http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Wednesday, May 18, 2011

Kenangan Itu Indah....Seindah Kehadiranmu...

Benarlah kata orang....kenangan itu amat indah bila kita menghayatinya sepenuh jiwa....
Entah kenapa....hari ini,mama terasa ingin mengabadikan foto-foto berdua Dina sewaktu Dina masih baby. Terasa cepatnya masa itu berlalu....masih terbayang di mata mama saat Dina mula merangkak,bertatih dan berjalan jatuh.....terlalu indah mengingati detik-detik itu.

Mana tidaknya,sedari kecil lagi,Dina membesar di tangan mama...sejak Dina berusia 4 bulan lagi,papa dah pergi jauh meninggalkan kita berdua. Apalah yang Dina tahu waktu itu. Dina tidak pernah mengerti apa-apa....barangkali seribu kesedihan bersarang di jiwa mama,tapi mama memang tidak pernah mengeluh sedikitpun atas segala takdirnya-Nya. Mama selalu percaya,apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dan saat ini,mama juga telah dapat melihat hikmahnya. Kerana kejauhan inilah,mama dapat mendidik Dina sepenuhnya menjadi insan yang cemerlang bagi pendapat mama dalam usia yang baru setahun jagung. Kini,hanya tinggal beberapa detik saja,papa akan pulang kepangkuan kita dan terus berada di sisi kita....moga waktu itu,akan dapat kita manfaatkan bersama sepenuhnya.


Mama cukup kenali sikap Dina, juga kasih sayang Dina pada mama dan papa yang tiada taranya. Mudah-mudahan Allah senantiasa menjadikan Dina anak yang solehah,cemerlang,bijaksana dan hebat dalam mendepani kehidupan. Biarpun umur Dina baru menginjak ke 5 tahun bulan depan,tapi sebenarnya Dina bagitu mudah memahami....Apapun yang mama sampaikan pada Dina,yang mama pesan pada Dina,akan Dina ingat sampai bila-bila...sebab itu senyuman yang Dina ukir di bibir Dina tidak pernah terpadam dalam ingatan mama. Betapa bersyukurnya mama punya Dina sayang....


Pastinya,Mak Ngah juga amat menyayangi Dina. Mak Ngah selalu ambil berat tentang Dina. Kalau Dina sakit,Mak Ngahlah yang akan bawa kita ke klinik. Yang akan turut sama dengan mama merawat Dina sehingga sembuh. Sebab itu,dalam hati Dina,mama juga tahu,betapa Dina sayangkan Mak Ngah....betapa indahnya kenangan sewaktu kecil Dina bersama Mak Ngah juga. Mama selalu ingat,Mak Ngah rajin bawa Dina ke taman permainan. Mak Ngah rajin melayan karenah Dina yang amat comel di ketika itu.


Selain itu,Dina juga punya banyak kenangan bersama Mak Bun. Mak yang selalu memahami Dina. Mana tidaknya kalau sedari kecil lagi Mak Bun yang turut sama menjaga dan mendidik Dina bilamana mama pergi kerja...sehingga saat ini pun,Mak Bun masih lagi di sisi Dina, mandikan dan siapkan Dina setiap hari bila Dina pergi sekolah....jari jemari Mak Bun juga yang selalu menyuapkan Dina makanan......betapa Dina juga banyak membesar di tangan Mak Bun.


Comelnya gambar Dina bersama Along Afiq nie. Mama juga punya terlalu banyak kenangan bersama Along yang dah mama anggap seperti anak mama sendiri. Sejak kecil lagi,Along memang terlalu manja dengan mama. Along selalu mengikut kemanapun mama pergi. Apapun yang Along inginkan,selalu mama cuba dapatkan. Seperti itu jugalah sebenarnya layanan yang mama berikan pada Dina,sebolehnya mama nak jadi ibu dan mama yang terbaik buat Dina dan juga Along.

Masih banyak lagi foto-foto kenangan sewaktu Dina masih baby yang selalu buat mama tersenyum. Menatap wajah Dina yang comel memberikan seribu ketenangan dan ada ketikanya amat menyentuh perasaan mama. Betapa cepatnya Dina membesar. Kadang2 terasa masih belum puas lagi melayani karenah dan kebijaksanaan Dina...
Benarlah bahawa masa tidak pernah menunggu kita. Apapun mama akan tetap laksanakan tanggungjawab mama untuk selalu menjadikan Dina selalu INDAH....

Monday, May 9, 2011

Pertandingan Mewarna...


Erm...dah banyak kali juga Dina masuk pertandingan mewarna. Rasanya sejak Dina berusia 4 tahun lagi , mama selalu masukkan Dina dalam pertandingan mewarna nie. Sebenarnya mama tidak mengharap untuk Dina menang pun...sebab mama tahu kecenderungan Dina bukan kepada mewarna. Dina bole mewarna tapi Dina tidak akan fokus pada ketelitian dalam mewarna kerana bila Dina mewarna atau buat apa saja kerja sekali pun, Dina akan buat cepat2...yang Dina tahu Dina nak jadi orang pertama yang siap....

Tapi sungguh , mama tak kisah pun...sebab mama cuma nak lihat Dina berani. Itulah yang paling penting untuk mama garapkan dalam jiwa Dina sekarang....hati Dina selalu kecik...itu yang cuba mama atasi. Dina juga selalu malu untuk mengetengahkan diri Dina. Kadang2 Dina tidak yakin pada diri Dina sendiri. Dina takut kalau salah....segalanya itu selalu membuatkan Dina tidak berani...dan salah satu cara mengatasinya , mama masukkan Dina dalam pertandingan sebegini. Moga ianya akan dapat membantu Dina membina keyakinan diri...

Alhamdulillah , biarpun Dina tidak memenangi hadiah dalam pertandingan ini , tapi Dina dah dikira pemenang sebab Dina telah dapat melakukannya dengan begitu baik....lihatlah lukisan Dina di atas...dah terlalu banyak perkembangan berbanding dulu...malah dah terlalu banyak peningkatan yang Dina capai hari demi hari...
Sekali lagi,mama begitu bangga denganmu sayang...kaulah permata hati mama dan papa yang senantiasa bersinar...

Story Telling...


Berakhir sudah satu ujian buat Dina....ujian yang menguji sejauhmana keberanian Dina....ujian yang selalu membuatkan hati mama bertanya apakah anak mama nie mampu untuk menghadapinya. Ujian yang selalu membuatkan mama takut untuk menghadapi kemungkinan seandainya Dina langsung tidak punya keberanian untuk ke depan...

Namun setelah semuanya berakhir...alhamdulillah , mama panjatkan sepenuh kesyukuran , kerana Dina akhirnya melepasi ujian pertama ini....pastinya ini merupakan titik permulaan untuk mama terus melihat keberanian Dina....di majlis yang ramai mata memandang dan banyak telinga mendengar.
Pada awalnya , memang mama melihat bagaimana ketakutan itu juga menguasai diri Dina. Betapa air mata Dina ternampak hampir menitis. Saat itu hanya Allah yang tahu betapa risau dan galaunya hati mama. Selain daripada mendoakan dan memberi keyakinan untuk Dina , apalah lagi yang mampu mama lakukan. Akhirnya Dina dapat juga menghabiskan story telling Dina dengan cerita "The Little Monkey Wants The Moon" dengan jayanya...air mata yang hampir tumpah tadi dapat juga Dina seka dengan keberanian yang terserlah selepas beberapa detik penceritaan itu.


Sepatutnya Dina akan terlibat dengan acara story telling pada bulan Julai nanti...tapi acara itu tidak dijalankan pada tahun nie. So, next year nantilah Dina akan sekali lagi berlatih untuk acara besar ini. Untuk tahun nie , mama dah bertanggung jawab sepenuhnya untuk membantu Dina , dan untuk tahun depan , pastinya papa akan turut sama membantu Dina untuk berjaya dalam pertandingan yang bakal Dina hadapi nanti....

Dina...Dah Mengaji Al-Quran...


Alhamdulillah sayang....kalau tahun lepas Dina dah habiskan membaca buku Iqra',tahun nie Dina mula naik Al-Quran. Bilamana mama melihat bibir Dina begitu petah sekali mengalunkan ayat2 suci Al-Quran...hati mama begitu tersentuh.....

Apa tidaknya,mama selalu tidak menyangka bahawa Dina akan dapat melepasi apa yang mama inginkan dengan begitu cepat. Hari tu,mama juga amat bimbang Dina tak dapat melepasi target teacher Zaiha untuk Dina khatam tahun nie,memandangkan pada awal tahun,Dina masih lagi merangkak-rangkak untuk membaca ayat-ayat suci tersebut.
Namun benarlah bahawa masa akan mengubah segalanya. Sekarang nie,Dina dah sampai ke juzuk 15....hanya tinggal beberapa juzuk saja lagi untuk Dina khatam Al-Quran....pasti papa juga gembira dengan perkembangan Dina niekan...

Di sekolah Dina mengaji dengan ustazah Noraini atau pun ustazah Su. Tidak sia2 juga mama menghantar Dina ke Tabika Kemas Wawasan,sebab bukan saja Dina dapat pembelajaran di dunia,malahan pembelajaran di akhirat juga....

Selain tu,setiap petang,Dina akan mengaji pula dengan ustazah Zaleha....bila mengaji dengan ustazah Zaleha,Dina selalu nak mengaji banyak mukasurat...paling sikitpun 3 mukasurat setiap hari...apapun mama tetap bangga denganmu sayang...mama percaya,kau akan mendapat kecemerlangan dan terbaik dalam setiap pelajaranmu...

Sesungguhnya mama , papa dan insan2 di sekelilingmu yang mengenali dan menyayangimu , pasti akan terus mendoakan yang terbaik untuk kehidupanmu...Insya-Allah....Amin...

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina