http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, September 3, 2009

ROTI BOYAN SINGAPURA...

Minggu lepas mama dan Dina balik ke Singapura. Selain dari menghabiskan cuti,seperti selalunya mama akan mengambil waktu tu mengemas rumah Atok Dina kat sana. Maklumlah,dah nak dekat raya. sape lagi nak kemaskan rumah tu kalau tak mama dan juga Dina. Tapi Dina bukan mengemas pun,main adalah....

Inilah aktiviti Dina sepanjang hari pertama kita di sana....


Main keretapi abjad.... Buat kerja sekolah....

Hari kedua pulak,hujan membasahi bumi Singapura....nak berjalan ke manapun malas. So kita berdua dok melepak kat umah Atok jelah....



Hari ketiga,baru kita ke Bazar Ramadhan kat masjid....Hari tu juga,Mak Itam dan juga Kak Zizah ada datang umah Atok...Emmm,memang malas nak masak,so mama beli jelah makanan untuk berbuka puasa hari tu....

Dina dengan Maisarah yang tak boleh duduk diam dalam bas...

Ini pulak juadah berbuka puasa untuk hari tu...

Udang kegemaran Dina dan Limpa lembu....


Manisan...... dan Bubur Lambuk

Yang paling istimewa,mama cari makanan kesukaan papa Dina. Roti Boyan....makanan ni menjadi makanan kesukaan mama juga. Pelbagai bentuk roti boyan yang boleh kita dapatkan di sini. Ada bentuk 4 segi....tapi mama pilih bentuk bulat. Kat Johor ni,mama tak tahulah ada atau tidak,sebab mama sendiri pun tak pernah jumpa...Pastri roti boyan nie,samalah macam kuih karipap,intinya pulak kentang,telur dan juga daun sup.....emmmm enaknya....nak makan roti ni kita kenan cicah dengan sambal tau....Ti bila Dina dah besar,Dina kena belajar buat roti boyan nie,sebab makanan inilah yang mama dan papa Dina akan cari setiap kali bulan puasa tiba...


Inilah roti boyan kegemaran mama n papa...

Masa hari terakhir kita bercuti di sana,sempat juga kita singgah di bazar ramadhan Geylang. Tapi waktu tu pagi,orang pun tak ramai lagi,kedai pun belum banyak yang buka....Kat situ,mama belikan Dina sepasang baju kebaya pink dan 2 helai tudung...baju tu Dina akan pakai pada hari raya pertama nanti....so kalau nak tengok bagaimana rupa bentuk baju tu...tunggu.......untuk segmen di Hari Raya....

Dina di hadapan perkampungan Melayu Singapura...tempat popular Bazar Ramadhan...

Inilah Atok Singapore kesayangan Dina....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina