http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Monday, December 14, 2009

Majlis Kahwin....

Dalam cuti sekolah nie,memang ramai yang melangsungkan perkahwinan. Jemputan kahwin terlalu banyak yang perlu di layani....
Setiap minggu,mama dan Dina memang pasti akan berada di majlis kahwin.
Sebenarnya salah satu perkara yang paling Dina gemari adalah pergi ke majlis kahwin. Sejak kecil lagi,Dina memang suka sangat tengok pengantin.Bukan setakat tu saja,bila dah berada di majlis kahwin,Dina mesti nak tengok dan bersalam dengan pengantin. Itu adalah satu kemestian.
Kalau mama tak bawa Dina berjumpa dengan pengantin,Dina akan merajuk dan merengek. Selepas dapat jumpa pengantin,baru Dina rasa puas hati...

Ini adalah gambar kahwin Cik Ida.
Tahniah yea Cik Ida atas perkahwinan ini.
Selepas ni,bila Cik Ida dah ada anak,moga Cik Ida tetap tidak akan melupakan Dina.

Ini plak masa majlis persandingan Cik Noni @ Aisyah di Gelang Patah.
Cik Noni dengan mama adalah sepupu.
Moga perkahwinan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat.


Ini plak masa kerja kahwin Cik Ina di Batu Pahat.
Cik Ina nie,merupakan adik kepada Cik Man.
Kita doakan juga moga perkahwinan ini akan berkekalan di sepanjang zaman kehidupan mereka.
Insya-Allah...

Sunday, December 13, 2009

Belajar vs Tido.....

Sejak dari kecil lagi,buku adalah merupakan teman setia Dina.Tidak kiralah sama ada sebelum atau selepas waktu tidur.Setiap hari,mama akan pastikan Dina akan belajar.Kerana itulah, menjengah ke usia Dina tiga tahun setengah sekarang,Dina sudahpun boleh membaca perkataan yang mempunyai dua suku kata sekaligus membunyikan perkataan tersebut....
Walau bagaimana pun,subjek yang paling Dina gemari adalah matematik. Memang pantang Dina tengok buku kerja matematik. Dina akan buat sampai habis satu buku. Yang menjadi mangsa untuk mengajar Dina,mamalah....biarpun kadang-kadang waktu itu,mama begitu letih dan penat,tapi mama tidak pernah menolak untuk mengajar Dina....
Bagi mama,untuk menjadi seorang yang bijak dan terpelajar,kita kena belajar....kerana itulah mama tidak pernah jemu untuk mengajar Dina.

Lihatlah keadaan Dina bila dah jumpa dengan buku nie....


Haaa,ni plak gambar Dina yang mungkin dah penat betul belajar sampaikan tertidur. Bila mama tengok,kesian jugak mama rasa sebab Dina kecik lagi mama dah asuh Dina belajar dengan tekun.Tapi mama lakukan semua nie,untuk masa depan Dina jugak....



Mama nak Dina jadi insan terpelajar di dunia dan juga di akhirat.....
Mama nak Dina cemerlang dalam kehidupan Dina sepanjang hayat....
Itulah impian mama dan juga papa....

Thursday, December 10, 2009

Kisah di Tg Resang,Mersing....

Sepertimana yang mama janjikan,mama paparkan lagi foto-foto Dina sewaktu kita ke Tg Resang tempohari. Sebenarnya mama tidak bercadang untuk pergi bercuti di sini. Tapi apabila Cik Ida ajak mama joint sekali dalam programnya,mama terfikir,apa salahnya,sebab Dina memang suka sangat dengan laut. Program nie juga bersempena minggu terakhir sebelum tarikh perkahwinan Cik Ida menjelang minggu depan....



Ini adalah foto-foto sewaktu Dina baru sampai di chalet dan juga sewaktu di air terjun yang belum pun dibuka untuk orang awam. Masa mula-mula sampai mama cuak juga memandangkan mama tidak pernah membawa Dina ke kawasan hutan seperti ini. Walau bagaimanapun, akhirnya kita berdua dapat juga joint diorang kat air terjun tu....


Foto ni pulak,masa malam barbeque. Memang sedap sungguh ayam tu,tapi Dina pulak,memang tak boleh tahan pedas...nasi goreng tupun pedas jugak...tapi Dina makan juga sikit. Selesai jer makan,Dina dah ajak mama masuk bilik untuk tidur,sedangkan Cik Ida dengan kawan-kawannya yang lain nak berkaraoke...tak mengapalah...mama ikut juga kehendak Dina sebab Dina memang jarang tidur lewat...



Dina bangun pukul 7 pagi tu....memang sejuk sungguh cuaca sejak semalam kita sampai,memandangkan hujan juga turut menyimbahi bumi...Tapi,Dina ajak juga mama pergi ke laut untuk bermain air. So,lihatlah aksi-aksi Dina nie....kalau waktu tu ombak tidak begitu kuat,pasti Dina dah mandi laut,tapi mama puas hati juga sebab dapat rakamkan gambar-gambar Dina sewaktu main di tepi pantai tu...

Alaa....comelnya anak dara mama dalam pelbagai pose yang begitu menarik hati mama...



Ni plak,aksi-aksi Cik Ida dan juga Cik Ma bersama Dina. TQ pada Cik Ida dan Cik Ma yang rajin sungguh melayan semua karenah Dina sepanjang berada di Tg Resang,Mersing tu....
Percutian ini,sungguh menyeronokkan,next time kita joint Cik Ida lagi k.

Tuesday, December 8, 2009

Kasihnya Seorang Ibu....

Minggu lepas,mama bawa Dina bercuti di Tanjung Resang Mersing....Di sini,kita sewa chalet bersama-sama Cik Ida dan rakan-rakan juruteknik komputernya. Sebenarnya banyak gambar kenangan yang ingin mama paparkan,tapi untuk post nie,mama cuma masukkan gambar mama dan Dina berdua saja dulu. Untuk post lain,mama akan masukkan gambar Dina lagi sewaktu di sana. Sebenarnya bukan apa,gambar-gambar nie cukup meruntuhkan hati mama sebagai seorang ibu.Dari gambar-gambar ini terpancar kegembiraan dan kebahagiaan Dina sewaktu percutian tu. Manakan tidak,Dina memang suka sangat bila berada dilaut.

Lihatlah aksi-aksi Dina yang cukup menghiburkan mama nie. Sayangnya pada waktu tu,ombak terlalu kuat,so Dina tak dapatlah berenang meskipun Dina dah bawa swimming suit dan juga pelampung.Tak mengapalah,next time kita pergi waktu bukan musim tengkujuh k. Apapun,bukankah Dina dah cukup gembira dapat bermain di gigi air...


Pose-pose ni,Cik Ida yang rakamkan sewaktu kita di sana. TQ Cik Ida sebab rajin sangat melayan Dina sepanjang waktu di sana.



Kalaulah papa ada sama,tentu Dina lebih gembira melalui percutian sebegini...Mama akan minta papa cepat pulang agar detik-detik sebegini dapat kita kongsikan bersama..



Dina Hany....
Mama menyayangimu sepenuh jiwa.....

Monday, December 7, 2009

Playground....

Salah satu tempat favourite Dina adalah di Playground. Gambar-gambar nie jugak mama ambil masa kita bercuti di Singapura. Di sini,setiap tempat memang ada playground. So,bila tak ke mana-mana,tempat inilah yang menjadi destinasi utama untuk Dina. Dina memang happy sangat bila dapat bermain di playground....


Sebenarnya,mama senang sangat melayan Dina. Pada mama,Dina seorang anak yang cukup baik,mendengar kata dan tidak pernah menyusahkan mama. Setiap waktu,setiap detik,Dina begitu memahami. Apapun yang mama kata,walau pun ada ketikanya Dina tidak menyukainya,tapi Dina tidak pernah membantah.
Sayangku....
Mama selalu percaya bahawa dirimu akan dapat yang terbaik di sepanjang zaman kehidupanmu!

Thursday, December 3, 2009

Cuti....Cuti Singapura.....

Bermulanya cuti sekolah yang lalu,mama dan Dina telah mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah atuk Dina di Singapura. Kita dah menghabiskan masa selama hampir seminggu di sana. Waktu itu,mama bercadang untuk membawa Dina berjalan-jalan di Orchard Road. Di Singapura ni,bila saja December menjelang,memang meriah betul. Setiap shopping complex akan berlumba-lumba menghias untuk sambutan Hari Krismas. Tapi sayangnya,masa terlalu suntuk untuk mama bawa Dina ke sana. So ,kita hanya sempat berjalan-jalan di Ang Mo Kio Central aje.
Di sinipun ada juga hiasan untuk sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang.

Lihatlah gambar-gambar Dina nie....

Mama percaya,Dina pastinya suka dapat melihat dan melalui detik-detik percutian yang cukup indah ini biarpun kita hanya dapat ke tempat ini sahaja. Namun,mama berjanji untuk membawa Dina ke Orchard Road bila Krismas menjelang nanti.

Wednesday, December 2, 2009

Dina Masuk Pertandingan Mewarna Lagi....


22 hb November yang lalu,Dina masuk pertandingan mewarna lagi. Ini merupakan kali kedua Dina memasuki pertandingan mewarna. Dina masih lagi merupakan peserta yang paling muda dalam pertandingan itu. Manakan tidak,peserta yang lain semua berumur 5 dan 6 tahun sedangkan Dina baru jer berusia 3 tahun.

Sebenarnya mama bukan inginkan kemenangan bilamana mama minta Dina memasuki pertandingan tersebut. Tetapi mama hanya mahukan Dina punya keberanian untuk bercampur gaul dengan orang lain. Ini disebabkan Dina terlalu pemalu dan kurang keyakinan bila bercampur dengan orang yang tidak Dina kenali. Dina hanya akan mesra dan menerima orang lain bila Dina dah pernah berjumpa atau mengenali orang tersebut. Ibarat kata Cik Ida,Dina boleh berkawan dengan orang lain bila Dina dah panas.....
Sikap Dina nie sebenarnya sama dengan sikap papa Dina yang pemalu dan susah sikit nak mesra dengan orang yang tidak dikenali. Sedangkan sikap mama pulak memang mudah mesra dengan sesiapa saja biarpun kali pertama mama jumpa orang tu......Haaaa tulah mama kata,Dina memang banyak mengikut sikap papa.....
Inilah antara gambar-gambar yang sempat mama abadikan sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Tuesday, November 10, 2009

Dina Di Jamuan Akhir Tahun Mama.....



Kemanapun mama pergi....jika acara itu membolehkan mama membawa Dina bersama,pastinya mama akan bawa Dina....Begitulah hakikatnya. Hakikat yang mama tidak boleh berpisah dan berjauhan dengan Dina sehingga ke saat ini. Sememangnya sejak Dina lahir sehingga ke detik ini,mama tidak pernah walau sekalipun tinggalkan Dina. Pernah mama dipanggil untuk berkursus di Kuala Lumpur selama 3 hari. Waktu tu Dina masih kecil lagi. Mama tak sampai hati nak tinggalkan Dina. Lagipun di waktu itu,Dina masih menyusu badan....Mama lebih rela buat surat tunjuk sebab daripada mama terpaksa berkorban untuk tinggalkan Dina....

Mama tahu,suatu saat nanti,keadaan ini pasti akan berubah. Dina akan membesar...akan belajar dari sekolah rendah sehingga ke tahap yang paling tertinggi. Di waktu itu,pasti mama akan menerima keadaan bahawa mama perlu berjauhan dari Dina....Tapi mama percaya,detik itu,mama akan menerima segalanya dengan hati yang terbuka,sebab mama mahukan Dina berjaya dalam hidup dan juga dalam pelajaran Dina.Insya-Allah pasti Dina akan berjaya sehingga ke menara gading. Doa papa dan mama akan selalu mengiringi kehidupanmu sayang...





Inilah gambar-gambar kenangan Dina semasa Dina mengikut mama ke Jamuan Akhir Tahun BAKAF pada 8 hb 11 2009 di Taman Merdeka Johor Bahru...

Monday, November 9, 2009

Dina Dengan Rutin Sebelum Tidur...



Sesungguhnya ilmu itu adalah pelita hidup.....Sedari kecil mama didik Dina untuk mencintai ilmu...Moga ilmu yang baik senantiasa mengiringi kehidupanmu sayang...

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina