http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Wednesday, December 28, 2011

Gara-Gara Allergic Ubat....

Mama menulis lagi kenangan buatmu DinaHany....Kenangan2 yang mengisi diari kehidupanmu sepanjang 2011....tak lama lagi tahun baru menjelang,pasti akan banyak lagi cerita baru buat mu yea sayang....namun coretan kali ini adalah coretan yang perlu mama ingati sepanjang hidup disebabkan Dina rupanya ada masalah allergic pada ubat.
Pada awalnya mama memang benar2 tidak tahu dan tidak menyangka,Dina ada juga sama seperti mama yang ada allergic pada ubat2 tertentu. Tapi bila Dina mengalami pengelupasan kulit yang amat teruk baru mama sedar bahawa Dina juga allergic pada ubat tersebut.
Kisah bermula apabila badan Dina ditumbuhi ruam2 seperti ruam panas. Hal seperti ini sebenarnya biasa berlaku pada Dina sewaktu Dina kecil sebab kulit Dina memang teramat sensitif. Bila salah guna sabun atau pelembut cuci pakaian juga akan menyebabkan kulit Dina sebegitu....tapi bila keadaan ruam semakin menebal,akhirnya mama bawa Dina berjumpa dengan doktor. Doktor pun kata itu ruam dan memberikan 2 ubat untuk Dina. 1 ubat untuk mengubati ruam dan 1 lagi ubat untuk antibiotik.....
Setelah makan ubat tu selama 3 hari,keadaan inilah yang telah berlaku....

Habis semua kulit di badan Dina mengelupas....termasuk di bahagian kepala juga. Saat itu hanya Allah yang tahu kebimbangan yang berada dalam diri mama. Hanya doa yang dapat mama iringkan untukmu di ketika itu semoga dirimu tidak dihinggapi sebarang penyakit merbahaya....melihatkan keadaan Dina,memang menakutkan sekali.....akhirnya mama mengambil keputusan untuk membawa Dina ke klinik lain.

Mama beritahu doktor masalah Dina dari awal sehingga ke saat itu. Doktor mengatakan Dina sebenarnya kena demam campak....cuma hairannya Dina tidak pernah demam waktu campak tu keluar....dan keadaan yang menyebabkan kulit Dina sebegitu adalah kerana Dina allergic pada ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor sebelum ini. Dan ubat itu adalah
CLARITHROMYCIN 125mg

Alhamdulillah,saat ini Dina dah semakin pulih meski belum 100%. Masih ada kulit di bahagian tangan dan kaki Dina yang masih dalam proses mengelupas. Teringat hari tu jugak mama siap belikan ubat yg diperbuat dari rumpai laut untuk Dina mandi dari kedai Singseh...
Percayalah,mama akan korbankan apapun untukmu sayang. Yang paling penting dalam kehidupan mama adalah untuk melihatmu membesar dengan sihat. Moga Allah melindungimu seluruh kehidupanmu sayang....
Saat ini,mama selalu tersenyum.....sebab dulu Dina kata Dina nak kulit yang putih macam mama (erm...tp mama x putih manapun...hehehe) dan sekarang bila Dina dah bertukar kulit,memang Dina dah dapat capai impian Dina untuk berkulit putih melebihi mama pula....

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina