http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Monday, February 22, 2010

Cuti....Cuti.....Di Tahun Baru Cina


Seminggu bercuti merupakan hari yang panjang untuk mama dan Dina habiskan bersama-sama. Namun begitu,ada ketikanya,masa begitu cepat berlalu dengan pelbagai aktiviti untuk kita jalani sepanjang percutian tersebut. Seperti biasa,kita akan pulang ke Singapura...ziarah atuk Dina sekaligus berjalan sempena Hari Raya Cina....


Tahun nie,tahun harimau....mama nak Dina juga tangkas dalam menjalani kehidupan seharian. Maklumlah,kat sekolah,Dina selalu lambat buat kerja,tak setangkas harimau...manakan tidak,emmmm Dina asyik main dan berbual dengan kawan2. Sebabnya Dina dah tau buat semua huruf dan nombor yang Teacher Zaiha bagi...


Sebelum cuti aritu,Dina dah pun siapkan kerja sekolah Dina.Tapi bila mama ke sekolah Dina, ada kerja yang masih belum Dina siapkan sewaktu di sekolah.Waktu tu,Dina menangis sebab takut mama marah. Dina pesan pada mama,jangan bagitau dengan papa,kerja sekolah Dina belum siap lagi...tapi Dina janji dengan mama,untuk siapkan selepas balik dari Singapura nanti....akhirnya Dina dah berjaya untuk tunaikan janji siapkan kerja sekolah tu...


Seperti biasa,Dina memang suka sangat bila berjalan. Lebih2 lagi bila melihat hiasan2 seperti ini. Sayangnya kita tak berkesempatan untuk pergi ke banyak tempat. Tapi kira ok jugalah sebab Dina dapat juga tinggalkan kenangan sempena Tahun Baru Cina nikan...




Apa yang pasti,banyak yang perlu Dina pelajari lagi dalam meneruskan kehidupan ini. Mama nak Dina selalu kuat dalam menghadapi apapun rintangan yang datang bila dewasa nanti. Mama percaya,sepertimana kata papa,Dina juga akan sekuat dan setabah mama untuk hadapi apapun sebelum kejayaan dan kebahagiaan datang dalam hidup...

Wednesday, February 10, 2010

Senyummu Penawar Dukaku....

DinaHany....
Masa terus berlalu. Tidak terasa pun saat mama membesarkan Dina. Hari-hari yang datang dan pergi,tidak pernah walau sedikitpun mama merasa lelah atau tertekan dalam mendidik Dina sehingga menjadi seorang anak yang berbudi pekerti dan amat bijaksana.



Setiap detik juga,mama tidak pernah melupakan Dina walau apapun yang sedang mama lakukan. Kalau boleh,mama nak masa kerja mama cepat berlalu. Mama nak cepat bersama-sama Dina di rumah. Apatah lagi sejak Dina dah bersekolah ni. Lagilah mama tak sabar nak tahu apa perkembangan Dina setiap hari.



Setiap kali Mak Bun bercerita tentang kisah Dina di sekolah,mama merasa amat bersyukur sekali. Sebabnya,sehingga ke saat ini,apa yang mama dengar dari mulut Mak Bun tidak pernah mengeciwakan mama. Dina berani ke depan,berani membaca,malah selalu terima pujian dari Teacher Zaiha atas segala kebijaksanaan dalam pembelajaran...Tidak sia-sia selama ini mama memperuntukkan masa dan tenaga dalam memberi pendidikan yang sempurna agar Dina membesar dengan baik.



Alhamdulillah...bersyukur atas segala apa yang telah diberikan oleh-Nya. Memang benar,Dina adalah anugerah yang tidak ternilai untuk mama. Biar pun mama melalui saat-saat sendirian dalam membesarkan Dina sejak Dina berusia 4 bulan lagi,namun mama tidak pernah merasa kekurangan apatah lagi,papa sering memberikan mama semangat untuk tabah dalam melalui hidup yang telah ditentukan ini....



DinaHany sayang...
Tiada kata indah yang boleh menggambarkan betapa bersyukurnya mama memiliki anak sepertimu. Di mata mama,Dina cukup sempurna sebagai seorang anak yang sering memberikan mama sinar kehidupan yang cukup indah.
Sesungguhnya senyum dan tawamu adalah penawar atas segala kepahitan yang terkadang menerjah di ruang kehidupan mama ini....

Tuesday, February 9, 2010

Majlis Penerangan & Mesyuarat Agung TBK Kemas Wawasan

Ahad, 7 hb Februari 2010,TBK kemas Wawasan mengadakan Majlis Penerangan dan Mesyuarat Agung Tabika Kemas Wawasan bertempat di bangunan sekolahnya di Jalan Wawasan 4,Kg Melayu Baru,Gelang Patah.










Sepanjang mesyuarat tu berlangsung,mama perhatikan sikap Dina dari jauh. Mama tahu, kalau mama tiada waktu itu,pasti Dina tidak akan menangis. Kerana kemanjaan Dina,Dina menangis tatkala mama ada menemani Dina...
Tapi apa yang paling mama suka ialah sikap Dina dengan kawan2 Dina. Semua kawan2 Dina cukup senang dengan Dina dan selalu panggil Dina comel. Maklumlah,Dina yang paling kecil antara mereka semua....




Selama nie,mama tak pernah pun marah Dina walau Dina tak pernah menang dalam pertandingan mewarna. Pada mama,Dina dah cukup terbaik bila Dina dah masuk pertandingan. Lagipun,usia Dina belum pun mencapai 4 tahun,kalau nak dibandingkan dengan kawan2 yang lain yang berusia 5 dan 6 tahun. Apa yang penting,pengalaman untuk Dina lalui saat ini di masa mendatang.

Monday, February 8, 2010

Dina Di Sekolah....



Sudah masuk dua bulan Dina bersekolah. Banyak pembaharuan yang mama lihat berlaku pada diri Dina. Dina dah semakin berkeyakinan untuk berada dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap hari,mama akan bertanya pada Mak Bun bagaimana keadaan Dina di sekolah. Dan bagi mama,setiap hari di sekolah,Dina tidak pernah mengeciwakan.
Apa yang Dina pelajari setiap hari,akan Dina kongsikan bersama mama....
Sesungguhnya mama bangga punya anak seperti Dina...

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina