Syukur yang teramat kerana dengan izin-Nya,sampai juga hajat mama untuk mengadakan sedikit majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran untuk Dina. Barangkali dah terlalu lama juga mama suarakan untuk membuat majlis kecil ini,namun masa dan keadaan sering kali tidak memberikan ruang batas untuk itu. Sememangnya mama dah berniat,bila saja Dina sihat dari sakit di bahagian leher Dina,mama akan adakan kenduri. Alhamdulillah,tercapai juga hajat tu,meski dalam keadaan yg cukup kecil untuk keluarga kita sahaja....

Terima kasih yang tidak terhingga sangat pada :-
Cik Intan yang buatkan pulut kuning dan telur puyuh sambal untuk majlis tu.
Ibu Fiza yang beli otak2 untuk kita sama2 rasa di majlis itu juga.

Abang Atoi yang membacakan doa untuk Dina,moga2 Dina senantiasa diberikan kesihatan yang paling baik di sepanjang kehidupan Dina.
Cik Ida,Kak Ijan,Mak Ita dan Cik Ina yang meluangkan masa untuk turut sama hadir ke majlis ini......

Moga2...perjalanan hidup Dina selepas ini senantiasa dipenuhi dengan seribu keindahan. Meski kadang2 sakit itu adalah ujian dari Tuhan,tapi mama akan mohon pada-Nya agar selalu memberikan kesihatan yang baik buat Dina dan senantiasa dilindungi dari sebarang keburukan juga kesakitan....Insya-Allah....
Terlalu ramai yang menyayangimu DinaHany...dan mereka juga akan pasti akan mendoakanmu selalu. Namun doa dari mama pasti akan menjadi pengubat buatmu...buat menemani perjalanan hidupmu....
Buat Mak Ngah....Mak Bun dan kak Lola.....terima kasih atas segalanya. Inilah insan yang banyak membantu mama dalam melaksanakan dan merealisasikan impian dan hajat mama untuk majlis ini...
No comments:
Post a Comment