http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Wednesday, December 28, 2011

Majlis Doa Selamat & Kenduri Kesyukuran....

Syukur yang teramat kerana dengan izin-Nya,sampai juga hajat mama untuk mengadakan sedikit majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran untuk Dina. Barangkali dah terlalu lama juga mama suarakan untuk membuat majlis kecil ini,namun masa dan keadaan sering kali tidak memberikan ruang batas untuk itu. Sememangnya mama dah berniat,bila saja Dina sihat dari sakit di bahagian leher Dina,mama akan adakan kenduri. Alhamdulillah,tercapai juga hajat tu,meski dalam keadaan yg cukup kecil untuk keluarga kita sahaja....

Terima kasih yang tidak terhingga sangat pada :-
Cik Intan yang buatkan pulut kuning dan telur puyuh sambal untuk majlis tu.
Ibu Fiza yang beli otak2 untuk kita sama2 rasa di majlis itu juga.

Abang Atoi yang membacakan doa untuk Dina,moga2 Dina senantiasa diberikan kesihatan yang paling baik di sepanjang kehidupan Dina.
Cik Ida,Kak Ijan,Mak Ita dan Cik Ina yang meluangkan masa untuk turut sama hadir ke majlis ini......

Moga2...perjalanan hidup Dina selepas ini senantiasa dipenuhi dengan seribu keindahan. Meski kadang2 sakit itu adalah ujian dari Tuhan,tapi mama akan mohon pada-Nya agar selalu memberikan kesihatan yang baik buat Dina dan senantiasa dilindungi dari sebarang keburukan juga kesakitan....Insya-Allah....

Terlalu ramai yang menyayangimu DinaHany...dan mereka juga akan pasti akan mendoakanmu selalu. Namun doa dari mama pasti akan menjadi pengubat buatmu...buat menemani perjalanan hidupmu....

Buat Mak Ngah....Mak Bun dan kak Lola.....terima kasih atas segalanya. Inilah insan yang banyak membantu mama dalam melaksanakan dan merealisasikan impian dan hajat mama untuk majlis ini...

Gara-Gara Allergic Ubat....

Mama menulis lagi kenangan buatmu DinaHany....Kenangan2 yang mengisi diari kehidupanmu sepanjang 2011....tak lama lagi tahun baru menjelang,pasti akan banyak lagi cerita baru buat mu yea sayang....namun coretan kali ini adalah coretan yang perlu mama ingati sepanjang hidup disebabkan Dina rupanya ada masalah allergic pada ubat.
Pada awalnya mama memang benar2 tidak tahu dan tidak menyangka,Dina ada juga sama seperti mama yang ada allergic pada ubat2 tertentu. Tapi bila Dina mengalami pengelupasan kulit yang amat teruk baru mama sedar bahawa Dina juga allergic pada ubat tersebut.
Kisah bermula apabila badan Dina ditumbuhi ruam2 seperti ruam panas. Hal seperti ini sebenarnya biasa berlaku pada Dina sewaktu Dina kecil sebab kulit Dina memang teramat sensitif. Bila salah guna sabun atau pelembut cuci pakaian juga akan menyebabkan kulit Dina sebegitu....tapi bila keadaan ruam semakin menebal,akhirnya mama bawa Dina berjumpa dengan doktor. Doktor pun kata itu ruam dan memberikan 2 ubat untuk Dina. 1 ubat untuk mengubati ruam dan 1 lagi ubat untuk antibiotik.....
Setelah makan ubat tu selama 3 hari,keadaan inilah yang telah berlaku....

Habis semua kulit di badan Dina mengelupas....termasuk di bahagian kepala juga. Saat itu hanya Allah yang tahu kebimbangan yang berada dalam diri mama. Hanya doa yang dapat mama iringkan untukmu di ketika itu semoga dirimu tidak dihinggapi sebarang penyakit merbahaya....melihatkan keadaan Dina,memang menakutkan sekali.....akhirnya mama mengambil keputusan untuk membawa Dina ke klinik lain.

Mama beritahu doktor masalah Dina dari awal sehingga ke saat itu. Doktor mengatakan Dina sebenarnya kena demam campak....cuma hairannya Dina tidak pernah demam waktu campak tu keluar....dan keadaan yang menyebabkan kulit Dina sebegitu adalah kerana Dina allergic pada ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor sebelum ini. Dan ubat itu adalah
CLARITHROMYCIN 125mg

Alhamdulillah,saat ini Dina dah semakin pulih meski belum 100%. Masih ada kulit di bahagian tangan dan kaki Dina yang masih dalam proses mengelupas. Teringat hari tu jugak mama siap belikan ubat yg diperbuat dari rumpai laut untuk Dina mandi dari kedai Singseh...
Percayalah,mama akan korbankan apapun untukmu sayang. Yang paling penting dalam kehidupan mama adalah untuk melihatmu membesar dengan sihat. Moga Allah melindungimu seluruh kehidupanmu sayang....
Saat ini,mama selalu tersenyum.....sebab dulu Dina kata Dina nak kulit yang putih macam mama (erm...tp mama x putih manapun...hehehe) dan sekarang bila Dina dah bertukar kulit,memang Dina dah dapat capai impian Dina untuk berkulit putih melebihi mama pula....

Wednesday, December 14, 2011

My 2 Dear Luvley

My 2 Dear Luvley....Sham n Dinahany Slideshow: Hanadinahany’s trip from Singapore Strait (near Singapore, Singapore) to 3 cities Singapore Zoological Gardens (near Johor Bahru, Johor, Malaysia), Yishun New Town (near Pasir Gudang) and Vivocity (near Jurong) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Kenangan Itu Tetap Indah....

Raye 2011 Slideshow: Hanadinahany’s trip from Johor Bahru, Johor, Malaysia to Singapore, Singapore was created by TripAdvisor. See another Singapore slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Monday, December 12, 2011

Ibu....Dina Tetap MengasihiMu....


Inilah luahan hati ibu....yang tercatat di Facebook tanggal 9hb Disember 2011....

" Pernah T'cipta Memori Dan Kenangan Indah B'samanya... P'nah T'jalin Kemesraan Dan Curahan Kasih Sayang Antara Kami. Kami Dah Sayang Dia & Anggap Dia Mcm Ank Sendiri, Tp X Taulah Dimana Silapnya..... Akhir2 Ni, Aku Rasa Antara Kami Semakin Jauh.... Sedih Rasanye Tp Kami Redha, Akn Ttp & Terus Menyayangi Dirinya....."

Entah kenapa mama terpanggil untuk menjadikannya sebagai satu cebisan kenangan untuk Dina kenangi...Betapa,selain mama dan papa,masih lagi ada insan yang terlalu menyayangimu sepenuh jiwa mereka...
cuma mungkin salah faham perasaan yang menjadikan ibu menulis statement seperti ini....Cuma mama harap ibu akan mengerti segalanya setelah membaca apa yang ingin mama luahkan pula...

Sesungguhnya wahai ibu....Kdg2 apa yg kita rasa,x semestinya betul....kdg2 juga,kita sendiri merasa ada kesilapan,tp sbnrnya tiada apapun...itulah permainan hati,yg menjadikan prasangka itu satu kelemahan utk menilai diri sendiri....

Maafkan mama Dina,maafkan akk Fiza...tiada pernah tersirat di hati mama untuk pisahkan kasih sayang antara Dina dengan ibu sekeluarga. Tidak pernah terlintas untuk menjarakkan CINTA yang telah terbina antara kita sebelum ini. Segalanya masih seperti dulu....Cuma perjalanan waktu yang kini membatasi segalanya.

Dulu...memang setiap minggu kita punya waktu bersama. Setiap detik kita isikan dengan kasih sayang....segalanya kita rasai bila kita dapat berpimpin tangan,dapat menatap mata yang mempamerkan seribu kegembiraan,dapat melihat tawa yang senantiasa terukir di bibir....Mana mungkin mama atau Dina lupakan saat kita bersama main bowling...pergi makan2...pergi jalan2....


Mana mungkin juga mama dan Dina lupakan saat ayah dan ibu hadiahkan Dina baju semasa hari lahir Dina. Malah mama tetap ingat susah payah ayah belikan belikan kek untuk Dina sebab dah berjanji dengan Dina....segalanya masih segar di ingatan....

Ibu....
Sememangnya bukan ibu yang melahirkan Dina,tapi mama percaya kasih sayang ibu begitu tulus untuk Dina....kalau saat ini,ibu dan ayah merasa sedih sebab merasa Dina semakin jauh,tapi mama pula dah mengalirkan air mata sebab merasa begitu sedih bila ibu beranggapan seperti itu. Demi Allah,mama tidak pernah menjauhkan Dina dari ibu...

Bukankah perjalanan hidup kita sebenarnya yang telah mengubah segalanya...Sejak papa balik,memang kita dah tak punya masa untuk sertai ibu bermain bowling setiap hujung minggu,sebab mama dan Dina akan pulang untuk bersama papa di Singapura. Tapi tolong ibu jangan salahkan papa pula.....keadaan yang memaksa untuk kita menjadi semakin jauh....tapi percayalah bahawa mama tetap akan benarkan Dina untuk bersama ibu asalkan jangan di hujung minggu....

Mama tahu,Dina juga selalu rindukan ibu. Dina juga akan tanya pada mama sama ada kita akan pergi bermain bowling bersama ibu ataupun tidak di waktu papa pulang ke sini.....bagi mama,kalau papa nak pergi,mama akan ikut sama,tapi kalau papa tak mahu pergi,Dina tetap boleh ikut ibu seperti dulu....Mama percaya ibu dan ayah akan jaga Dina dengan baik....kalau ibu nak ambil Dina dan bawa berjalan di waktu cuti sekolah beginipun mama tetap akan benarkan....asalkan jangan pergi jauh2 dan lama2 sudahlah....nanti mama pulak yang menangis sebab Dinalah peneman mama setiap detik di sini.....mana mungkin mama dapat tidur kalau Dina tidak di sisi mama....sebab setiap kali nak tidur,mama mesti nak berbual dengan Dina,nak dengar Dina baca doa,nak cium pipi Dina...kalau mama sedar dari tidur pun,mama pasti akan terus tengok Dina,tenang tau bila dapat tatap wajah dan senyuman Dina semasa tidur...

Saat ini mama pinta pada ibu....MENGERTILAH....kasih sayang itu tidak pernah berubah sebenarnya. Ianya masih kekal seperti dulu,cuma sekarang ibu kena pandai cari waktu untuk luangkan detik2 indah bersama Dina. Tentu Dina juga ingin merasa waktu2 berharga bersama ibu,ayah dan juga Zamirul...Carilah waktu itu,kerana ianya berada di tangan ibu....

Insya-Allah,pasti akan ada masa bersama untuk kita nanti....Segalanya telah ditentukan-Nya. Kita hanya mampu merancang,tapi ketentuan tetap di tangan-Nya....Moga ruang waktu tetap ada untuk kita terus menyebarkan kasih sayang buat insan2 yang terlalu memberi makna dalam kehidupan kita...

Ibu....Dina Tetap Mengasihimu.....barangkali tidak mampu terzahir sepenuhnya buat si comel DinaHany di saat ini...tapi saat dia dah mula mengerti,pasti dia juga akan katakan bahawa dia memang terlalu menyayangi ibu....

Sunday, December 4, 2011

Aksi Model..... DinaHany....Ciptaan Kak Puteri


Pertama kali mama lihat gambar2 Dina nie,mama macam nak menjerit. Sebabnya,mama suka sangat tengok setiap aksi Dina dalam gambar2 nie. Rasa macam tak percaya anak mama yang sangat pemalu orangnya kini dah boleh beraksi di depan kamera seperti ini. Terima kasih pada kak Puteri yang sanggup bersusah payah mengasah bakat Dina dalam bidang yang tidak pernah terfikir oleh mama akan Dina ceburi....tapi nie,untuk main2 jerkan...kalau sungguh Dina nak jadi Model...mama akan suruh Dina berfikir beribu-ribu kali tau...

Tengoklah aksi Dina bersolek dengan gincu dan juga bedak. Macam real jer...Hehehe...
Patutlah Dina sekarang asik nak melawa jer,rupa2nya Dina dah ada hobi baru iaitu bersolek eh...

Mama pun perasan sebenarnya,sekarang nie Dina memang teramat cerewet dalam pemilihan baju selepas mandi. Dina mesti nak pilih baju sendiri. Aritu masa mama pilihkan Dina baju baru,Dina juga tak nak pilihan mama. Tapi Dina yang nak pilih sendiri. Dina selalu bagi komen,,baju yang mama pilih tak cantik....urm...sedih tau mama,Dina memang ikut perangai papa betul. Cerewet sangat dalam penampilan...

Bukan tu saja,bila mama nak ikat rambut Dina pun,Dina akan suruh mama ikat mengikut citarasa Dina sama ada nak ikat 1 @ 2,nak tocang @ tidak ( perkataan tocang nie Dina kata lubang2 )hahaha...macam2lah anak mama nie...

Tengok tu,sejak bila pula Dina dah pandai pakai maskara sendiri ? Nie semua mesti kerja kak Puteri...Yang rajin melayan Dina dan minta Dina jadi modelnya...Tapi mama suka sangat dengan hasil photoshot dari kak Puteri nie,sebab tu mama ingin abadikan sebagai kenangan untuk Dina dalam blog ini.

Memang manis sungguh anak mama nie. Apatah lagi bila dah bersolek cam gini. Tapi ingat....mama tidak akan pernah menggalakkan Dina untuk memilih menjadi model. Bukan mama tidak suka dengan dunia glamour seperti ini,tapi biarlah Dina cuma jadi orang biasa yang CEMERLANG dalam kehidupan yang sederhana. Mama percaya,bila Dina dah dewasa nanti,Dina akan tahu untuk memilih jalan hidup yang betul. Jalan hidup yang akan meletakkan Dina sebagai seorang insan yang disanjungi,yang berjiwa murni dan boleh mendidik orang lain untuk menjadi seperti Dina yang berjaya dunia dan akhirat....

Haaaa,inilah dia kak Puteri Hani Harisya. Sepupu Dina yang rajin melayan Dina sejak Dina kecil lagi....Terima kasih yea kak Puteri,sebab telah banyak mengajar Dina,memberi Dina pengalaman yang amat berharga dalam kehidupan Dina. Mama doakan agar kak Puteri juga akan berjaya dalam apa pun yang kak Puteri lakukan...Insya-Allah......

Tuesday, November 29, 2011

Cenderahati Di Program Pintar Al-Quran


Program Pintar Al-Quran telahpun berlalu. Namun rentetan kenangan atas kejayaan Dina masih lagi meneruskan coretan memori untuk Dina kenangi suatu saat nanti....Kenangan2 indah untuk Dina ingati saat Dina dah semakin mengerti tentang erti sebuah kehidupan. Mungkin saat itu mama tidak lagi menemani sepanjang perjalanan hidupmu...namun apa yang mama tinggalkan ini,pastinya akan menyumbangkan seribu satu macam perasaan
CINTA dan KASIH SAYANG
yang tidak ternilai harganya.....segalanya untukmu sayang....

Inilah antara cenderahati yang Dina dapat di Majlis Khatam tersebut...
SEJADAH kecil dan juga TASBIH....
Juga senaskhah AL-QURAN...
Moga hadiah2 ini dapat mendidik hati,akal dan imanmu ke jalan kebenaran sayang...
Insya-Allah, mama akan memberikanmu didikan yang paling sempurna untukmu,moga dirimu senantiasa mendapat kebaikan dunia dan akhirat...

Erm....RM150 ini pula Dina dapat setelah Dina meraih kemenangan sebagai Pelajar Perempuan Terbaik Majlis Khatam Program Pintar AL-Quran UEMLAND...Teacher telah pilih Dina mewakili tabika Dina untuk kategori ini. Setiap pelajar yang dipilih akan menjalani ujian bacaan dari surah2 yang dipilih oleh penilai itu sendiri....sememangnya Dina tiada masalah dalam bacaan , cuma kadang2 Dina tidak mengikut panjang pendek bunyi bacaan itu sahaja. Namun alhamdulillah,rezeki itu tetap milik Dina....

Inilah Sijil Penyertaan yang menjadi bukti bahawa Dina telah menyertai program ini.
Sijil yang juga akan menjadi kenangan untuk Dina bila Dina dah dewasa nanti.
Sesungguhnya mama dan papa hanya menjadi insan yang senantiasa berada di belakangmu,yang akan memberikan pendidikan dan sokongan dalam setiap apa yang Dina lakukan...selebihnya,Dina perlu berusaha sendiri untuk mendapat dan meraih kecemerlangan dalam kehidupan Dina.....

Monday, November 28, 2011

Program Pintar AL-QURAN


Pada 19hb November 2012,Dina telah terlibat di dalam Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas UEM Land. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Terdapat 5 buah tabika kemas yang telah terpilih di sekitar Zon Nusajaya. Tahun ini,seramai 18 orang pelajar dari sekolah Dina telah terlibat dalam program ini.

Sebenarnya mama rasa beruntung sangat bila sekolahkan Dina di Tabika Kemas Wawasan. Bukan saja kerana teacher Zaiha seorang guru yang begitu komited pada kerjanya,tapi kerana sekolah Dina telah terpilih dalam program Pintar Al-Quran sejak UEM Land menganjurkan program tersebut. Tidak semua sekolah mendapat peluang berharga seperti ini. Kalau nak harapkan mama saja hantar Dina mengaji,rasanya memang Dina masih belum berpeluang untuk khatam di usia 5 tahun ni....lagipun sememangnya Dina telah dianugerahkan dengan keistimewaan kecerdikan akal dan fikiran untuk Dina selalu mendapat kecemerlangan dalam apa pun yang Dina lakukan. Terima kasih Allah,kerana memberi mama
Permata Yang Terlalu Berharga...

Program pagi itu telah dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh YB Dato Zainal Abidin bin Hj Osman iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Seterusnya perarakan masuk pelajar-pelajar khatam yang diiringi dengan paluan kompang , bunga manggar dan bunga pahar masuk ke dalam dewan. Lebih daripada 100 pelajar yang terlibat pada kali ini. Bertuah sangat bila mama lihat Dina dapat duduk di barisan paling depan bukan kerana Dina kecil,tapi kerana Dina telah terpilih untuk hafalan Surah Yasin dari ayat 21 hingga ke ayat 40. Dina menjadi pelajar ke 3 untuk hafalan tersebut...mendengarkan saja suara Dina mengalunkan ayat suci tersebut,begitu menyentuh hati mama...sebelum ini,mama takut sekali kalau Dina akan menangis seperti yang pernah terjadi,tapi bila saja melihat Dina mengalunkannya dengan penuh keyakinan....mama rasa cukup terharu. Dalam hati kecil mama berkata "anakku telah mampu melakukan yang TERBAIK dalam kehidupannya...alhamdulillah "

Malah bukan itu saja yang menggembirakan mama,tapi bila Dina dinobatkan sebagai pelajar perempuan terbaik di majlis sebesar ini,menjadikan seluruh kehidupan mama bagai terlalu sempurna...sempurna untuk sebuah didikan dari seorang ibu yang punya harapan terlalu besar buat seorang anak kecil.....Bersyukur mama sekali lagi atas kurnia dari-Nya. Di saat itu hanya ciuman dan pelukan yang dapat mama berikan. Bukan saja mama,tapi teacher Zaiha,teacher Bun dan ibu juga turut memberikan ciuman dan pelukan penghargaan untuk Dina....

Sebenarnya mama tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Dina meraih kejayaan ini. Bagi mama, Dina dah cukup baik bilamana Dina tidak lagi merasa takut untuk ke depan. Dina dah cukup baik bila Dina dah mula yakin dengan apa yang Dina lakukan....Kejayaan Dina merupakan bonus untuk diri Dina sendiri....Kejayaan Dina menjadikan mama boleh meninggalkan senyuman mama di mana-mana selepas ini...

Dalam majlis ini,tabika Dina telah memenangi ketiga-tiga kategori yang telah dipertandingkan iaitu Pelajar Perempuan Terbaik - DinaHany,Pelajar Lelaki Terbaik-Adam dan juga Tabika Terbaik-Tabika Kemas Wawasan. Wah....bestnya....Sememangnya kalau kita melakukan sesuatu dengan penuh kesungguhan,pasti kita akan mendapat kejayaan.

Tidak sia-sia usaha Teacher Zaiha yang selalu buat dan inginkan yang terbaik untuk Dina dan kawan2 Dina. Kejayaan demi kejayaan yang dapat diraih Tabika Kemas Wawasan berkat kesungguhan Teacher Zaiha....TQ teacher,jasamu dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk anak bangsa akan dikenang sampai bila2....

Tahniah...Tahniah...Tahniah....
Untuk tenaga pengajar Program Pintar Al-Quran di Tabika Kemas Wawasan - Ustazah Su dan juga Ustazah Noraini yang memberikan usaha gigih dalam membentuk pelajar yang mendapat didikan bukan saja untuk ilmu dunia, tapi juga untuk ilmu di akhirat.
Tahniah....Tahniah...Tahniah
Untuk Teacher Zaiha dan Teacher Bun yang tidak pernah jemu menjadikan pelajar2 sebagai insan yang berilmu tinggi.
Moga setiap apa yang kalian berikan,akan mendapat pembalasan yang setimpal dari-Nya....
Insya-Allah...

Thursday, November 24, 2011

HADIAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TBK KEMAS WAWASAN


Pada 13hb November 2011,sekolah Dina mengadakan Majlis Perpisahan , Penyampaian Sijil & Hadiah Kecemerlangan 2011 bagi Pelajar Tabika Kemas Wawasan. Sebenarnya banyak gambar yang mama ambil sewaktu majlis tersebut berlangsung. Tapi sayangnya,kesilapan teknikal telah berlaku yang menyebabkan semua gambar tu hilang...erm,hampanya...tapi masih ada beberapa gambar yang dapat kita kongsikan di laman facebook mama dan juga papa.

Jadi di coretan kenangan kali ini,mama hanya paparkan gambar2 hadiah yang Dina terima pada majlis tersebut. Pertama sekali tentunya mama ingin kongsikan hadiah piala yang Dina terima. Tahun ini,merupakan tahun kedua Dina terima hadiah piala dalam kategori umur yang sama. Sebabnya masa tahun lepas,ketika Dina berusia 4 tahun,Dina juga mengambil peperiksaan untuk pelajar 5 tahun. Waktu itu,teacher tidak menyediakan soalan periksa untuk pelajar 4 tahun....dengan berkat kesungguhan Dina,dah 2 tahun nampaknya Dina mengungguli keputusan cemerlang untuk kategori ini. Harap2 untuk selamanya Dina akan terus unggul di hadapan yea sayang...Insya-Allah....

Selain piala,Dina juga ada menerima hadiah lain.Cantikkan frame gambar ini. Ada gambar Mickey n Minnie. Ini merupakan karektor kartun kegemaran Dina....Nanti mama masukkan gambar Dina semasa menerima hadiah di frame in okay...

Ini pula tabung yang juga ada gambar Mickey Mouse. Dapat jer tabung nie,Dina terus masukkan duit syiling yang Dina ada.....Tabung yang lama Dina asingkan duit syiling 50 sen....Sekarang ni,mama dah mula kena ajar Dina tentang duit....sebabnya tahun depan,Dina dah mula belajar pasal duit. Aritu masa teacher bagi soalan periksa 6 tahun pada Dina,Dina tak dapat jawab soalan yang berkaitan dengan duit....takpelah,masih ada masa untuk mama ajar Dina....

Comel jugakan cawan nie. Ada gambar orang senyum...Moga mama dan papa akan terus tersenyum setiap kali menerima keputusan peperiksaan Dina.....

Inilah antara hadiah2 yang Dina terima di majlis tersebut. Teddy Bear yang comel tu sebenarnya hadiah dari Ibu Fiza....TQ yea ibu sebab selalu meyokong Dina dalam segala apa yang Dina lakukan....
Align CenterDina juga dapat cenderahati beg dan tuala dari TBK Kemas Wawasan. Tuala berwarna pink yang memang Dina suka sangat.....Manakala ayat suci yang boleh digantung tu pula adalah hadiah sponsor dari Teacher Bun....TQ pada semua yang selalu bermurah hati.
Alhamdulillah yea sayang. Kejayaan yang Dina dapatkan sekarang adalah atas usaha Dina untuk menjadi pelajar yang berjaya. Mama dan papa hanya mampu berdoa untukmu dan membantu apa yang terdaya untuk kami lakukan...Selagi Dina berusaha dan bercita-cita tinggi,pasti Dina akan dapatkan kecemerlangan dalam kehidupan Dina....

Tuesday, November 22, 2011

TQ Papa....Luv U So Much...


Tahun nie....Dina banyak dapat hadiah. Ini pula adalah hadiah dari Papa sempena kejayaan Dina dalam Peperiksaan Akhir Tahun aritu. Papa belikan Dina PSP ataupun "PlayStationPortable"....

Sebelum Dina menghadapi peperiksaan tempohari,papa memang dah janji dengan Dina. Kalau Dina dapat keputusan yang cemerlang,Papa akan belikan Dina PSP ni. maklum jelah,sebelum ini,Dina memang tidak pernah berpeluang untuk ada alat2 permainan macam gini. Zalimnya mamakan,sebab tidak pernah bagi Dina barang2 seperti ni.

Bukannya mama tak nak belikan Dina alat2 permainan sebegini,tapi mama selalu fikirkan,apa yang lebih penting dalam kehidupan Dina. Bagi mama,Dina minat buku2...itu yang mama selalu belikan buku....Tapi mama tahu tidak salah untuk Dina memiliki barang2 seperti ini.So TQ Very Much yea papa,sebab hadiahkan Dina PSP ni.
Dalam PSP nie,papa ada masukkan beberapa games untuk Dina.....Erm...ada juga games untuk papa tau....Mama pun main sekali...Hehehe....

Inilah games yang paling Dina suka iaitu Cakes Mania. Masa Dina mula2 main tu,Dina selalu tak dapat goal....tapi mama selalu cakap kat Dina,Dina tak boleh putus asa....Dina kena cuba dapatkan goal tu juga...Lama2 akhirnya Dina dapat juga capai goal tu...


Games ke 2 Dina adalah Diner Dash....Yang paling kelakarnya bila Dina main games ni,Dina akan selalu kelam kabut. terutama bila tiba level 6 yang mana bila ada family datang dengan anak kecil dan anak kecil itu perlukan kerusi budak. Selalunya papalah yang akan jadi mangsa untuk tolong Dina dapatkan kerusi tu...Huhuhu..

Games Bomberman ni,Dina belum pernah main lagi. tapi Dina selalu paksa mama untuk main games nie. Mama tahu dan kenal benar dengan sikap Dina. Kalau Dina tidak yakin boleh melakukannya,Dina memang tidak akan buat. Tapi kalau Dina dah bole melakukannya...memang mama tidak akan dapat kesempatan nak main games nie...

Ini pula games bola papa....Kite berdua tak pernah mainkan sayang. Yelah..mana kite reti main bola sepak...kalau tengok jer bolehlah....tapi takpe,kite bole selalu sokong papa..."Go Papa Go"

Ini pula games Angry Bird yang tengah popular tu...Dina pandai main games ni....Tapi bila Dina failed jer...Dina akan terus tukar games lain....Memang macam tulah perangai Dina sebenarnya. Kadang2 Dina nak semuanya sempurna....kalau Dina tidak dapat mencapainya,Dina akan berhenti serta merta.

Games ini,kita tak pernah main lagi....Hehehe...Belum ada kesempatan .
Akhirkata....
Sekali lagi TQ yea papa. Hadiah dari papa nie dah cukup menggembirakan Dina. Pasti Dina akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan.
Apa hadiah dari mama yea.....erm pastinya doa yang tidak pernah putus akan mama panjatkan untuk Dina moga hidup Dina akan selalu dilindungiNya,dirahmatiNya....sepanjang zaman kehidupan Dina....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina