http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, November 22, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 DINAHANY....


Seperti biasa,setiap hujung tahun,Dina akan hadapi Peperiksaan Akhir Tahun . Mama akui,pada kali ini,mama kurang memberi perhatian dan tunjuk ajar sepertimana tahun lepas. Begitu pun,mama cukup yakin bahawa Dina pasti akan buat yang terbaik. Kalau dulu,mama memang halang Dina daripada tengok tv selalu,tapi kali ini,mama biarkan Dina buat apa yang Dina inginkan. Waktu tu,TV3 tengah rancak tayangkan drama Soffiya....dan Dina begitu meminatinya...mama biarkan saja....tak tahulah kenapa mama bertindak seperti ini,sedangkan sebelum ini,mama memang tegas dan tidak akan memberi peluang untuk Dina menonton tv sesuka hati.
Dina akan hadapi 5 mata pelajaran dalam peperiksaan ini iaitu Bacaan BM,Tulisan BM,Matematik,Pendidikan Agama Islam dan juga Bahasa Inggeris. Setiap pagi,sebelum mama hantar Dina ke rumah Mak Bun ,mama cuma tinggalkan pesanan untuk Dina agar menjawab betul2 dan jangan gopoh. Bila dah siap,jangan terus hantar. Dina kena semak dulu. Mama nak Dina menjadi seorang yang teliti....sebab mama tahu satu perangai Dina ialah Dina nak cepat siap.Dina selalu nak jadi orang pertama yang hantar dulu.

Akhirnya inilah markah yang Dina dapat.....


T A H N I A H.........
Dina telah dapat melakukan yang terbaik....Mama cukup bangga sekali dengan dirimu sayang.
Keyakinanmu kini kian bertambah.
Dulu orang kata,kenapalah mama hantar Dina terlalu awal ke sekolah.Nanti Dina akan jemu. tapi mama berpendapat,bahawa pembelajaran itu adalah proses sepanjang hidup. Lagi awal mama hantar Dina ke sekolah,maka makin banyak lagi yang akan Dina dapatkan. Lebih2 lagi seawal usia Dina sebegini,sebenarnya otak Dina lagi fresh...lagi banyak pengajaran dan pembelajaran yang boleh Dina dapatkan...Alhamdulillah,mama tak pernah rasa sia2 menghantar Dina ke sekolah....

Inilah kertas soalan B.Inggeris. Dina dapat score 100%. Kata teacher,Dina memang takde masalah dalam pelajaran. Teacher juga pernah kata,kalau mama didik Dina betul2,Dina boleh masuk SIR - Spell it Right kat TV3 tu, sebabnya,Dina memang terror spelling.Erm....mudah-mudahan yea teacher Dina akan dapat sampai ke tahap itu...

Ini pula untuk subjek Pendidikan Agama Islam. Teringat mama kisah Dina tahun lepas yang menangis semasa menjawab soalan Pendidikan Agama Islam ni. Waktu tu Dina tak dapat nak jawab,sebab tu Dina menangis. Tahun lepas pun Dina cuma dapat markah enam puluh lebih jer...tapi tahun nie,Dina dah dapat jawab 100%....Perkembangan yang amat memberangsangkan...

Inilah satu-satunya subjek yang Dina tak dapat score 100%. Dina hanya mampu dapat 98%.

Dan inilah soalan yang menjadikan Dina tidak berjaya mendapat markah penuh. Inilah kecuaian Dina yang kadang2 Dina selalu juga lakukan. Tentunya Dina nak cepat menjawab soalan matematik nikan. Sehinggakan Dina terlupa untuk menjawab satu lagi soalan di bawah sekali. Dina tidak mewarnakan 9 ekor burung seperti kehendak soalan.....Tak mengapalah sayang...kdg2 mama juga akan melakukan kesilapan yang serupa juga. Tapi next time,Dina kena cuba agar tidak berlaku kecuaian seperti ini lagi tau...

Penulisan BM juga Dina dapat score 100%.....

Begitu juga dengan Bacaan BM....sememangnya Dina tiada masalah untuk subjek ini.

ALHAMDULILLAH....
Anak dara mama nie memang belum pernah menghampakan mama....Moga sepanjang hidup Dina, Dina tidak akan menghampakan mama yea sayang. Mama selalu inginkan yang terbaik untuk dirimu di dunia mahupun di akhirat. Moga Allah akan selalu melindungimu,memberikan yang terbaik dalam kehidupanmu....

Thursday, November 17, 2011

Hadiah Dari Boss Papa....


Inilah hadiah dari boss papa untuk Dina. Comelnyakan teddy bear nie. Mama pun suka sangat. Boss papa bagi Dina sebab boss papa tahu Dina tak sihat. Sebenarnya dah hampir dua bulan Dina kurang sihat. Masa mula2 dulu ingatkan Dina kena beguk..mama dah bawa Dina ke klinik,tp selepas seminggu,nampaknya sakit Dina tu masih belum berkurangan...Mama bawa lagi Dina ke klinik lain,tapi doktor nasihatkan agar mama bawa Dina ke hospital. waktu itu,hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana risaunya mama dengan keadaan Dina...

Dalam waktu yang sama juga mama tidak sihat memandangkan mama mabuk2 dan muntah2 kerana alahan mengandung. Waktu itu,perasaan gembira berbaur menjadi resah memikirkan sakit Dina yang tidak berkurangan...Sesungguhnya apa yang terjadi,adalah takdir Tuhan.Hanya Dia yang tahu kenapa dan mengapa dugaan yang sebegini diberikan pada mama. Begitupun mama terus berusaha membawa Dina ke klinik lain untuk mendapatkan rawatan selanjutnya....Kata doktor tu,Dina kena kelenjar...hati mama terubat sedikit. Mama memang benar2 takut kalau Dina masuk hospital memandangkan mama cukup kenal Dina yang begitu takut bila disebut hospital.

Tapi akhirnya mama pula yang dimasukkan ke hospital. Begitulah perjalanan hidup yang telah ditentukan oleh-Nya. Mama pasrah menghadapi segala takdir-Nya. Pasti ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak terlihat saat ini. Moga papa juga akan tabah menghadapi ketentuan dari-Nya ini....Begitupun doa mama untuk Dina tidak pernah putus. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kebimbangan ini seringkali menggayuti hati mama.
" Ya Allah,Kau sembuhkanlah Dina dengan segera,jangan Kau berikan kesakitan yang tidak mampu dihadapinya. Kau jauhkanlah puteri kesayanganku ini dari segala penyakit merbahaya. Aku rela Kau berikan kesakitan itu untukku...."
Itulah antara doa yang selalu mama panjatkan kepada Allah.....Mama tahu Dia mendengar,sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang....

Mama berusaha juga bawa Dina pergi berubat. Mama tak kisah jauh mana pun,asalkan Dina segera sembuh. Bilamana mama bawa Dina ke Klinik Yethin disebabkan benjolan di belakang telinga Dina tu menampakkan tanda keluar mata dan nanah,doktor mengesahkan Dina kena bisul. Doktor picit nanah tu keluar.Mama tahu kesakitan yang Dina tanggung di ketika itu. Jeritan Dina begitu menusuk jiwa mama....tapi mama tahu,kalau mama nak Dina sihat segera,Dina kena lalui rawatan ini....

Alhamdulillah,saat ini Dina dah hampir sembuh.TQ pada semua yang mendoakan kesihatan Dina. TQ juga pada boss papa yang bagi Dina teddy bear ni. Dina suka sangat. Teddy Bear ni menjadi teman tidur Dina sekarang....

Wednesday, November 16, 2011

Majlis Khatam Al-Quran MyDinaHany


Syukur alhamdulillah...akhirnya anak mama dapat juga khatam Al-Quran di dalam usia yang baru menginjak 5 tahun. Sebenarnya,harapan mama dulu tidaklah setinggi ini...dulu mama cuma mengharap Dina akan khatam Al-Quran,tak kisahlah berapa pun usia Dina di ketika itu....tapi bila Dina dapat khatam sebegini cepat,mama rasa bersyukur sangat. Mama tahu,ada ketikanya mama sering tersilap menilai dan memandang kemampuan Dina. Cuma yang boleh mama cakap, Dina selalu buat mama rasa terharu dan bangga memilikimu sayang. Benarlah dirimu adalah anugerah terbaik dan terindah buat mama dan papa.....

Bilamana mama melihat perkembangan Dina di awal tahun yang masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran,mama memang tidak percaya sungguh sebelum akhir tahun Dina dah dapat pun menghabiskan membaca Al-Quran. Apatah lagi bila dah mula masuk bulan Mac 2011,memang terlihat perubahan besar pada bacaan Dina. Dina dah mula lancar dan boleh membaca sendiri. Waktu itu,Dina pun semakin rajin mengaji. Selain daripada mendapat bimbingan di sekolah dengan Ustazah Su,Ustazah Noraini dan juga Teacher Zaiha,mama juga hantar Dina mengaji dengan Ustazah Zaleha...waktu itu,dalam sehari,Dina boleh membaca sehingga 10 mukasurat. Sebab itulah akhirnya Dina dapat khatam awal...

Majlis khatam Dina nie,mama buat di sekolah. Waktu itu,Dina berkongsi khatam bersama Aizad Marfis. Biarpun majlis ni di buat secara kecil-kecilan sahaja,tapi mama amat bersyukur kerana hajat mama untuk melihat Dina khatam tercapai. Pasti papa juga teramat gembira melihat kejayaan Dina ini....bukan saja papa,tapi semua ahli keluarga kita terlalu gembira melihat perkembangan Dina ini. Dulu masa mama kecil pun,mama belum lagi khatam dalam usia 5 tahun tau...papa pun sama....tapi anak mama dan papa nie,memang HEBAT...!

Tersentuh benar hati mama bila mendengar suara Dina di saat Dina mengalunkan ayat-ayat suci kalimah Allah ini....Betapa bersyukurnya mama kerana dapat melahirkan Dina dan seterusnya diberi peluang membesarkan dan mendidik Dina sehingga ke tahap seperti ini...Mama tahu,tidak semua anak yang dilahirkan akan diberi anugerah,kepandaian dan kebijaksanaan seperti ini. Tapi bila Tuhan memilih Dina untuk anugerah ini,mama amat bersyukur dan mama tidak akan melepaskan peluang ini untuk terus melihat Dina berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Mama dan papa akan terus mendidik mu sayang...mendidikmu dengan ilmu dunia dan akhirat. Biarlah kekurangan yang ada pada diri mama dan papa ini menjadi kelebihan untukmu meneruskan sebuah kehidupan...

Terima kasih yang tidak terhingga pada teacher Zaiha yang banyak memberi kepercayaan kepada Dina. Terima kasih pada Ustazah Su dan Ustazah Noraini yang begitu sabar dalam memberi pengajaran dan didikan yang sempurna untuk Dina sehingga Dina dapat khatam dalam usia 5 tahun. Terima kasih juga pada Ustazah Zaleha yang sudi terima Dina sebagai pelajarnya setiap petang,biarpun di waktu itu,terkadang Dina selalu ikut mood untuk mengaji berapa muka surat yang Dina mahu.
Akhirnya terima kasih juga pada papa yang selalu memberi semangat untuk mama mendidik Dina dengan ilmu dunia dan akhirat,yang selalu menyedarkan mama betapa ilmu akhirat itu sebenarnya yang boleh mendidik kita ke arah mana kita mahu tuju di dunia ini....
Amin.......yarabbalallamin.....

Tuesday, November 15, 2011

Hari Raya AidilFitri 2011


Alhamdulillah,setelah sekian lama,akhirnya dapat juga kita beraya bersama-sama papa di sisi. Dulu sewaktu Dina berusia 4 bulan dan masih belum mengerti apa-apa,papa terpaksa pergi jauh meninggalkan mama dan Dina bagi meneruskan kehidupan...kini bila Dina dah berusia 5 tahun,papa dah kembali semula bersama kita. Syukur sangat ke hadrat Illahi kerana tetap menyatukan kita sekeluarga dalam bumbung kehidupan cinta yang cukup bahagia...moga kebahagiaan ini senantiasa di dalam rahmat-Nya.....

Mama tahu,sebenarnya Dina cukup kekok untuk beraya bersama papa disebabkan sudah terlalu lama papa tidak bersama kita....Tingkah Dina yang malu-malu tupun dah cukup memaparkan perasaan Dina. Sememangnya anak dara mama nie memang pemalu orangnya....itulah hakikatnya...biarpun papa dah bersama kita hampir sebulan,namun ada ketikanya tingkah Dina selalu buat papa sedih tau...tapi mama percaya,Dina adalah anak yang paling baik. Pasti Dina akan dapat sesuaikan diri Dina dengan papa. Lagipun sebenarnya Dina selalu cemburu bila mama manja2 dengan papa.....

Hari Raya tahun nie,kita sambut sederhana sahaja. Pada awalnya mama dan papa bercadang untuk sambut hari raya pertama di Singapore....tapi last minute papa kata kita balik dan beraya di Gelang Patah....Erm apa lagi,mama suka,Dina lebih suka lagi sebab dapat berkumpul dengan sepupu2 Dina yang ramai tu....sebelum nipun kita dah terbiasa untuk sambut raya bersama nenek dan atuk. Mama pun mesti nak pekena ayam masak merah nenek yang sedap tu...

Pagi raya tu,kita banyak menghabiskan masa di rumah. Sebelah petangnya seperti tahun2 yang lepas kita pergi beraya di rumah Tok Ibas.Selepas tu kita pergi ke rumah Tok Uda dan Cik Imah di Pekan Nenas.Seharian berjalan dan makan2 memang memenatkan dan mengenyangkan. Pada raya kedua plak,kita ke rumah Mak Ita dan juga Pak Long Pah...Kita nak pergi jauh2 tak boleh disebabkan papa terpaksa pulang semula ke Singapore pada petang tu juga. Esok papa dah mula kerja...dan kita pun ikut serta balik ke Singapore untuk jumpa dengan Tok Jantan Dina tu...


Inilah gambar Pak Ngah Zul dan juga Pak Usu Din sekeluarga.

Ini pula gambar Mak Ngah dan Mak Bun sekeluarga.
Gambar Cik Intan dan juga Ucu kita x dapat ambil disebabkan mereka semua pulang ke kampung...
Apapun yang pasti,kita tetap gembira dapat melalui hari raya aidilfitri kali ini.

Monday, October 31, 2011

National Day Singapore....



Tahun ini,kita berpeluang melalui banyak perkara yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini. Perkara2 yang menjadikan hidup kita lebih indah. Perkara2 yang menghadiahkan kegembiraan untuk kita lalui....apatah lagi bila papa ada bersama kita. Rasanya cukup lengkap kehidupan kita kinikan Dina....
Sebelum ini,mama memang tidak pernah membawa Dina melalui pengalaman menyambut hari merdeka sama ada di Malaysia ataupun di Singapura. Tapi bila papa pulang,papa ajak kita berdua melalui pengalaman ini. Wah,sungguh teruja di hati mama untuk melaluinya tau...Petang itu kita bertiga bersama Uncle Lan dan Uncle Din sekeluarga naik mrt menuju ke Marina,di mana di tempat itulah sambutan Hari Merdeka bagi Singapura diadakan....waktu itu adalah bulan ramadhan. Meski panas terik tak terkata,namun kita semua tetap bersemangat untuk pergi....

Erm...orang memang terlalu ramai. Ribuan manusia bergerak untuk mencari tempat yang paling cantik dan sesuai untuk menikmati hari tersebut. Dan akhirnya kita memilih untuk duduk berhampiran kawasan laut....Sungguh cantik sebenarnya tempat itu,apatah lagi dengan hiasan untuk sambutan hari kemerdekaan. Ramai juga rakyat asing yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sambutan tersebut.



Memang meriah sambutan itu. Tapi kata papa,tahun depan kita tak payahlah pergi lagi,sebabnya terlalu ramai orang sehinggakan kita berasak-asak semasa pergi dan juga balik. MRT pun penuh sekali dengan manusia...Erm,mama x kisah sama ada dapat pergi lagi atau tidak...yang penting bila papa dan Dina ada di sisi mama,hidup mama dah cukup indah...

Lawatan TBK Kemas Wawasan Ke Melaka



Lama sungguh mama tidak berpeluang memperbaharui kisah2 Dina...Selalu rindu untuk menulis itu singgah di hati mama,namun kesempatan dan keadaan seringkali membatasi diri mama untuk melakar bait-bait cerita Dina sebagai kenangan untuk Dina ingati satu hari nanti.Apakan daya,kadang2 kita tidak mampu untuk melakukan banyak perkara yang kita suka dalam hidup,kerana banyak pilihan yang terpaksa kita pilih mengikut kepentingannya...namun ketahuilah sayang,menulis cerita tentangmu juga adalah satu kepentingan dalam hidup mama yang mama tidak mahu lepaskannya...



Meski lawatan ini telah berlalu begitu lama,namun banyak perkara manis yang kita boleh kongsikan bersama sebagai kenangan manis untuk dikenang....Pagi yang indah itu,Dina pamerkan kuntuman senyuman yang cukup indah untuk Dina lalui bersama kawan2...Erm...meskipun pagi itu kita terlewat bangun dek kerana kepenatan melalui hari semalam bersama papa,namun dalam keterlewatan itu,kita dapat juga bersiap sebelum waktunya....Alhamdulillah,perjalanan pagi itu sungguh menggembirakan semua.



Xtvt di Taman Rama-Rama pagi itu dimulakan dengan pertandingan mewarna. Dina dan kawan2 yang lain nampaknya begitu bersemangat untuk mewarna gambar rama-rama. Selama 1 jam diberikan waktu untuk menyiapkannya. Mama hanya duduk di sebelah Dina dan memberi panduan untuk menggunakan olahan warna yang sesuai untuk lukisan rama-rama Dina.
Selepas waktu itu,kita semua telah dibawa mengelilingi Taman Rama-rama. Sungguh indah dan cantik bukan melihat pelbagai spesis rama-rama yang ada di sana. Sebenarnya bukan saja rama-rama yang ada,tapi pelbagai haiwan reptilia yang lain juga terdapat di sana. Dalam pada itu juga,pihak pentadbiran taman tersebut mengadakan pencarian harta karun buat Dina dan kawan2. Dalam xtvt ini,semua kena cari barang2 yang telah disenaraikan. Kelakarnya mama tengok sebab yang lebih excited nak mencari barang2 tu semua adalah ibu bapa...



Xtvt memberi ikan makan juga memperlihatkan kegembiraan buat Dina dan kawan2 yang lain sehinggakan kawan Dina yang bernama Iskandar boleh terjatuh masuk dalam kolam ikan tersebut...hehehe



Selesai saja xtvt tersebut,kita semua menikmati makan tengahari pula di Taman Rama-rama. Masa tu juga,mama buat sambutan hari lahir Dina. So,semua yang turut serta dalam lawatan tu,dapat merasa kek hari lahir Dina....Nyum....nyum...nyum....



Kini tibalah pula waktu,xtvt kuiz....soalan2 yang ditanyakan adalah berpandukan daripada penerangan pegawai yang membawa kita semasa lawatan tersebut....mama tahu,Dina tidak akan menjawab punya walaupun Dina tahu jawapannya. Tapi x kisahlahkan,bila usia Dina semakin bertambah,mama harap keyakinan diri Dina juga akan bertambah berlipatganda.



Selepas kuiz,acara penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna,mencari harta karun diadakan....Jeng...jeng...jeng...siapalah yang menang bagi acara ini eh?...Bila melihat lukisan yang Dina warnakan tadi,mama tidaklah begitu menaruh harapan untuk Dina menang. Sebab kalau bab mewarna nie,memang Dina lemah sikit...selalu juga Dina mewarna mengikut mood. Tapi alhamdulillah,kemenangan itu tetap juga berpihak pada Dina akhirnya. Dina mendapat tempat ketiga. Dina dan pemenang yang lain dapat hadiah medal,bergambar bersama burung dan juga melepaskan rama-rama.....



Tengok tu betapa manisnya senyuman Dina bila dapat melepaskan rama-rama dari sangkar serta dapat pula bergambar di atas motor dengan ditemani seekor burung...



Sebelum bertolak pulang ke Johor Bahru,kita semua sempat lagi singgah di Zoo Melaka....walaupun penat dengan aktiviti di Taman Rama-rama,tapi Dina dan kawan2 tetap gembira bila dapat melihat banyak binatang di zoo....
DinaHany....moga kau akan melalui pengalaman2 yang cukup indah di sepanjang kehidupanmu. Moga ianya akan memberi pengajaran kepadamu tentang erti sebuah kehidupan...

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina