http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Monday, October 31, 2011

National Day Singapore....



Tahun ini,kita berpeluang melalui banyak perkara yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini. Perkara2 yang menjadikan hidup kita lebih indah. Perkara2 yang menghadiahkan kegembiraan untuk kita lalui....apatah lagi bila papa ada bersama kita. Rasanya cukup lengkap kehidupan kita kinikan Dina....
Sebelum ini,mama memang tidak pernah membawa Dina melalui pengalaman menyambut hari merdeka sama ada di Malaysia ataupun di Singapura. Tapi bila papa pulang,papa ajak kita berdua melalui pengalaman ini. Wah,sungguh teruja di hati mama untuk melaluinya tau...Petang itu kita bertiga bersama Uncle Lan dan Uncle Din sekeluarga naik mrt menuju ke Marina,di mana di tempat itulah sambutan Hari Merdeka bagi Singapura diadakan....waktu itu adalah bulan ramadhan. Meski panas terik tak terkata,namun kita semua tetap bersemangat untuk pergi....

Erm...orang memang terlalu ramai. Ribuan manusia bergerak untuk mencari tempat yang paling cantik dan sesuai untuk menikmati hari tersebut. Dan akhirnya kita memilih untuk duduk berhampiran kawasan laut....Sungguh cantik sebenarnya tempat itu,apatah lagi dengan hiasan untuk sambutan hari kemerdekaan. Ramai juga rakyat asing yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sambutan tersebut.



Memang meriah sambutan itu. Tapi kata papa,tahun depan kita tak payahlah pergi lagi,sebabnya terlalu ramai orang sehinggakan kita berasak-asak semasa pergi dan juga balik. MRT pun penuh sekali dengan manusia...Erm,mama x kisah sama ada dapat pergi lagi atau tidak...yang penting bila papa dan Dina ada di sisi mama,hidup mama dah cukup indah...

Lawatan TBK Kemas Wawasan Ke Melaka



Lama sungguh mama tidak berpeluang memperbaharui kisah2 Dina...Selalu rindu untuk menulis itu singgah di hati mama,namun kesempatan dan keadaan seringkali membatasi diri mama untuk melakar bait-bait cerita Dina sebagai kenangan untuk Dina ingati satu hari nanti.Apakan daya,kadang2 kita tidak mampu untuk melakukan banyak perkara yang kita suka dalam hidup,kerana banyak pilihan yang terpaksa kita pilih mengikut kepentingannya...namun ketahuilah sayang,menulis cerita tentangmu juga adalah satu kepentingan dalam hidup mama yang mama tidak mahu lepaskannya...



Meski lawatan ini telah berlalu begitu lama,namun banyak perkara manis yang kita boleh kongsikan bersama sebagai kenangan manis untuk dikenang....Pagi yang indah itu,Dina pamerkan kuntuman senyuman yang cukup indah untuk Dina lalui bersama kawan2...Erm...meskipun pagi itu kita terlewat bangun dek kerana kepenatan melalui hari semalam bersama papa,namun dalam keterlewatan itu,kita dapat juga bersiap sebelum waktunya....Alhamdulillah,perjalanan pagi itu sungguh menggembirakan semua.



Xtvt di Taman Rama-Rama pagi itu dimulakan dengan pertandingan mewarna. Dina dan kawan2 yang lain nampaknya begitu bersemangat untuk mewarna gambar rama-rama. Selama 1 jam diberikan waktu untuk menyiapkannya. Mama hanya duduk di sebelah Dina dan memberi panduan untuk menggunakan olahan warna yang sesuai untuk lukisan rama-rama Dina.
Selepas waktu itu,kita semua telah dibawa mengelilingi Taman Rama-rama. Sungguh indah dan cantik bukan melihat pelbagai spesis rama-rama yang ada di sana. Sebenarnya bukan saja rama-rama yang ada,tapi pelbagai haiwan reptilia yang lain juga terdapat di sana. Dalam pada itu juga,pihak pentadbiran taman tersebut mengadakan pencarian harta karun buat Dina dan kawan2. Dalam xtvt ini,semua kena cari barang2 yang telah disenaraikan. Kelakarnya mama tengok sebab yang lebih excited nak mencari barang2 tu semua adalah ibu bapa...



Xtvt memberi ikan makan juga memperlihatkan kegembiraan buat Dina dan kawan2 yang lain sehinggakan kawan Dina yang bernama Iskandar boleh terjatuh masuk dalam kolam ikan tersebut...hehehe



Selesai saja xtvt tersebut,kita semua menikmati makan tengahari pula di Taman Rama-rama. Masa tu juga,mama buat sambutan hari lahir Dina. So,semua yang turut serta dalam lawatan tu,dapat merasa kek hari lahir Dina....Nyum....nyum...nyum....



Kini tibalah pula waktu,xtvt kuiz....soalan2 yang ditanyakan adalah berpandukan daripada penerangan pegawai yang membawa kita semasa lawatan tersebut....mama tahu,Dina tidak akan menjawab punya walaupun Dina tahu jawapannya. Tapi x kisahlahkan,bila usia Dina semakin bertambah,mama harap keyakinan diri Dina juga akan bertambah berlipatganda.



Selepas kuiz,acara penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna,mencari harta karun diadakan....Jeng...jeng...jeng...siapalah yang menang bagi acara ini eh?...Bila melihat lukisan yang Dina warnakan tadi,mama tidaklah begitu menaruh harapan untuk Dina menang. Sebab kalau bab mewarna nie,memang Dina lemah sikit...selalu juga Dina mewarna mengikut mood. Tapi alhamdulillah,kemenangan itu tetap juga berpihak pada Dina akhirnya. Dina mendapat tempat ketiga. Dina dan pemenang yang lain dapat hadiah medal,bergambar bersama burung dan juga melepaskan rama-rama.....



Tengok tu betapa manisnya senyuman Dina bila dapat melepaskan rama-rama dari sangkar serta dapat pula bergambar di atas motor dengan ditemani seekor burung...



Sebelum bertolak pulang ke Johor Bahru,kita semua sempat lagi singgah di Zoo Melaka....walaupun penat dengan aktiviti di Taman Rama-rama,tapi Dina dan kawan2 tetap gembira bila dapat melihat banyak binatang di zoo....
DinaHany....moga kau akan melalui pengalaman2 yang cukup indah di sepanjang kehidupanmu. Moga ianya akan memberi pengajaran kepadamu tentang erti sebuah kehidupan...

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina