http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Wednesday, November 16, 2011

Majlis Khatam Al-Quran MyDinaHany


Syukur alhamdulillah...akhirnya anak mama dapat juga khatam Al-Quran di dalam usia yang baru menginjak 5 tahun. Sebenarnya,harapan mama dulu tidaklah setinggi ini...dulu mama cuma mengharap Dina akan khatam Al-Quran,tak kisahlah berapa pun usia Dina di ketika itu....tapi bila Dina dapat khatam sebegini cepat,mama rasa bersyukur sangat. Mama tahu,ada ketikanya mama sering tersilap menilai dan memandang kemampuan Dina. Cuma yang boleh mama cakap, Dina selalu buat mama rasa terharu dan bangga memilikimu sayang. Benarlah dirimu adalah anugerah terbaik dan terindah buat mama dan papa.....

Bilamana mama melihat perkembangan Dina di awal tahun yang masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran,mama memang tidak percaya sungguh sebelum akhir tahun Dina dah dapat pun menghabiskan membaca Al-Quran. Apatah lagi bila dah mula masuk bulan Mac 2011,memang terlihat perubahan besar pada bacaan Dina. Dina dah mula lancar dan boleh membaca sendiri. Waktu itu,Dina pun semakin rajin mengaji. Selain daripada mendapat bimbingan di sekolah dengan Ustazah Su,Ustazah Noraini dan juga Teacher Zaiha,mama juga hantar Dina mengaji dengan Ustazah Zaleha...waktu itu,dalam sehari,Dina boleh membaca sehingga 10 mukasurat. Sebab itulah akhirnya Dina dapat khatam awal...

Majlis khatam Dina nie,mama buat di sekolah. Waktu itu,Dina berkongsi khatam bersama Aizad Marfis. Biarpun majlis ni di buat secara kecil-kecilan sahaja,tapi mama amat bersyukur kerana hajat mama untuk melihat Dina khatam tercapai. Pasti papa juga teramat gembira melihat kejayaan Dina ini....bukan saja papa,tapi semua ahli keluarga kita terlalu gembira melihat perkembangan Dina ini. Dulu masa mama kecil pun,mama belum lagi khatam dalam usia 5 tahun tau...papa pun sama....tapi anak mama dan papa nie,memang HEBAT...!

Tersentuh benar hati mama bila mendengar suara Dina di saat Dina mengalunkan ayat-ayat suci kalimah Allah ini....Betapa bersyukurnya mama kerana dapat melahirkan Dina dan seterusnya diberi peluang membesarkan dan mendidik Dina sehingga ke tahap seperti ini...Mama tahu,tidak semua anak yang dilahirkan akan diberi anugerah,kepandaian dan kebijaksanaan seperti ini. Tapi bila Tuhan memilih Dina untuk anugerah ini,mama amat bersyukur dan mama tidak akan melepaskan peluang ini untuk terus melihat Dina berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Mama dan papa akan terus mendidik mu sayang...mendidikmu dengan ilmu dunia dan akhirat. Biarlah kekurangan yang ada pada diri mama dan papa ini menjadi kelebihan untukmu meneruskan sebuah kehidupan...

Terima kasih yang tidak terhingga pada teacher Zaiha yang banyak memberi kepercayaan kepada Dina. Terima kasih pada Ustazah Su dan Ustazah Noraini yang begitu sabar dalam memberi pengajaran dan didikan yang sempurna untuk Dina sehingga Dina dapat khatam dalam usia 5 tahun. Terima kasih juga pada Ustazah Zaleha yang sudi terima Dina sebagai pelajarnya setiap petang,biarpun di waktu itu,terkadang Dina selalu ikut mood untuk mengaji berapa muka surat yang Dina mahu.
Akhirnya terima kasih juga pada papa yang selalu memberi semangat untuk mama mendidik Dina dengan ilmu dunia dan akhirat,yang selalu menyedarkan mama betapa ilmu akhirat itu sebenarnya yang boleh mendidik kita ke arah mana kita mahu tuju di dunia ini....
Amin.......yarabbalallamin.....

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina