http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, November 10, 2009

Dina Di Jamuan Akhir Tahun Mama.....



Kemanapun mama pergi....jika acara itu membolehkan mama membawa Dina bersama,pastinya mama akan bawa Dina....Begitulah hakikatnya. Hakikat yang mama tidak boleh berpisah dan berjauhan dengan Dina sehingga ke saat ini. Sememangnya sejak Dina lahir sehingga ke detik ini,mama tidak pernah walau sekalipun tinggalkan Dina. Pernah mama dipanggil untuk berkursus di Kuala Lumpur selama 3 hari. Waktu tu Dina masih kecil lagi. Mama tak sampai hati nak tinggalkan Dina. Lagipun di waktu itu,Dina masih menyusu badan....Mama lebih rela buat surat tunjuk sebab daripada mama terpaksa berkorban untuk tinggalkan Dina....

Mama tahu,suatu saat nanti,keadaan ini pasti akan berubah. Dina akan membesar...akan belajar dari sekolah rendah sehingga ke tahap yang paling tertinggi. Di waktu itu,pasti mama akan menerima keadaan bahawa mama perlu berjauhan dari Dina....Tapi mama percaya,detik itu,mama akan menerima segalanya dengan hati yang terbuka,sebab mama mahukan Dina berjaya dalam hidup dan juga dalam pelajaran Dina.Insya-Allah pasti Dina akan berjaya sehingga ke menara gading. Doa papa dan mama akan selalu mengiringi kehidupanmu sayang...





Inilah gambar-gambar kenangan Dina semasa Dina mengikut mama ke Jamuan Akhir Tahun BAKAF pada 8 hb 11 2009 di Taman Merdeka Johor Bahru...

Monday, November 9, 2009

Dina Dengan Rutin Sebelum Tidur...



Sesungguhnya ilmu itu adalah pelita hidup.....Sedari kecil mama didik Dina untuk mencintai ilmu...Moga ilmu yang baik senantiasa mengiringi kehidupanmu sayang...

Thursday, November 5, 2009

Surat Papa Untuk Dina...

( Inilah surat dari papa Dina untuk Dina yang bertarikh 29.09.2009 . Surat yang merupakan luahan hati papa khusus untuk Dina. )
Puteriku yang tersayang Dina Haney....
Alhamdulillah,setelah sekian lama Papa dan Mama menantikan kehadiranmu ke dunia dengan penuh harapan agar dapat meneruskan keturunan kami,akhirnya impian itu tercapai jua. Puji-pujian untuk Allah kerana doa Papa dan Mama tersahut jua dan diperkenankan-Nya.
Puteriku...
Ingin papa kongsikan bersamamu cita-cita Papa apabila Dina dewasa kelak. Sebelum itu,ingin Papa luahkan rasa takjub Papa pada Mama Dina sebab apa yang Mama mohon semuanya diperkenankan. Yang ketaranya ada tiga perkara.
Pertama,sebelum kelahiranmu,Papa ingin punya baby lelaki dan mama pula mengimpikan baby girl. Lahirnya Dina...baby girl.
Kemudian Mama menginginkan baby girl kami nanti mengikuti paras rupa Papa. Maka itulah jua yang diperkenankan. Semua orang kata wajah Dina memang seiras Papa.
Dan yang ketiganya,Mama kata dia mahu melahirkan Dina secara pembedahan 'caesarian'. Akhirnya kesemua yang Mama Dina inginkan itu telah diperkenankan.
Dina lahir ke dunia ini dengan wajah yang benar seiras dengan Papa. Itulah kebanggaan Papa. Melihat Dina,sama sekali teringat Papa ketika masih kecil dulu,memang wajah Dina saling tak tumpah wajah Papa. Apa yang mencuit hati Papa ialah bilamana Mama berkata yang Mama dah merajuk dengan Dina sebab wajah dan ciri-ciri Dina terus tak ikut Mama. Tergelak kekadang bila Papa mengingatinya.
Sayang....
Seperti ibu bapa yang lain,Papa dan Mama mempunyai cita-cita yang besar terhadapmu. Tiada apa yang lebih membahagiakan Papa dan Mama selain melihat Dina berjaya di hari muka dan menjadi anak yag solehah. Adalah amanat dari Allah agar Papa dan Mama mendidik dan mengasuhmu menjadi anak yang baik. Kasih sayang kami pada Dina tidak pernah berbelah bagi.
Melihat perkembanganmu dari kejauhan ini,seringkali menjadikan Papa bangga punya anak sebaik dan sebijakmu. Maafkan Papa kerana tidak dapat berada di sisimu selalu saat Dina mula bertatih sehingga ke detik ini. Apakan daya keadaan memaksa untuk kita melalui detik-detik yang sebegini. Namun percayalah,kasih sayang dan cinta papa terlalu utuh buatmu dan Mama. Tanpa kalian berdua,Papa tak punya apa-apa dalam dunia ini. Kalian adalah nyawa Papa bagi meneruskan hidup yang penuh onak dan duri ini.
Hana Irdina Hany....
Kelahiranmu adalah lambang cinta antara Papa dan Mama. Dina adalah sumber inspirasi dan membuatkan hidup kami lebih bermakna lagi.Dina adalah penyeri rumahtangga Papa dan Mama. Benar,Dina belum memahami apa-apa saat ini,namun warkah ini,selain dari luahan hati Papa,juga adalah untuk tatapan Dina apabila Dina dewasa dan mula mengenali dunia. Pada waktu itu,kalau Papa dan Mama masih bernafas,hargailah Papa dan Mama dan jangan lupakan pengorbanan kami untukmu,terutamanya Mama yang telah sanggup bertarung nyawa untuk melahirkanmu demi merealisasikan impian kami mempunyai keluarga yang sempurna. Syurgamu terletak di telapak kaki Mama. Jadilah anak yang baik dan solehah sayang...
Lots of loves.
Papa,29/09/2009

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina