http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Wednesday, June 16, 2010

Sehari Di Pra Sekolah Iman SK Gelang Patah

27hb Mei 2010,Tabika Kemas Wawasan di beri cuti disebabkan ada pelajar dari tabika tersebut yang mewakili zon untuk ke peringkat negeri di Segamat dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris dan Hafazan....so,mama telah ambil peluang untuk membawa Dina ke pra sekolah mama....di SK Gelang Patah.

Bangun pagi tu,Dina memang nampak happy sangat sebab diberi peluang mengikut mama ke sekolah. Dina tak sabar-sabar nak jumpa Fenny sebab Fenny berada di kelas mama...Pada awalnya,mama nampak Dina masih lagi takut2 untuk bercampur dengan kawan2 di pra sekolah Iman...lihatlah wajah Dina tu......
Aktiviti pertama yang Cikgu Wani buat pagi tu adalah menyanyi....mama cuma perhatikan Dina saja dari jauh sebab mama nak tengok sama ada Dina boleh berdikari atau tidak...hahaha...kesiannya anak mama sebab lagu2 yang dinyanyikan oleh kawan2 yang lain Dina tak tahu...Dina tak boleh nak ikuti aktiviti2 tersebut...akhirnya,tumpahlah air mata Dina seperti selalu.....mama dah faham benar satu perangai Dina nie....kalau Dina tak dapat buat sesuatu,memang Dina akan menangis.....

Aktiviti kedua yang Cikgu Wani buat adalah mengira tangga....bila mana tadi Dina dah memulakan hari dengan air mata...so dalam aktiviti ni pun mama lihat Dina tetap menangis... Dina sebenarnya takut kalau Dina tak boleh buat,Cikgu Wani akan marah Dina....masa kat tabika pun macam tulah perangai Dina...kalau Dina tak yakin boleh buat,mesti Dina menangis...

Tapi bila masuk aktiviti ke 3...Dina dah mula ada keyakinan...Cikgu Wani buat aktiviti untuk mencari perkataan Bahasa Inggeris dari peralatan yang berada di dalam kelas...Dina dapat mencari dan menulis perkataan 'CHAIR'.....

Dari situ....Dina dah mula pandai membawa diri untuk bercampur dengan kawan2 yang lain. Dina dah mula nampak gembira dan selesa berada dalam kumpulan Pra Iman. Dina dah mula nak berbual dengan kawan2 yang lain.....


Aktiviti terakhir,adalah mewarna gambar Mickey Mouse.....aktiviti yang memang Dina gemari sebab Dina memang boleh buat...cuma Dina nak ikut kak Fenny dan kak Sofia mewarna gambar2 tersebut....apa pun terima kasih pada Cikgu Wani kerana sudi menerima Dina untuk belajar sehari di Pra Iman.....

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina