http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, August 4, 2011

BIRTHDAY DINAHANY 5 YEARS...At Kidz Play Yishun


Tidak seperti tahun lalu,Dina sambut hari lahir Dina hanya sekali sahaja setiap tahun. Tapi tahun nie,Dina menyambutnya sebanyak dua kali. Pada 17.07.2011,maka genaplah usia Dina 5 tahun. Dah besar dah anak mama dan papa. Alhamdulillah,mama dan papa akan selalu mendokan perjalanan hidupmu senantiasa diberkati Allah....
Pada hari tersebut,kita ke Kidz Play di Yishun.
Sengaja mama dan papa nak memberikan kelainan bagi Dina menyambut hari lahir pada kali ini.
Meski pun tiada jamuan seperti selalu,tapi kami harap Dina akan bergembira menyambutnya di tempat yang sememangnya Dina suka.
Walaupun tempat ini tidak begitu besar,tapi bagi mama ianya dah mencukupi untuk Dina gembira melalui hari lahir Dina. Terutamanya bila Dina melihat ada air pancuran,belum pun sempat potong kek hari jadi,Dina dah nak main air...Melihatkan gelagat dan karenah Dina nie,dah cukup buat hati kami berdua bahagia....

Hampir 3 jam juga Dina bermain air. Sekejap berlari ke sana,sekejap lagi berlari ke sini. Mama dan papa pun asik2 tercari2 di mana gerangan Dina pergi....meski sorang2 pun,Dina tetap happy bermain...

Selain daripada tempat mainan yang ada air pancuran,ada gak patung2 binatang yang cantik nie. Ada patung itik,ladybug,ulat,rama-rama,lembu dan macam2 lagi.Masa mama kecil dulu,memang tiada peluang pun nak pergi tempat macam nie....

Begitulah acara sambutan hari lahir Dina yang pertama untuk tahun ini. Pastinya ia cukup bermakna buat mama sebab dapat melihat papa menyambutnya bersama Dina. Selepas ni mama akan masukkan pula acara sambutan hari lahir Dina yang kedua di
Taman Rama-rama,Melaka.
Selamat Hari Lahir
DinaHany...

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina