http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Thursday, November 25, 2010

Bersyukur Kepada Allah...

Alhamdulillah...bersyukur yang teramat mama panjatkan kepada Allah s.w.t atas kejayaan Dina dalam pelajaran...Mama memang benar2 tidak menyangka dalam usia yang sebegini Dina akan cemerlang sehingga ke tahap sekarang. Namun itulah kenyataannya...
Dulu,masa Dina kecil mama tidak pernah meletakkan target yang terlalu tinggi dalam pelajaran Dina. Waktu tu,mama cuma harap masa umur Dina 4 tahun,Dina dah mula kenal ABC...tapi ternyata dalam usia 2 tahun setengah,Dina dah pun capai target itu...Mengenal abjad...mengenal nombor telah pun Dina dapat lakukannya di awal usia 3 tahun.
Memang amat berbaloi semua usaha mama mendidik Dina untuk belajar sambil bermain sejak Dina kecil lagi. Seingat mama,mama memang tidak pernah memanjakan Dina dengan mainan,mama memang jarang belikan Dina alat permainan sejak Dina kecil lagi. Bukan mama tidak boleh melakukannya,cuma mama sendiri tidak mahu Dina terbiasa dengan mainan.
Alhamdulillah,biarpun Dina tidak membesar dengan alat permainan,namun mama rasa Dina tidak pernah kekurangan apapun. Dina masih lagi boleh bermain sambil belajar. Lagipun,Dina memang ulat buku sejak dari kecil lagi,jadi kalau kemanapun,Dina cuma mengharapkan mama akan belikan buku untuk Dina....dan itulah yang seringkali mama lakukan...

Dina tau...mama terlalu sayangkan Dina,kerana itu mama tidak mahu Dina sia-siakan usia kehidupan Dina biarpun orang kata Dina terlalu kecil untuk bersekolah. Tapi pada mama,pelajaran itu kita harus cari,ia bukan datang sendiri...minat belajar juga perlu dipupuk sejak dari kecil lagi,bukan tanamkan di jiwa nanti bosan asik belajar jer...
Dan inilah hasilnya,Dina berjaya meraih tempat pertama bagi kategori akademik untuk pelajar 5 tahun biarpun usia Dina baru 4 tahun.


Dina mendapat markah penuh bagi mata pelajaran Matematik dan juga bacaan Bahasa Melayu


Ini pula markah Bahasa Inggeris dan juga penulisan Bahasa Melayu


Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Dina hanya mendapat 60 markah sahaja. Kata teacher Zaiha,masa menjawab soalan ni,Dina menangis...kesiannya anak mama. Kata teacher lagi,Dina menangis sebab tak tahu nak jawab...akhirnya teacher suruh jer Dina jawab apa yang Dina tahu...dan inilah hasilnya.
Mama dapat kesan satu kelemahan Dina adalah kerana Dina tidak pandai menulis jawi walaupun Dina sebenarnya boleh menjawab soalan yang diberikan,maklumlah,selama nie,bila Dina menulis jawi,mama yang pegang tangan Dina....selepas nie,Dina kenalah berdikari sendiri tau...


Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah...
hanya itu yang termampu mama luahkan. Betapa bangganya mama punya anak seperti Dina. Mama dan papa pasti akan terus memberikan pendidikan yang sempurna buat Dina. Mama akan pastikan Dina akan terus cemerlang bukan saja dalam pelajaran Dina,tapi juga dalam kehidupan Dina....

Monday, October 18, 2010

Dina Di Lawatan Ke Zoo Melaka


7 hb Oktober 2010,prasekolah mama mengadakan lawatan ke Zoo Melaka. Mama memang bercadang untuk bawa Dina bersama memandangkan kali terakhir Dina mengikut mama ke Zoo Melaka adalah ketika Dina berusia setahun lebih....waktu tu,kita turut serta lawatan sekolah mama bersama pelajar Tahun 6....teringat mama kenangan kita bersama Cikgu Masnizan dan juga Cikgu Amri di sana....

Begitu cepatnya masa berlalu.....walau pada awalnya Dina amat berat hati untuk mengikut mama,namun akhirnya dapat juga Mak Bun dan juga teacher Zaiha pujuk Dina untuk mengikut mama ke lawatan tersebut....Alasan yang Dina beri pada mama adalah Dina sekolah dan tidak boleh bercuti....bagusnya anak mama nie....memang rajin ke sekolah....

Di sepanjang perjalanan ke Zoo Melaka,mama dah dapat melihat kegembiraan Dina. Sehinggakan bila mama suruh Dina tidur dulu di sepanjang perjalanan pun Dina tak mahu...Sampai saja di Zoo Melaka,Dina adalah antara pelajar yang paling gembira....

Lihatlah gambar2 Dina yang sempat mama rakamkan ini. Walaupun Dina tidak mengenali pelajar prasekolah mama,tapi Dina cepat mesra dan dapat membawa diri dalam kumpulan tersebut....

Alhamdulillah,Dina tidak menyusahkan mama pun semasa mengikut mama dalam lawatan ini. Malah Dina mama lihat boleh berdikari dalam banyak perkara...maklumlah...Dina dah semakin membesar dan mama yakin bilamana Dina mengikut mama dalam agenda seperti ini,Dina akan lebih memahami banyak perkara tentang kehidupan.

Kalau dilihat,memang jelas ,Dina cukup matang berbanding usia Dina sebenar. Sebab tu mama akui Dina lebih selesa bergaul dengan rakan2 yang usianya lebih dari Dina. Bukan saja semasa mengikut lawatan ni,tetapi sewaktu di sekolah Dina juga,Dina selalu bercerita tentang kawan2 Dina yang berumur 6 tahun...

Apapun,mama percaya Dina akan dapat memilih yang terbaik dalam kehidupan Dina. Insya-Allah,bila sekolah mama menganjurkan lawatan seperti ini lagi,mama akan bawa Dina sekali ok... Mama nak lihat Dina selalu gembira dalam mempelajari dan mengenali erti sebuah kehidupan...

Thursday, October 14, 2010

Hari Raya 2010...


Erm....dah terlalu lama mama tidak berkesempatan untuk updates blog anak mama nie. Kesibukan dengan tugasan harian menjadikan waktu itu berlalu terlalu singkat. Lebih-lebih lagi sejak kita berdua mula pindah rumah baru...mama perlu uruskan segalanya sendirian untuk melengkapkan segala keperluan Dina...
Tup...tup...tup....hari raya dah menjelang. Terasa masa kini begitu cepatnya berlalu. Biarpun tahun ini kita masih tidak dapat merayakannya bersama-sama papa,namun mama senantiasa berharap agar kegembiraan untuk Dina tetap akan bertapak di hati Dina....
Apapun segalanya tetap perlu kita teruskan dengan penuh keredhaan...Pastinya papa Dina juga sering mengharapkan agar kehidupan yang dilalui dalam kejauhan ini tetap memberikan kita rasa bahagia....Insya-Allah,panjang umur,tahun depan kita akan dapat meraikannya bersama-sama....

Sepertimana tahun-tahun yang telah berlalu,hari raya pertama dan kedua kita akan berkonvoi beramai-ramai ke rumah saudara mara...Kita ke Kluang,Air Hitam ,Segamat,Pekan Nenas dan diikuti dengan beraya di rumah saudara mara yang terdekat. Yang lebih seronok bila atuk pun mula nak ikut kita beraya bersama-samakan....

Lihatlah keluarga kita yang ramai ini...Sepupu Dina aje dah menghampiri ke angka 40 orang. Bila semua dapat berkumpul,memang kecoh rumah kita jadinya....

Selain tu,Dina juga berkesempatan untuk mengikut mama beraya bersama-sama bekas anak murid mama...Itupun cukup kecoh sebab kita pergi dari satu rumah ke satu rumah yang semuanya menghidangkan makanan yang memang sedap-sedap belaka...

Setiap tahun juga,mama akan bawa Dina ke rumah kawan rapat mama. Rumah untie Saonah yang anaknya sebaya Dina...teringat mama sewaktu nak bersalinkan Dina dulu di Hospital Sultanah Aminah...Untie Saonah menjadi kawan rapat mama di ketika itu. Tapi Syaza lahir dulu...Syaza lahir 22 haribulan Jun...Begitu juga rumah Untie Vie....dia juga adalah rakan paling baik bagi mama...Mama selalu mengharapkan agar hubungan ini akan berkekalan sampai bila-bilapun...


Tahun nie...kita juga berkesempatan ke rumah Untie Fiza...Mama dan untie Fiza selalu usik Dina adalah tunang Emir...hahaha....itu semua cuma untuk suka-suka saja...

Kini dah berakhir pun Hari Raya Aidilfitri...sebenarnya banyak lagi kenangan raya yang tidak dapat mama paparkan....apapun ,biarlah kenangan itu tetap akan jadi detik terindah untuk kita kenang satu hari nanti...


Harapan mama....moga Dina akan dapat menghargai detik kehidupan yang diberikan oleh Tuhan untuk kita lalui ini...moga-moga...hari2 yang akan kita lalui,akan tetap indah sehingga ke akhir hayat kita nanti....

Wednesday, September 1, 2010

Lawatan TBK Kemas Wawasan


Lamanya mama tidak berkesempatan nak updates blog anak mama nie. Selain dari mood yang kadang kala selalu bercelaru...masa juga sering membuatkan kesempatan itu tidak wujud. Maka dari itu,berbulan lamanya gambar2 aktiviti yang telah Dina ikuti ini tersimpan di pc....hari ni,waktu terluang jua...mood mama pun kira ok...so mama ingin paparkan kisah di sepanjang waktu Dina mengikuti lawatan sekolah Dina ke Zoo Negeri Johor,Muzium Diraja dan juga ke Hutan Bandar Johor Bahru.
Inilah aktiviti lawatan pertama yang pernah Dina ikuti sejak bersekolah.Lawatan ini disertai oleh 34 orang pelajar tabika serta AJK TBK Kemas Wawasan.Walaupun mama bukan AJK,tapi mama juga berkesempatan untuk mengikuti lawatan itu atas pelawaan dari teacher Zaiha Dina. TQ yea teacher..sebab bagi peluang untuk mama Dina turut sama.

Tempat pertama yang kita pergi adalah ke Zoo Negeri Johor. Walaupun sebelum ini mama pernah bawa Dina ke mari,tapi mama percaya Dina tetap juga suka sebab sifat Dina yang sama seperti papa Dina yang memang suka melihat binatang. Bila berbaris,Dina pasti akan berbaris di hadapan sekali disebabkan Dina paling kecik antara kawan2 Dina....

Suka sangat mama lihat Dina begitu gembira sewaktu di zoo. Segala arahan yang teacher berikan pun dapat Dina ikuti.

Lihatlah aksi2 Dina tu. Ceria dan menghiburkan.....


Dah penat2 pusing seluruh kawasan zoo, Dina dan kawan2 main kat taman permainan pulak...


Destinasi kedua kita semua ke Muzium Diraja Abu Bakar. Di sini,Dina langsung tidak mahu mangikut mama. Dina nak bersama2 kawan2 Dina dan juga kak Puteri....


Dan akhir sekali kita ke Hutan Bandar untuk makan tengahari di sana. Mama paling suka sekali di sinilah sebab di sini mama lihat Dina paling berdikari. Selalunya sewaktu makan,mama yang kena suapkan Dina,tapi di sini,Dina nak makan sendiri,malah lauk ayam kicap yang pedas tu juga Dina boleh makan....
Sesungguhnya mama amat bersyukur pada Tuhan kerana semakin Dina membesar,semakin mama lihat banyak perubahan positif yang berlaku pada diri Dina....

Thursday, July 29, 2010

Lagi Aktiviti Di Hujung Minggu...


Sekarang ni,di waktu hujung minggu,Dina n mama memang terlalu banyak aktiviti...selain daripada balik Singapore tengok atok...kita juga selalu ke Angsana untuk berjalan-jalan dan main bowling...Kadang2 kesian juga mama tengok Dina sebab terpaksa ikut mama ke sana sini...tapi mama pasti Dina suka dan gembira sangat bila dapat ikut mama jalan2...

Bila melihat setiap keletah Dina yang dapat mama rakamkan,mama rasa terhibur sangat.Macam2 aksi dan rupa Dina waktu mama amik gambar Dina. Kadang2 gambar senyum...kadang2 gambar masam mukanya...hahaha,Dina memang camtu...selalu jugak wat eksyen malu2 kucing....

Beginilah Dina yang sebenarnya. Kemana-manapun Dina pergi,buku akan tetap bersama Dina. Aritu masa ada pertandingan bowling suka2 di Angsana Bowl..Dina minta mama duit nak beli buku kat kedai buku...wah,nampaknya dah pandai ekh minta mama duit nak beli buku...

Apapun mama tak kisah.Mama tahu Dina memang suka sangat dengan buku. Mama harap sampai Dina besar Dina akan kekalkan jadi ulat buku....sebab bukan senang orang nak jadi ulat buku..lebih2 lagi budak yang berusia seperti Dina...dalam buku itu adalah ilmu yang tidak ternilai...moga Dina akan jadi penilai yang terbaik...!

Tuesday, July 27, 2010

Selamat Hari Lahir DinaHany...

17 hb Julai 2010,Dina dah menginjak ke usia 4 tahun. Dah makin besar dah anak mama nie. Tahun nie,mama tetap juga raikan hari lahir Dina seperti tahun2 sebelumnya. Yang membezakannya,tahun ni mama buat sambutan hari lahir Dina di sekolah...
Sehari sebelum hari lahir Dina,mama, Mak Ngah dan Mak Bun serta abang Dolet bertungkus lumus membantu mama membuat persiapan. Diorang buatkan donut coklat untuk Dina bagi kat kawan2 Dina. Hampir pukul 12 malam baru selesai kerja2 buat donut tu...
Majlis sambutan hari lahir tu bermula pukul 10 pagi..so masa mama sampai sekolah Dina,Dina masih lagi di sesi pembelajaran. Sempat juga mama rakamkan aksi2 Dina sewaktu sesi tu...sejuk hati mama bila melihat Dina kini dah semakin meningkat maju dalam pelajaran. Terlihat juga ketekunan Dina di ketika itu...alhamdulillah...
So,acara pagi tu dimulai dengan bacaan doa dan makan. Mama masakkan nasi goreng seafood + sosej untuk Dina dan kawan2.

Seterusnya upacara nyanyian lagu Selamat Hari Jadi untuk Dina...mama tak tahu kenapa Dina tak mahu senyum langsung bilamana mama nak amik gambar Dina.Haaa itulah masalah Dina sejak dulu lagi....Bukan saja Dina tak mahu senyum,pandang kamera pun langsung Dina tak nak. Apapun terima kasih sebab kawan2 Dina nyanyikan lagu tu untuk Dina.

Tidak seperti tahun sebelumnya,tahun ni mama cuma belikan cup cakes saja untuk Dina. Sebab mudah untuk Dina bahagi2kan pada kawan2 Dina...

Seronok tengok Dina dan kawan2 yang lain makan cup cakes...takpelah,lain kali,kalau mama ada rezeki,mama bagi kawan2 yang lain cup cakes tu lagi ekh...

Ni plak acara selepas makan cup cakes...Teacher Zaiha minta semua berkumpul di depan kelas.Kelakarnya mama tengok gambar Dina nie,tadi masa nyanyi dan sesi bergambar dgn kawan2 Dina menangis,tapi ni,Dina happy pulaklah sangat....

Kalau selalunya,semasa sambutan hari lahir selalu diberi makanan ringan.Tapi mama memang tak suka makanan2 ringan ni.So,untuk kawan2 Dina,mama belikan alat tulis untuk Dina berikan pada mereka....so,berakhirlah acara sambutan hari lahir Dina di sekolah.

Pada malam harinya pulak,mama adakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk Dina. Sebenarnya nenek yang buat acara yasinan kat rumah nenek. Jadi mama sekalikanlah majlis tu untuk Dina.

Inilah dia antara mereka yang bersusah payah membantu dari mula majlis sehingga ke akhir majlis sambutan tahun ni. TQ yea semua....

Moga-moga Dina akan jadi anak yang solehah,dipanjangkan usia,diberi keberkatan dalam hidup,dilindungi Allah dari segala kejahatan di dunia dan akhirat..moga2 Dina akan berjaya dengan cemerlang sepanjang zaman kehidupan Dina....Amin

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina