http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, May 25, 2010

Dina Di Angsana Bowl....

Hujung minggu lepas mama dan Dina habiskan masa bersama di Angsana Bowl...Memang seronok bila sesekali kita keluar bersama-sama dengan Mak Bun sefamily,Mak Ngah sefamily dan juga Cik Tan sefamily....kecoh dan riuh rasanya bila kita dah beramai-ramai macam nie....

Sebenarnya memang susah kita nak mencari masa untuk bersama-sama seperti ini,memandangkan kita semua ada komitmen masing-masing. Apatah lagi mama,Cik Tan dan Mak Bun bekerja,so masa yang terluang di hujung minggu tu biasanya lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti di rumah....tapi kali ni,dengan idea mama,akhirnya semua sekali dapat berkumpul dan bermain bowling.
Memang kelakar rasanya bila tengok Mak Bun bermain bowling buat kali pertama dalam hidupnya....setelah berusaha beberapa kali,akhirnya dapat juga Mak Bun jatuhkan pin biarpun x banyak.Masa mula2 tu memang asyik masuk longkang aja....Mama pun sama,tapi mama lebih terror sikit berbanding Mak Bun....
Mak Ngah taknak main,sebab malu....takut bola masuk longkang...alaa Mak Ngah ni tak sporting langsungkan...mama dengan Mak Bun tak kisahpun bola masuk longkang,yang penting kita happy....Cik Tan plak tak boleh nak main sebab perut tengah membuyung.....

Dina memang tak boleh nak main,sebab masih kecik lagi...nak angkat bola pun x kuat....so Dina jadi penyokong mama di samping melakukan kerja2 mengelap bola...hahaha...kesian anak mama kena buli dengan Cik Bad.....xpe...nanti Dina dah besar,Dina suruh Cik Bad lap bola tu pulak eh...
Inilah aksi2 Dina yang sempat mama rakamkan di Angsana Bowl tu...

Selepas habis sesi riuh rendah di Angsana Bowl tu...kita ramai-ramai pergi makan steamboat kat Dataran Bandaraya.....mama paling terrror bab makan nie sebab mama sorang jer makan RM10....hahaha...camanelah mama Dina nak kurus kalau makan macam tu ekh....kalau papa tau...mesti papa bising....sorry papa...lain kali mama tak makan banyak camtu ekh...

Monday, May 10, 2010

Surat Dina untuk Papa....



Inilah surat Dina untuk papa tersayang....
Surat nie,Dina yang tulis dan eja sendiri.
Mama cuma bagi ayat untuk Dina tulis seperti sebelum ini.



Kalau ikutkan umur Dina yang baru 3 tahun 10 bulan,rasanya memang sukar dipercaya.
Tapi inilah anugerah yang Tuhan berikan pada Dina.
Dina dah pandai menulis dan membaca sendiri di ketika ini.



Bila saja mama kata mama nak kirim surat untuk papa,Dina pun sibuk juga nak menulis untuk papa...Dina kata,"Dina pun sayang papa,Dina nak tulis surat jugak untuk papa".



Bukan setakat menulis untuk papa,tapi Dina juga dah tunjukkan kekreatifan Dina dalam melukis. Mama lihat,inilah perkembangan terbaru Dina.Sebelum nie,bila saja mama suruh Dina melukis,Dina kata tak pandai,tapi sekarang ni...nampaknya Dina dah ada confident...



Mama pasti papa akan terus berbangga dengan Dina.Mama pasti papa juga akan tunjukkan surat Dina nie pada kawan-kawan papa...mama pasti papa juga akan mengalirkan air mata kesyukuran,bilamana melihat satu persatu anugerah Tuhan ini dari kejauhan....

Lukisan Potret Dina...

Sebenarnya dah beberapa kali mama nak potret Dina dilukis. Tapi kesempatan yang ada itu seringkali tidak tercapai disebabkan Dina tidak mahu orang melukis gambar Dina. Dina pasti akan menangis...begitu jugalah halnya yang berlaku tempohari. Dina tetap juga menangis dan tidak mengizinkan potret Dina dilukis. Puas mama,Mak Ngah dan abang Afiq pujuk Dina,tapi keadaannya tetap sama. Akhirnya,mama terpaksa gunakan gambar Dina di dalam kamera untuk dilukis....

Lihatlah aksi Dina bila potret Dina dilukis oleh Encik Ramzan di Plaza Angsana ni. Kelihatan Dina begitu tekun melihat potret Dina dihasilkan. Berhenti jugalah tangisan Dina yang bergema tadi. Mama pun tak pasti apa masalah Dina sampai Dina menangis sebegitu..Mama pujuk pun Dina tak peduli lagi...Dina tak ambil kisah pun..

Inilah lakaran pertama potret Dina....
Sentuhan-sentuhan seni yang menelurusi segenap ruang wajah Dina...

Kemasan-kemasan terakhir yang penuh seni...



Dan inilah hasilnya...
Hasil yang cukup buat mama puas hati.
Potret inilah barang pertama yang akan mama gantung di rumah baru kita.....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina