http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, August 25, 2009

Majlis Perkahwinan dan Percutian Di Melaka

Baru-baru nie mama dan Dina pergi ke Melaka untuk meraikan majlis perkahwinan Cik Masni dengan Cik Iskandar yang berlangsung di Kuala Sungai Baru...Majlis tu diadakan pada hari Sabtu,15 hb Ogos 2009. Kita berdua naik kereta Mak Bun dengan Uda Wan. Manakala Mak Ngah sekeluarga pulak naik kereta sendiri. Kita bertolak pada malam Jumaat jam 9.00 malam dan tidur di rumah yang telah disediakan oleh Cik Mas sekeluarga...



Pagi-pagi lagi semua dah bersemangat untuk bangun...dengan tujuan nak mandi di Pengkalan Balak. Waktu tu tak kiralah bagaimana keadaan H1N1,kita semua memang tak nak lepaskan peluang untuk mandi di sana,sebab tempat inilah yang memang selalu kita akan tuju bila bercuti...emmm,memang seronok dapat bermandi-manda. Dina pulak,memang perkara inilah yang Dina paling suka dalam hidup...


Bersarapan dulu sebelum mandi laut. Sedapnya nasi lemak tu...

Pastu baru boleh main air....


Haaa....dah boleh berenang sekarang...

Kak Lola yang taknak lepaskan peluang berposing dgn Dina

Dina bersama kak Putri,Kak Zeti,Abg Daniel,Abg Juan n Ifan

Ni plak Dina dengan Kak Putri


Sempat beraksi kat depan medan selera ikan bakar...sori ler sebab posing atas meja...


Kat manapun Dina berada,buku memang jadi teman setia.....
Bis jer mandi tengahari tu,kita pulang semula ke rumah persinggahan untuk bersedia ke majlis pernikahan Cik Mas...Memang meriah betul majlis tu. Apatah lagi majlis persandingan yang telah dijalankan pada sebelah malamnya. Ada acara bunga api,silat dan seterusnya persandingan. Malam tu pengantin pakai baju warna keemasan...Tak sangka betul cepat pulak Cik Mas bertemu jodoh sedangkan baru beberapa bulan kenal. Namun benarlah,kalau ada jodoh,takkan kemana pun...Selamat Pengantin Baru Cik Mas..


Mama , Mak Ngah dan Mak Bun selepas upacara pernikahan selesai


Lihatlah pasangan pengantin kat belakang tu....moga bahagia ke akhir hayat dan dapat anak yang ramai sekali....

Pada pagi Ahadnya,kita semua masih lagi tak mahu melepaskan peluang untuk mandi sekali lagi sebelum balik ke Gelang Patah...Apatah lagi waktu tu Cik Intan sekeluarga ada menyewa chalet di Pengkalan Balak tersebut. So,kita semua bermandi-manda sekali lagi.....wow memang seronoknya.....
Telatah Dina dan Ezrin bila dah jumpa air.....

Dina selalu buat mama terjerit sebab suka pergi ke tengah air laut tu.....
Emmm....mandi sesorang pun Dina tak kisah.....

Alamak....Dina nak nangis sebab kena paksa amik gambar.....

Yeah....akhirnya percutian itu memang menyeronokkan.....

Lastly,Sebelum balik,kita semua singgah di Mahkota Parade....Mama dapat belikan Dina satu barang yang memang dah lama Dina minta pada mama.

Haaa...inilah dia,kasut tinggi untuk hari raya nanti....!
Inilah wajah kegembiraan yang Dina tunjukkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina