http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, August 4, 2011

BIRTHDAY DINAHANY 5 YEARS...At Kidz Play Yishun


Tidak seperti tahun lalu,Dina sambut hari lahir Dina hanya sekali sahaja setiap tahun. Tapi tahun nie,Dina menyambutnya sebanyak dua kali. Pada 17.07.2011,maka genaplah usia Dina 5 tahun. Dah besar dah anak mama dan papa. Alhamdulillah,mama dan papa akan selalu mendokan perjalanan hidupmu senantiasa diberkati Allah....
Pada hari tersebut,kita ke Kidz Play di Yishun.
Sengaja mama dan papa nak memberikan kelainan bagi Dina menyambut hari lahir pada kali ini.
Meski pun tiada jamuan seperti selalu,tapi kami harap Dina akan bergembira menyambutnya di tempat yang sememangnya Dina suka.
Walaupun tempat ini tidak begitu besar,tapi bagi mama ianya dah mencukupi untuk Dina gembira melalui hari lahir Dina. Terutamanya bila Dina melihat ada air pancuran,belum pun sempat potong kek hari jadi,Dina dah nak main air...Melihatkan gelagat dan karenah Dina nie,dah cukup buat hati kami berdua bahagia....

Hampir 3 jam juga Dina bermain air. Sekejap berlari ke sana,sekejap lagi berlari ke sini. Mama dan papa pun asik2 tercari2 di mana gerangan Dina pergi....meski sorang2 pun,Dina tetap happy bermain...

Selain daripada tempat mainan yang ada air pancuran,ada gak patung2 binatang yang cantik nie. Ada patung itik,ladybug,ulat,rama-rama,lembu dan macam2 lagi.Masa mama kecil dulu,memang tiada peluang pun nak pergi tempat macam nie....

Begitulah acara sambutan hari lahir Dina yang pertama untuk tahun ini. Pastinya ia cukup bermakna buat mama sebab dapat melihat papa menyambutnya bersama Dina. Selepas ni mama akan masukkan pula acara sambutan hari lahir Dina yang kedua di
Taman Rama-rama,Melaka.
Selamat Hari Lahir
DinaHany...

DINAHANY DI SINGAPORE ZOO


Lama dah mama nak ajak Dina ke Zoo Singapore....sebab mama tahu Dina memang suka tengok binatang. Namun kesempatan itu tidak pernah ada sehinggalah papa pulang baru kita ada peluang ke sana. Lagipun papa pun sama gak dengan Dina,suka tengok binatang...

Sebenarnya mama juga nak beri Dina dan papa peluang dan masa untuk bersama. Maklum jelah,Dina baru nak sesuaikan diri degan papa setelah sekian lama kita berjauhan. Melihatkan gambar2 nie,mama percaya,Dina gembira melalui masa berharga ini bersama papa.

Sebenarnya banyak perubahan yang berlaku di Singapore Zoo. Dulu masa mama pergi xde xtvt naik boat dan juga tempat permainan budak2 yang siap ada taman tema air lagi...Kelakarnya tengok muka Dina ketika itu marah kat mama sebab mama x bawa baju mandi Dina. Sorrylah sayang,tempat ni baru di buka,dulu memang xde..next time kalau mama pergi,mama bawa baju mandi untuk Dina okay..

Lagipun,banyak kawasan di Singapore Zoo ni masih dalam ubahsuai. Waktu tu sempat juga kita tengok pertunjukan binatang....dan juga naik tram...mama harap kenangan ini akan jadi kenangan berharga untuk Dina.

Setelah seharian kita menghabiskan masa di zoo,memang terlihat kepenatan yang menguasai Dina. Memang letih berjalan sebab kawasannya sungguh besar. Waktu balik dalam bas,Dina siap tertidur lagi...apapun kita kena ucap TQVM kat papa sebab bawa kita ke sana...Okay papa,lain kali papa bawa mama n Dina lagi yea...

DINA DAN PAPA...


Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah sekian lama pertemuan itu tidak berpaut...maka pada tarikh 9 hb Julai 2011,papa pulang kepangkuan kita...masa papa tinggalkan Dina dulu,Dina baru jer berusia 4 bulan,sekarang nie Dina dah hampir mencecah ke usia 5 tahun. Memang tempoh masa yang begitu lama telah mendatangi kita....detik itu,hanya Tuhan saja yang tahu betapa mama memerlukan ketabahan dan kekuatan hati untuk membesarkan Dina seorang diri...namun mama selalu percaya bahawa Tuhan itu maha Adil....

Melihatkan kemesraan Dina dengan papa,hati mama cukup terusik sebenarnya. Sebelum ni,mama takut sangat kalau Dina tidak boleh menerima papa dalam kehidupan Dina,maklum sajalah,kita dah biasa hidup berdua....mama tahu,saat2 sebegini jugalah yang telah lama Dina nantikan....detik2 bersama papa,merasa kasih sayang papa seperti kawan2 Dina yang lain. Meski sebelum ini,ada kawan2 Dina yang mengatakan Dina xde papa,tapi x mengapalah....mereka semua belum memahami kejauhan yang terpaksa Dina dan mama lalui.
Dan hakikatnya kini,masa sedih itu telah berakhir.....

Aktiviti pertama yang kita lakukan bersama papa adalah jalan2 kat AMK Central. Waktu itu, mama lihat ada ketikanya Dina masih malu2 dengan papa. Tapi bilamana mama pegang tangan papa jer,Dina pun mulalah cemburu dan minta mama leraikan pegangan tangan tu. Selepas itu,barulah Dina nak pegang tangan papa...mama faham situasi Dina yang cuba untuk mencari penyesuaian bersama papa....Malam tu,Dina dapat naik motor...motor kecik yang Dina bole pandu sendiri...Masa mula2 naik tu,Dina x pandai nak kawal arah dan brake....tapi tu sekejap aja. Lepas tu Dina pun mulalah enjoy dapat bermain sesuatu yang Dina tidak pernah main sebelum ini...

Hari kedua kita menghabiskan masa bersama papa dengan melakukan aktiviti yang paling Dina gemari iaitu gi swimming kat Yio Chu Kang. Erm...aktiviti nie memang menjadi aktiviti yang ditunggu2 Dina. Manakan tidaknya,walau pun dah hampir 2 jam berenang dan bermain air,namun Dina masih merasa belum puas lagi....Bila mama dan papa ajak balik,Dina kata nanti...so terpaksalah mama dan papa pujuk Dina untuk pergi lagi lain kali....

Hari berikutnya kita berjalan2 ke Vivocity. Ingatkan nak menjengah ke Sentosa,tapi tak sempat. Namun papa dah janji untuk bawa kita ke Sentosa nanti...Papa juga dah janji nak ajak Dina naik cable car. Mesti Dina akan teruja dan happy dapat melalui saat-saat indah bersama papa waktu tu...mama pun dah tak sabar gak nak ke Sentosa semula...sebab banyak kenangan antara mama dan papa di Sentosa sebenarnya...

Alhamdulillah sayang,sekarang ni keluarga kita dah cukup lengkap. Dina punya mama dan papa yang akan selalu berada di sisi Dina dalam melalui rentetan kehidupan ini. Mama dan papa juga akan terus berjanji dengan Dina,untuk mendidik Dina dengan baik. Kalau dulu hanya mama seorang yang berkongsi kehidupan membesarkan Dina,tapi kini,papa juga akan turut sama berkongsi dalam membesarkan Dina menjadi anak yang paling hebat...Insya-Allah,kami akan lakukan yang terbaik untukmu DinaHany....

1 MURID 1 SUKAN.....


Sudah hampir 2 bulan lamanya mama tidak berkesempatan untuk updates blog nie...meski di putaran minda senantiasa menginginkan agar mama memasukkan aktiviti2 terbaru yang Dina sertai,namun kekangan waktu seringkali membuatkan masa 24 jam itu tidak pernah cukup untuk mama meninggalkan kenangan di laman ini....apapun,insya-Allah,mama tetap akan menitipkan sesuatu untuk Dina kenangi.....untuk Dina tetap rasai kasih sayang dan cinta mama pada Dina selama ini....

Okaylah....berbalik pada cerita Dina...pada bulan Jun yang lalu,sekolah Dina telah menyertai sukaneka yang diadakan di Sek Agama Morni Pok sempena Karnival Pasaria dan Jualan Amal di sekolah tersebut. Masa teacher Zaiha bagitau Dina ada masuk acara jer...mama dah tertawa...sebabnya,yang mama tahu anak mama nie tidak begitu berminat dengan acara sukan. Maklumlah,sejak kecil lagi,mama memang tidak pernah ajar Dina lasak...lagipun Dina anak perempuan,so mama nak Dina punyai ciri2 kelembutan.....tapi mama tahu kesilapan mama tu. Mama tidak sepatutnya tegah Dina sampai ke tahap itu.....Namun alhamdulillah,bila Dina dah mula bersekolah,banyak yang "tidak" itu menjadi "ia"....Sebenarnya teacher Zaiha yang banyak menukar pandangan dan pemikiran mama selama ini. TQ yea teacher....

Untuk pertandingan ini,teacher Zaiha anta 2 kumpulan bagi 2 acara. Acara pertama adalah acara meniup belon. Acara nie disertai oleh 5 orang kawan Dina...Dalam acara nie,sepatutnya kita boleh menang,tapi bila tiba turn Ezrin,rupanya Ezrin tak pandai nak meniup belon...die tiup2,lps tu lepas dan angin masuk semula. Kelakarnya bila tengok situasi tu. Yang paling terror tiup belon ialah Zamirul...tapi kesiannya sebab walaupun belon die paling besar,tp masih lum pecah2....

Waktu kumpulan nie bertanding,mama tengok Dina begitu happy sekali. Dina adalah penyokong kuat seperti dalam gambar kat atas. Dina siap joget2 lagi dan bersorak pada kawan2 supaya cepat tiup dan pecahkan... Kawan2 Dina hanya mendapat tempat ketiga dalam acara nie.

Haaaa,inilah acara yang teacher pilih Dina sebagai wakil...teringat mama,pagi tu Dina siap minta mama sponge dan botol utk Dina belajar cara nak masuk air ni....Mama bagi apa yang Dina minta,tp x sempat tengok plak camane Dina masukkan....time pertandingan tu,Dina jadi peserta pertama dalam kumpulan Dina untuk masukkan air...kali ini Dina memang benar2 bersemangat. Selalunya mama lihat Dina ada rasa takut2 dan gugup...tapi kali ini,mama lihat Dina begitu santai dan confident untuk melakukannya....Dan akhirnya kumpulan Dina berjaya meraih tempat pertama....Tahniah sayang.....mama perlu selalu yakin padamu...yakin bahawa Dina boleh melakukan yang terbaik....

Mama tahu Dina cukup gembira. Begitu juga dengan kawan2 yang lain. Gembira sebab menang dan dapat hadiah. Mama juga gembira lihat Dina berjaya....Dan mama pasti Dina akan selalu berjaya dalam pelajaran juga kehidupan Dina nanti...Mama dan papa akan selalu mendoakanmu sayang. Mendoakan yang terbaik buatmu....

Begitulah berakhirnya kisah Dina kali ini. Tapi sebelum balik,untie Lyn ajak kita gi makan kat Restoran Tanjung Nelayan sempena hari jadi mama....TQ untie Lyn....untie Lyn mmg baik sangat dengan mama sejak dari mama kat UM lagi. Tiap kali hari lahir mama,untie Lyn mesti ttp ingat. Harap2 Dina dan Zulaikha juga akan jadi BestFriend macam kitorang gak nanti...

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina