http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, August 4, 2011

DINA DAN PAPA...


Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah sekian lama pertemuan itu tidak berpaut...maka pada tarikh 9 hb Julai 2011,papa pulang kepangkuan kita...masa papa tinggalkan Dina dulu,Dina baru jer berusia 4 bulan,sekarang nie Dina dah hampir mencecah ke usia 5 tahun. Memang tempoh masa yang begitu lama telah mendatangi kita....detik itu,hanya Tuhan saja yang tahu betapa mama memerlukan ketabahan dan kekuatan hati untuk membesarkan Dina seorang diri...namun mama selalu percaya bahawa Tuhan itu maha Adil....

Melihatkan kemesraan Dina dengan papa,hati mama cukup terusik sebenarnya. Sebelum ni,mama takut sangat kalau Dina tidak boleh menerima papa dalam kehidupan Dina,maklum sajalah,kita dah biasa hidup berdua....mama tahu,saat2 sebegini jugalah yang telah lama Dina nantikan....detik2 bersama papa,merasa kasih sayang papa seperti kawan2 Dina yang lain. Meski sebelum ini,ada kawan2 Dina yang mengatakan Dina xde papa,tapi x mengapalah....mereka semua belum memahami kejauhan yang terpaksa Dina dan mama lalui.
Dan hakikatnya kini,masa sedih itu telah berakhir.....

Aktiviti pertama yang kita lakukan bersama papa adalah jalan2 kat AMK Central. Waktu itu, mama lihat ada ketikanya Dina masih malu2 dengan papa. Tapi bilamana mama pegang tangan papa jer,Dina pun mulalah cemburu dan minta mama leraikan pegangan tangan tu. Selepas itu,barulah Dina nak pegang tangan papa...mama faham situasi Dina yang cuba untuk mencari penyesuaian bersama papa....Malam tu,Dina dapat naik motor...motor kecik yang Dina bole pandu sendiri...Masa mula2 naik tu,Dina x pandai nak kawal arah dan brake....tapi tu sekejap aja. Lepas tu Dina pun mulalah enjoy dapat bermain sesuatu yang Dina tidak pernah main sebelum ini...

Hari kedua kita menghabiskan masa bersama papa dengan melakukan aktiviti yang paling Dina gemari iaitu gi swimming kat Yio Chu Kang. Erm...aktiviti nie memang menjadi aktiviti yang ditunggu2 Dina. Manakan tidaknya,walau pun dah hampir 2 jam berenang dan bermain air,namun Dina masih merasa belum puas lagi....Bila mama dan papa ajak balik,Dina kata nanti...so terpaksalah mama dan papa pujuk Dina untuk pergi lagi lain kali....

Hari berikutnya kita berjalan2 ke Vivocity. Ingatkan nak menjengah ke Sentosa,tapi tak sempat. Namun papa dah janji untuk bawa kita ke Sentosa nanti...Papa juga dah janji nak ajak Dina naik cable car. Mesti Dina akan teruja dan happy dapat melalui saat-saat indah bersama papa waktu tu...mama pun dah tak sabar gak nak ke Sentosa semula...sebab banyak kenangan antara mama dan papa di Sentosa sebenarnya...

Alhamdulillah sayang,sekarang ni keluarga kita dah cukup lengkap. Dina punya mama dan papa yang akan selalu berada di sisi Dina dalam melalui rentetan kehidupan ini. Mama dan papa juga akan terus berjanji dengan Dina,untuk mendidik Dina dengan baik. Kalau dulu hanya mama seorang yang berkongsi kehidupan membesarkan Dina,tapi kini,papa juga akan turut sama berkongsi dalam membesarkan Dina menjadi anak yang paling hebat...Insya-Allah,kami akan lakukan yang terbaik untukmu DinaHany....

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina