http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, September 6, 2011

Hari Lahir Dina Di Taman Rama-Rama,Melaka


Inilah sambutan hari lahir Dina yang kedua. Kalau tahun lepas Dina sambut di sekolah bersama kawan2 tabika yang lain,tapi tahun nie Dina menyambutnya di Taman Rama-Rama Melaka bersempena dengan lawatan sambil belajar TBK Dina ke sana.TQ pd teacher Zaiha yang sudi menyelitkan acara ini dalam agenda lawatan tersebut.

Pada kali ini,mama tempah kek hari jadi Dina dari untie Nanie Misran di Ulu Tiram. Untie buatkan Dina blueberry cake yang ada gambar princess...Sebenarnya mama nak buat kek yang ada gambar Dina,tapi disebabkan masa tidak mencukupi untuk menempah gambar tersebut,maka,segala perancangan itu tidak dapat ditunaikan. Tidak mengapalah,pasti akan ada masa lain untuk mama lakukannya untuk Dina....tapi 2 kek kartun tu,mama harapkan telah cukup buat Dina gembira....

Oleh kerana pada ketika itu juga mama cukup sibuk dengan urusan lawatan tersebut,ibu Fiza yang tolong susunkan lilin kat atas kek Dina. TQ yea ibu Fiza sebab sudi luangkan masa untuk melayan keperluan Dina bagi sambutan hari lahir tu....Tahun depan bolehlah ibu tolong uruskan agenda sambutan hari lahir Dina....

DinaHany....
Mama dan papa selalu berharap agar Dina akan jadi anak yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. sebab tu mama senantiasa berusaha isikan hidup Dina dengan ilmu dunia dan akhirat. Alhamdulillah,sehingga kini,mama cukup bangga punya anak sepertimu sayang. Dirimu cukup hebat di mata mama. Dirimu pasti akan jadi anak yang cemerlang,solehah dan bijaksana. Insya-Allah,mama dan papa akan terus mendidikmu sebaiknya...

DinaHany....
Mama juga senantiasa berusaha untuk menjadikanmu gembira melalui setiap detik perjalanan hidupmu. Mama ingin kau menghargai setiap saat yang Tuhan peruntukkan untukmu. Mama ingin kau lalui setiap ketika yang indah dalam menelusuri kehidupanmu....sesungguhnya kehidupan itu adalah sesuatu yang amat berharga,yang perlu kau tentukan arahmu sendiri di suatu saat kelak....Kau akan memahaminya suatu saat nanti sayang...mungkin di ketika itu,mama tidak lagi dapat menemanimu di setiap waktu,namun apa yang pasti,mama akan tetap mengikuti perjalanan hidupmu dari kejauhan...


DinaHany....
Mama terlalu sayangmu.....melebihi diri mama sebenarnya. Maafkan mama seandainya selama ini mama selalu memarahimu,meninggikan suara terhadapmu dan mungkin mengecilkan hatimu. Percayalah sayang,mama tidak bermaksud untuk melakukannya. Namun kadang kala pendidikan dan jalan sepeti itu yang perlu mama lakukan untuk Dina agar Dina akan lebih mengerti makna sebuah kehidupan....
Selamat Hari Lahir Sayang....
Dirimu tetap anugerah yang paling berharga buat mama...

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina