http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, May 25, 2010

Dina Di Angsana Bowl....

Hujung minggu lepas mama dan Dina habiskan masa bersama di Angsana Bowl...Memang seronok bila sesekali kita keluar bersama-sama dengan Mak Bun sefamily,Mak Ngah sefamily dan juga Cik Tan sefamily....kecoh dan riuh rasanya bila kita dah beramai-ramai macam nie....

Sebenarnya memang susah kita nak mencari masa untuk bersama-sama seperti ini,memandangkan kita semua ada komitmen masing-masing. Apatah lagi mama,Cik Tan dan Mak Bun bekerja,so masa yang terluang di hujung minggu tu biasanya lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti di rumah....tapi kali ni,dengan idea mama,akhirnya semua sekali dapat berkumpul dan bermain bowling.
Memang kelakar rasanya bila tengok Mak Bun bermain bowling buat kali pertama dalam hidupnya....setelah berusaha beberapa kali,akhirnya dapat juga Mak Bun jatuhkan pin biarpun x banyak.Masa mula2 tu memang asyik masuk longkang aja....Mama pun sama,tapi mama lebih terror sikit berbanding Mak Bun....
Mak Ngah taknak main,sebab malu....takut bola masuk longkang...alaa Mak Ngah ni tak sporting langsungkan...mama dengan Mak Bun tak kisahpun bola masuk longkang,yang penting kita happy....Cik Tan plak tak boleh nak main sebab perut tengah membuyung.....

Dina memang tak boleh nak main,sebab masih kecik lagi...nak angkat bola pun x kuat....so Dina jadi penyokong mama di samping melakukan kerja2 mengelap bola...hahaha...kesian anak mama kena buli dengan Cik Bad.....xpe...nanti Dina dah besar,Dina suruh Cik Bad lap bola tu pulak eh...
Inilah aksi2 Dina yang sempat mama rakamkan di Angsana Bowl tu...

Selepas habis sesi riuh rendah di Angsana Bowl tu...kita ramai-ramai pergi makan steamboat kat Dataran Bandaraya.....mama paling terrror bab makan nie sebab mama sorang jer makan RM10....hahaha...camanelah mama Dina nak kurus kalau makan macam tu ekh....kalau papa tau...mesti papa bising....sorry papa...lain kali mama tak makan banyak camtu ekh...

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina