http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Wednesday, February 16, 2011

Jalan-jalan di Kota Iskandar....


Beberapa minggu yang lalu,mama dan Dina telah meluangkan masa berjalan-jalan di Kota Iskandar,Nusajaya,Johor. Kota Iskandar terletak hanya beberapa kilometer saja dari Pekan Gelang Patah. Kalau dari rumah kita hanya mengambil masa selama 15 minit perjalanan sahaja....

Kota Iskandar ini merupakan pusat pentadbiran baru bagi negeri Johor. Malah ia merupakan Lambang Kehebatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Bila kita melangkah masuk sahaja ke kawasan Kota Iskandar ini,memang terasa begitu indahnya ciptaan Tuhan untuk kita nikmati. Selain daripada keindahan alam semulajadi yang dapat kita terokai,kita dapat juga melihat bangunan2 yang dibentuk memang cukup cantik....

Seperti selalunya,Dina memang akan menjadi model kecil mama untuk beraksi di tempat2 yang cantik ni. Mula2 kita ke bangunan Sultan Iskandar dahulu sebelum kita ke Puteri Harbour. Pada awalnya model kecil mama ni sungguh gembira sekali...tapi bila dah penat,mulut Dina mulalah membebel itu dan ini dan tak mahu beraksi,sehinggakan Dina cakap,penatlah mama jadi model.....kalau macam tu,bila dah besar nanti,jangan jadi model tau....

Dina paling suka beraksi di depan huruf2 yang membentuk ISKANDAR. Habis depan semua huruf Dina nak bergambar....sekejap berlari ke huruf I,sekejap lagi ke huruf K....kira penat juga mama berlari mengejar Dina nak ambil gambar2 nie semua.

Tak mengapalah,yang penting Dina gembira menikmati kehidupan yang diberikan Tuhan ini. Bila melihat Dina gembira,mama dah cukup bersyukur. Selain daripada membuat Dina gembira,apa lagi yang mampu mama lakukan....!

Waktu kita ke Kota Iskandar nie,hari dah beransur petang. So,pejabat2 banyak yang dah ditutup,orang pun dah tak ramai. Sebab tu banyak gambar2 Dina yang sempat mama rakamkan sebagai kenangan....lagi pun kalau ada ramai orang,jangan harap Dina nak berposing masa mama ambil gambar2 ni semua....anak mama nie pemalu sangat.

Apapun senyum dan tawa Dina sepanjang kita berjalan2 di kota iskandar ini,tetap selalu indah seindah suria yang terbenam di ufuk timur.....

Tuesday, February 8, 2011

Pulau Sentosa Singapura.....


Setelah sekian lama mama bercadang untuk membawa Dina bercuti di Pulau Sentosa,akhirnya hajat itu tercapai sudah. Teringat kembali mama pada kisah Dina yang menangis bila tengok gambar2 lama mama bersama papa di Pulau Sentosa. Kata Dina,Dina sedih sebab mama tak bawa Dina bersama ketika itu,sedangkan sebenarnya gambar2 itu diambil di ketika mama baru bercinta dengan papa,so macam manalah Dina nak ada bersama....

Kadang2 kaletah Dina memang selalu membuat mama tertawa sendiri. Yelah,mama faham,Dina belum mengerti sepenuhnya tentang kewujudan Dina di dunia ini. Sebab tu Dina selalu saja confused Dina di mana di ketika mama bersama dengan papa menjalani kehidupan seharian yang begitu indah. Suatu hari nanti,pasti Dina akan faham juga...

Destinasi pertama di Pulau Sentosa kita pergi ke Universal Studio....tapi kita tak masuk pun ke sana memandangkan kalau kita masuk ke USS,kita tidak punya peluang untuk bersantai di tempat yang lain. Lagipun,setelah begitu lama mama tidak menjejakkan kaki ke Pulau Sentosa sebenarnya mama lebih teruja untuk melihat kenangan yang pernah mama tinggalkan bersama-sama papa dulu....apapun,insya-Allah,lain kali mama akan bawa Dina masuk ke USS ni okay....

Seterusnya,kita berjalan-jalan dan mencuci mata di deretan kedai-kedai di sana. Dan kita begitu tertarik dengan hiasan2 di hadapan kedai coklat. Sebelum ni,kita tak pernah jumpa pun hiasan macam niekan.....bukan saja hiasan,coklat2 yang dijual pun erm...memang sedap tak terkira...

Selepas menikmati coklat,kita menuju pula ke Palawan Beach. Untuk ke sana,kita perlu menaiki monorail dan seterusnya bertukar menaiki tram. Perjalanan tidaklah mengambil masa yang begitu lama,lebih kurang dalam 15 minit kita dah sampai ke Palawan Beach ni....

Fuhhh...memang indah dan cantik pemandangan di Palawan Beach ni. Bermula dengan jambatan gantung dan seterusnya ke pondok yang menempatkan menara. Sayangnya kita tak naik ke menara tersebut memandangkan Dina dah tak sabar untuk mandi.

Pada awalnya,mama bawa Dina mandi di laut. Air di sini memang nampak tenang dan jernih. Sebab tu nampak anak2 ikan berkejaran dalam air tu....tapi Dina membebel sebab kata Dina banyak habuklah mandi air laut....waktu tu juga,air laut dah mula pasang....jambatan gantung yang kita lalui tadi dah mula ditenggelami air. Demi keselamatan ,kita semua telah di arah untuk meninggalkan kawasan tersebut dan beralih ke pantai di sebelah....

Selepas itu,Dina beralih mandi di kolam pulak. Kolam nie terdapat air pancut di sekelilingnya. Seronok betul mama lihat Dina mandi dan bermain air. Oleh kerana mama tidak membawa peralatan mandi,so,mama tidak berpeluang untuk mandi bersama Dina di sini. namun mama tetap juga dapat merasai keseronokkan yang Dina alami sepanjang berada di sini.


Setelah hampir 2 jam Dina mandi dan bermain air, kita bergerak ke Merlion pula. Di sini terdapat satu patung singa yang amat besar. Untuk ke mari,kita perlu menaiki semula monorail dan berhenti di stesen Ambiah. Dari sini juga sebenarnya kita boleh menuju ke tempat untuk menaiki cable car.

Tapi kita juga tidak bercadang untuk menaiki cable car ketika itu. Perancangan mama,bila papa pulang nanti,kita mesti ke Sentosa ni semula,tapi tidak lagi menggunakan jalan darat,kita akan naik cable car pulak. Tentu Dina suka dengan pengalaman tu nanti....saatnya pasti akan tiba.....

Dari Merlion,kita terus saja ke Lake Of Dream....pemandangan di sini juga cukup cantik. Kita mengelilingi banyak tempat di sekitar tempat nie. Akhir sekali,kita sempat juga ke pancuran air berirama sebelum kita pulang ....dulu masa mama dan papa mula2 bercinta,di sinilah tempat yang paling suka kami berdua pergi......sekarang mama bawa Dina pula menjejaki tempat di mana bermulanya sebuah kisah cinta antara mama dan papa.....

Begitulah berakhirnya trip ke Pulau Sentosa kita pada kali ini....Mama selalu percaya,pengalaman2 seperti ini akan menjadi kenangan paling indah untuk Dina ingati. Pasti di suatu saat ,pengalaman itu akan jadi lebih indah untuk terus Dina kenangi.....

Thursday, January 27, 2011

Di Akhir 2010.....


2010 telah lama melabuhkan tirainya. Baru hari ini mama punya kesempatan untuk meng'updates' blog untuk Dina nie. Kesibukan menjadikan waktu itu terlalu pantas berlalu,setiap detik yang tercipta itu menjadi saat-saat yang paling berharga untuk menguruskan rutin mama. Tidak mengapalah,apa yang penting,apa yang Dina lalui tetap akan mama rakamkan sebagai memori untuk Dina di suatu hari nanti.

Kali ini,mama paparkan aktiviti yang telah Dina lalui di penghujung 2010. Seperti lazimnya,mama akan selalu memberi pilihan untuk Dina lakukan aktiviti yang Dina sukai. Dan inilah salah satu darinya...pergi swimming. Kali ini kita berkesempatan ke Bluewave Hotel, bercuti sambil menghabiskan masa dengan aktiviti kegemaran Dina...swimming...

Biarpun Dina tak pandai berenang,tapi Dina tetap juga berusaha untuk belajar berenang. Selebihnya Dina cuma main air jer. Lagipun waktu itu,keadaan cuaca tidak begitu baik. Hujan renyai-renyai mengisi suasana petang itu...

Waktu tu juga Dina tidak bersendirian. Mama bawa kakak Zety bersama untuk menemani Dina berenang. Hampir 2 jam Dina bermain,berenang dan berendam dalam kolam renang. Sambil2 bermain,mama tengok pandai juga Dina cari kawan untuk bermain bersama.

Sebenarnya inilah aktiviti yang paling Dina suka dalam hidup Dina selain dari ditemani buku-buku. Sebab tu,sebolehnya mama akan cari peluang untuk tunaikan apa yang Dina impikan. Lagi pun, sepanjang 2010,Dina pun tidak pernah menghampakan mama,baik dari segi pelajaran Dina mahupun kelakuan Dina,sebab tu mama kata,Dina memang anak yang paling baik. Bertuah sungguh mama dan papa punya anak seperti Dina.

Insya-Allah,bila saja ada masa yang terluang,pasti mama akan bawa Dina pergi swimming lagi. Sementelah lagi,papa akan pulang tak lama lagi...so kita pasti akan lebih gembira lagikan...


Selain daripada pergi swimming,kita juga habiskan masa bercuti di Singapura. Bila bercuti di bulan December di Singapura,memang banyak benda yang menarik dan tempat2 yang cukup cantik sempena kedatangan Krismas.

Salah satunya di tempat inilah...di depan AMK Hub. Bila saja Dina terpandang kawasan ni,apalagi Dina memang suka sangat. Bukan saja Dina sebenarnya,mama pun sama jugak. Diorang decorate kawasan nie menjadi tempat seperti di kawasan salji yang ada Santa Claus...

Pelbagai karektor kartun yang terdapat di sini....ditambah dengan lampu2 yang cukup indah dan menarik....setiap tahun bila dah nak tiba sambutan Hari Krismas,memang akan diubah2 kawasan ini mengikut tema....

Ini pula di salah satu tempat di Jurong West....ada pokok Krismas yang cukup tinggi dihiasi dengan kartun2 dan hiasan coklat dan gula2. Sebenarnya mama teringin sangat nak bawa Dina ke Orchard Road,sebab kalau nak Krismas,lebih2 tempat ini lagi akan dihiasi dengan pelbagai hiasan yang cukup menarik dan kreatif,tapi apakan daya,kita tak punya kesempatan sekali lagi untuk ke sini.

Ini pula semasa di Hotel Bluewave,masih sempat lagi Dina berposing dengan kartun2 di lobby hotel. Begitulah aktiviti Dina di pengakhiran 2010.
Kini 2011,dah menjelma.Dah hampir sebulan pun berlalu. Selepas ini,mama akan paparkan cerita Dina di Sentosa Island pula....Insya-Allah....
Apapun,mama dan papa tetap akan memberi yang terbaik untuk Dina...moga2,mama dan papa juga akan dapat yang terbaik dari Dina....We luv u so much DinaHany....

Monday, December 13, 2010

Jurong Birdpark,Singapore....


Cuti...cuti...cuti.....
Bila mula cuti sekolah jer...mama dah rasa nak bawa Dina gi jalan2....tapi nak ke mana eh...mama pun x tau. Selagi papa belum balik,mama takde pun perancangan nak pergi jalan jauh2. Dina pulak,memang tak kisah atau belum pandai nak kisah nak ke mana time cuti sekolah. Akhirnya, Singapore jugalah tempat kita pergi jalan2.

Sebelum ni,mama memang bercadang nak bawa Dina ke Jurong Birdpark,memandangkan sedari kecik Dina memang suka pada binatang2....namun kesempatan itu tidak pernah ada. Sehinggalah Cik Ina ajak mama dan Dina joint sama dalam sambutan hari keluarga di sana. Erm,apalagi,takkanlah kita nak melepaskan peluang beginikan...so akhirnya kita pergi Jurong Birdpark dengan Cik Ina yang baik hati tu...

Dina pun apalagi,memang happy sangat mama tengok...Kata Cik Ina,percutian nie merupakan hadiah dari Cik Ina sebab Dina periksa dapat nombor 1 aritu...TQ yea Cik Ina sebab beri kesempatan pada Dina untuk ke Jurong Birdpark. Biasanya bila balik dari Singapore..Dina dan mama cuma lalu jer depan Jurong Birdpark nie...tapi akhirnya...dapat juga Dina jejakkan kaki di sini...memang enjoy sangat...

Pagi-pagi lagi kita dah bertolak melalui jalan second link. Dina pun dah teruja sangat nak ke sana. Dah tak sabar nak melihat burung2 dan pemandangan yang cukup indah dan menarik di sana. Sampai jer di sana,orang memang terlalu ramai,habis tu nak wat camane...katanya hari keluarga,pastinya akan ramai keluarga berkumpul di sini meraikannya.

Penat gak kita berjalan dari satu venue ke venue yang lain...bagi menghilangkan kepenatan,kita berhenti dan melihat pertunjukan burung yang ada di situ. Sambil tu,dapat makan ais krim serta melihat pertandingan2 yang dijalankan. Memang meriah sungguh....

Dina pun mama lihat tidak penat langsung berjalan ke sana ke mari...banyak burung dari pelbagai spesies terdapat di Jurong Birdpark ni. Paling Dina suka bila tengok swan yang banyak dan cantik2...

Tengahari menjelang tiba,cuaca pulak dah mula menampakkan hujan akan turun. Akhirnya,kita semua mengambil keputusan untuk segera pulang sebelum dibasahi hujan meskipun ada banyak lagi tempat yang masih belum dapat kita lawati di sini.

Tak mengapalah,bila papa pulang nanti,kita boleh ajak papa untuk bersama-sama lagi ke sini. Teringin jugak mama naik tram dan mengelilingi taman burung ini. Pasti saat itu akan menjadi lebih berharga bila papa berada di sisi kita nanti...

Terima Kasih Teacher Zaiha...


Saat ini,sekolah dah pun mula bercuti...ini bererti,setahun sudah Dina menjalani alam persekolahan...Mama rasa,Dina telah melalui saat-saat terindah sebagai seorang pelajar tabika. Bukan saja Dina,mama juga sebagai seorang ibu,telah dapat sama melalui saat-saat terindah sebagai seorang ibu pada Dina.
Sesungguhnya,Dina memang seorang anak yang paling baik,yang senantiasa mengembirakan mama,yang amat memahami perasaan mama. Yang selalu memberikan mama kekuatan untuk mama terus jalani kehidupan ini dengan penuh ketabahan.
Sedari kecil,meskipun papa tidak di sisi mama untuk turut sama mendidik Dina,tapi Dina juga tidak pernah mengeluh...yang Dina tahu,Dina sayangkan mama dan papa...betapa berharga kasih sayang mu...yang menjadi pengukuh pada cinta mama dan papa....

Mama ingin berkongsi sama bagaimana cara mama mendidik Dina...moga2,bila Dina besar nanti,Dina akan dapat mengimbas semula semua memori yang pernah Dina lalui sebagai seorang anak dan juga pelajar....
Dina dah mula mengenal abjad dan nombor sejak Dina berusia 2 tahun setengah. Waktu itu, mama lebih gemar mengajar Dina belajar sambil bermain. Mama belikan Dina kiub2 abjad...nombor2 plastik dan buku2 yang banyak gambar. Dari situ...bila kita bermain bersama,mama akan kenalkan Dina dengan abjad2 dan juga nombor2...kita bersama-sama main permainan cari abjad...cari nombor....sehinggalah Dina kenal semua abjad dan nombor. Mama juga akan susun abjad tanpa mengikut susunan yang betul...dan Dina akan cari sambil menyusunnya satu persatu....
Erm...Dina memang cepat belajar dan mengenal. Selepas itu,baru mama alih tumpuan pada buku2 bergambar...ini juga memudahkan pembelajaran Dina.....

Seingat mama, mama memang tak pernah belikan Dina anak2 patung permainan. Semua alat permainan Dina adalah hadiah yang Dina dapat masa hari lahir Dina....mama lokek ker???? hihihi,xdelah,sebenarnya mama tidak mahu Dina terbiasa membesar dengan alat2 mainan yang boleh menyebabkan Dina leka untuk belajar. Sebab tu,sehingga kini,Dina lebih suka pada buku..dan sememangnya Dina nie ULAT BUKU...kemana pun pergi,Dina mesti nak mama belikan buku...

Waktu mama mula nak sekolahkan Dina,mama tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Dina...bagi mama,sudah memadai bila Dina dah mula belajar untuk bergaul dengan kawan-kawan di samping mendapat pendidikan awal yang sepatutnya bagi kanak2 seusia Dina. Tapi mama sungguh tak sangka bilamana mama melihat perkembangan Dina masa belajar di tabika nie. Mama percaya sangat Teacher Zaiha banyak membantu dalam mendidik Dina sehingga ke tahap ini....

Apatah lagi bila banyak benda yang Dina belajar di sekolah Dina praktikkan semasa di rumah. Doa makan,doa belajar,doa tidur,doa untuk ibu bapa malah banyak lagi doa2 yang Dina hafal Dina gunakan dalam kehidupan seharian Dina. Sebab tu mama bangga sangat melihat Dina begitu petah bila di minta untuk membaca doa2 ni. Kata Mak Bun,Dina boleh hafal semua ni sebab Dina akan ikut membacanya setiap kali teacher minta semua pelajar membacanya.
Dina juga seorang yang terang hati...sebab tu,Dina mudah menghafal doa2 ni semua....
Sehingga ke saat ini juga,sebenarnya Dina mempunyai jadual waktu belajar setiap hari. Lantaran itu,Dina dapat kekalkan prestasi dalam pembelajaran Dina...

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana memberikan takdir hidup yang amat baik untuk Dina. Mama dan papa akan selalu mendoakan Dina mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Mama dan papa hanya ada cinta dan kasih sayang dalam memberikan didikan yang sempurna untuk Dina. Selebihnya,Dina juga perlu berusaha untuk mendapat kecemerlangan dalam kehidupan Dina sendiri. Mama dan papa akan terus memberikan Dina semangat,agar kejayaan ini bukan hanya untuk sehari Dina kecapi,tapi sehingga ke akhir penghidupan Dina nanti. Insya-Allah...

Buat teacher Zaiha yang baik hati...terima kasih atas segala pendidikan yang diberi selama ini. Harapan mama,agar teacher akan selalu dapat membantu Dina meraih kejayaan . Sebab mama percaya,kejayaan untuk hari akan datang adalah bermula pada hari ini...budi baik teacher,akan dikenang dan dihargai sehingga ke akhir hayat nanti. Tegurlah Dina bilamana Dina membuat kesilapan,marahlah Dina bilamana Dina alpa pada pelajaran,bantulah Dina bila Dina serba kekurangan dan sayangilah Dina sepanjang zaman.....
TQ teacher....

Thursday, November 25, 2010

Bersyukur Kepada Allah...

Alhamdulillah...bersyukur yang teramat mama panjatkan kepada Allah s.w.t atas kejayaan Dina dalam pelajaran...Mama memang benar2 tidak menyangka dalam usia yang sebegini Dina akan cemerlang sehingga ke tahap sekarang. Namun itulah kenyataannya...
Dulu,masa Dina kecil mama tidak pernah meletakkan target yang terlalu tinggi dalam pelajaran Dina. Waktu tu,mama cuma harap masa umur Dina 4 tahun,Dina dah mula kenal ABC...tapi ternyata dalam usia 2 tahun setengah,Dina dah pun capai target itu...Mengenal abjad...mengenal nombor telah pun Dina dapat lakukannya di awal usia 3 tahun.
Memang amat berbaloi semua usaha mama mendidik Dina untuk belajar sambil bermain sejak Dina kecil lagi. Seingat mama,mama memang tidak pernah memanjakan Dina dengan mainan,mama memang jarang belikan Dina alat permainan sejak Dina kecil lagi. Bukan mama tidak boleh melakukannya,cuma mama sendiri tidak mahu Dina terbiasa dengan mainan.
Alhamdulillah,biarpun Dina tidak membesar dengan alat permainan,namun mama rasa Dina tidak pernah kekurangan apapun. Dina masih lagi boleh bermain sambil belajar. Lagipun,Dina memang ulat buku sejak dari kecil lagi,jadi kalau kemanapun,Dina cuma mengharapkan mama akan belikan buku untuk Dina....dan itulah yang seringkali mama lakukan...

Dina tau...mama terlalu sayangkan Dina,kerana itu mama tidak mahu Dina sia-siakan usia kehidupan Dina biarpun orang kata Dina terlalu kecil untuk bersekolah. Tapi pada mama,pelajaran itu kita harus cari,ia bukan datang sendiri...minat belajar juga perlu dipupuk sejak dari kecil lagi,bukan tanamkan di jiwa nanti bosan asik belajar jer...
Dan inilah hasilnya,Dina berjaya meraih tempat pertama bagi kategori akademik untuk pelajar 5 tahun biarpun usia Dina baru 4 tahun.


Dina mendapat markah penuh bagi mata pelajaran Matematik dan juga bacaan Bahasa Melayu


Ini pula markah Bahasa Inggeris dan juga penulisan Bahasa Melayu


Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Dina hanya mendapat 60 markah sahaja. Kata teacher Zaiha,masa menjawab soalan ni,Dina menangis...kesiannya anak mama. Kata teacher lagi,Dina menangis sebab tak tahu nak jawab...akhirnya teacher suruh jer Dina jawab apa yang Dina tahu...dan inilah hasilnya.
Mama dapat kesan satu kelemahan Dina adalah kerana Dina tidak pandai menulis jawi walaupun Dina sebenarnya boleh menjawab soalan yang diberikan,maklumlah,selama nie,bila Dina menulis jawi,mama yang pegang tangan Dina....selepas nie,Dina kenalah berdikari sendiri tau...


Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah...
hanya itu yang termampu mama luahkan. Betapa bangganya mama punya anak seperti Dina. Mama dan papa pasti akan terus memberikan pendidikan yang sempurna buat Dina. Mama akan pastikan Dina akan terus cemerlang bukan saja dalam pelajaran Dina,tapi juga dalam kehidupan Dina....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina