lahir tu bermula pukul 10 pagi..so masa mama sampai sekolah Dina,Dina masih lagi di sesi pembelajaran. Sempat juga mama rakamkan aksi2 Dina sewaktu sesi tu...sejuk hati mama bila melihat Dina kini dah semakin meningkat maju dalam pelajaran. Terlihat juga ketekunan Dina di ketika itu...alhamdulillah...
So,acara pagi tu dimulai dengan bacaan doa dan makan. Mama masakkan nasi goreng seafood + sosej untuk Dina dan kawan2.

Seterusnya upacara nyanyian lagu Selamat Hari Jadi untuk Dina...mama tak tahu kenapa Dina tak mahu senyum langsung bilamana mama nak amik gambar Dina.Haaa itulah masalah Dina sejak dulu lagi....Bukan saja Dina tak mahu senyum,pandang kamera pun langsung Dina tak nak. Apapun terima kasih sebab kawan2 Dina nyanyikan lagu tu untuk Dina.

Tidak seperti tahun sebelumnya,tahun ni mama cuma belikan cup cakes saja untuk Dina. Sebab mudah untuk Dina bahagi2kan pada kawan2 Dina...

Seronok tengok Dina dan kawan2 yang lain makan cup cakes...takpelah,lain kali,kalau mama ada rezeki,mama bagi kawan2 yang lain cup cakes tu lagi ekh...

Ni plak acara selepas makan cup cakes...Teacher Zaiha minta semua berkumpul di depan kelas.Kelakarnya mama tengok gambar Dina nie,tadi masa nyanyi dan sesi bergambar dgn kawan2 Dina menangis,tapi ni,Dina happy pulaklah sangat....

Kalau selalunya,semasa sambutan hari lahir selalu diberi makanan ringan.Tapi mama memang tak suka makanan2 ringan ni.So,untuk kawan2 Dina,mama belikan alat tulis untuk Dina berikan pada mereka....so,berakhirlah acara sambutan hari lahir Dina di sekolah.

Pada malam harinya pulak,mama adakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk Dina. Sebenarnya nenek yang buat acara yasinan kat rumah nenek. Jadi mama sekalikanlah majlis tu untuk Dina.

Inilah dia antara mereka yang bersusah payah membantu dari mula majlis sehingga ke akhir majlis sambutan tahun ni. TQ yea semua....

Moga-moga Dina akan jadi anak yang solehah,dipanjangkan usia,diberi keberkatan dalam hidup,dilindungi Allah dari segala kejahatan di dunia dan akhirat..moga2 Dina akan berjaya dengan cemerlang sepanjang zaman kehidupan Dina....Amin

Sunday, July 4, 2010

Foto Dina Di Waktu Kecil

Akhirnya...setelah begitu lama,dapat juga mama buka folder yang terkunci di handphone mama yang begitu banyak menyimpan gambar Dina semasa kecil dulu. Itupun dengan bantuan abang Afiq. Mama rasa,inilah kenangan yang tidak akan terlupakan sejak Dina masih kecil lagi sehingga ke beberapa hari saja lagi Dina akan menyambut hari lahir yang ke 4 tahun....sempena dengan itu,mama nak paparkan semua kenangan yang pernah tercipta..yang masih segar lagi di ingatan mama......moga segalanya ini akan jadi kenangan yang terindah untuk Dina bila Dina besar nanti..




DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina