http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, June 14, 2011

Bila Dina Mula Melukis....


Sesekali,bila melihat bakat Dina melukis...mama mesti tertawa. Sebab sememangnya,bab kreatif nie,Dina kurang sikit...mungkin Dina banyak mewarisi bakat papa yang kurang kreatif,tapi kalau bab menyanyi...suara memang sedap....berbanding mama yang selalu terlebih kreatif nie... Kadang2 tertanya juga di hati mama,kenapalah Dina tidak mengikut banyak sikap dan bakat mama tu ekh....tak mengapalah,Dina tetap anak kesayangan mama meskipun banyak sikap Dina berbeza dengan mama. Pastinya lebih banyak bakat papa mengalir dalam jiwa Dina berbanding bakat mama...Sebab Dina juga adalah anak kesayangan papa....

Inilah dia lukisan Dina yang pertama bagi menggambarkan kekreatifan Dina.
Lihatlah betapa kreatifnya anak mama yang tercinta nie. Lukisan ini dilukis oleh Dina sendiri tanpa bantuan dari mama pun.Sebenarnya,lukisan ini mama ambil dari buku latihan Dina di rumah....latihan itu meminta Dina melukis gambar diri sendiri. Bila mama tanya ni gambar Dina tengah buat apa...Dina kata Dina tengah berjalan dengan memakai pakaian legging. Hahaha...patutlah cantik seluar legging yang Dina lukis tu....


Yang paling mama suka pada lukisan ini adalah senyuman yang Dina buat tu. Rasanya sungguh manis sekali senyuman dalam lukisan Dina.
Kira ok sangat lukisan ini buat mama....memandangkan selama ini kalau disuruh melukis saja,Dina pasti akan cakap Dina tak pandai melukis....dan memang tidak akan jadi gambar apapun bila Dina melukis.... Kiranya banyak perkembangan Dina yang mama lihat bila usia Dina dah semakin bertambah nie.

Ini pula gambar kawan Dina. Gambar yang cukup comel dengan memakai tudung sekali. Erm,Dina masih kekalkan hidung yang berbentuk segitiga dan mulut berbentuk U....
Sungguh sopan gambar kawan Dina nie....dan mama amat suka melihatnya....

Lukisan terakhir pula adalah gambar 3 barang yang boleh di dapati di dalam kelas....
Gambar yang macam berus tu...kata Dina gambar pemadam papan putih....hahaha...macam kelakarnya...tapi kiranya mesej tu sampai gakkan...sebab kalau dipandang sekali lalu memang macam pemadam......(2 bintang jelah mama bagi-pinjam kata2 dr abang Afiq)
Gambar yang macam termometer tu plak...agaknya boleh tak orang teka ekh?...macam liquid paper pun ada....tapi Dina kata tu pen marker....
Dan yang bentuk 4 segi tapi tak cukup seginya tu....adalah white board....siap ada tulis perkataan 'ball' sekali....tentu aritu perkataan terakhir yang teacher Dina tulis di white board di kelas Dina tu adalah 'ball'.....hehehe...

Ermmmmm......
Apapun....mama pasti,suatu ketika nanti...mama akan dapat masukkan hasil lukisan terbaik dari Dina....tentu waktu itu akan tiba jua. Dan pastinya mama boleh bagi seberapa banyak bintang di langit untuk Dina sebagai hadiah karya terbaik....

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina