http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Monday, August 10, 2009

Hadiah Dari Papa....

Masa hari jadi Dina,papa tak dapat pulang...Dah 3 tahun papa tak dapat meraikan hari jadi Dina bersama-sama...Mama sedih sebab Dina selalu tanya bila papa nak pulang.Sepatutnya papa pulang tahun nie,tapi papa terpaksa menyambung setahun lagi...apa nak buat. Tapi mama tahu,Dina juga sekuat dan setabah mama untuk melalui hidup tanpa papa di sisi. Apa yang pasti,papa akan pulang tidak lama lagi...
Dari jauh,papa selalu mengirim berita. Tentang Dina,papa tak pernah lupa. Sebab tu bila hari jadi Dina,papa minta mama belikan satu hadiah dari papa....

Inilah dia hadiahnya....



Masa mula-mula pilih basikal,mama pilih basikal yang memang sesuai untuk anak perempuan,berwarna biru dan ada tempat duduk belakang serta bakul di bahagian depan. Tapi entah kenapa bila mama terpandang basikal nie,mama tertawan dan mama pilih basikal ini untuk Dina. Dari segi body basikal ni,memang lebih kepada sport...tapi mama suka sebab bagi mama,ia cukup unik...mama lum pernah lagi tengok basikal macam nie digunakan oleh sepupu Dina yang lain...Jenama basikal nie pun Harley Bike....dah dekat-dekat dengan jenama motor Harley Davidson...Bukan apa,sesekali,mama nak tengok juga anak dara mama nie nampak sporty... Basikal nie memang besar sikit dan nampak tak sepadan dengan Dina,tapi bukannya Dina tak besarkan....Dina akan besar...dan Dina boleh gunakan sampai besar....

Ini dia aksi-aksi Dina dengan basikal baru,hadiah dari papa.....tiap petang pasti mama akan bawa Dina pusing-pusing dan ronda-ronda kampung....




Ini pula...basikal lama Dina...basikal pertama Dina....masa tu umur Dina baru setahun. hadiah ni nenek yang belikan untuk Dina. Tapi dah rosak...so Dina kena ucapkan Good Bye kat basikal nie ekh...


Sunday, August 2, 2009

DinaHany Dah 3 Tahunlah......

Dina sambut hari jadi lagi...kali nie usia dah bertambah ke 3 tahun...walaupun tarikh sebenar hari lahir Dina 17 hb Julai,tapi mama tak dapat wat sambutan pada hari tersebut.Sebabnya hari tu hari Jumaat,mama kerja.,Nak wat pada 19 hb,tak boleh juga sebab ada majlis persandingan Kak Ijan. So...tahun 2009 ni,mama wat sambutan untuk Dina pada 26 hb Julai...
Setiap tahun,detik inilah yang paling Dina nantikan.....Manakan tidak,selagi mama tak buat sambutan hari jadi Dina,selagi Dina tak tiup lilin...Dina akan tuntut mama untuk buat hari jadi Dina...tiap-tiap hari Dina akan tanya mama bila mama nak wat hari jadi Dina. Bila mama kata nanti,Dina akan kata..lambat no.....sebab tulah walaupun lambat..mama tetap akan buat hari jadi Dina. Tentu Dina happy kan....Selain daripada untuk buat Dina happy dalam hidup,apalagi yang mama ingin lakukan...Mama akan terus hidup untuk buat Dina bahagia dan happy...Biar mama diduga dengan pelbagai badai pun mama tetap akan pastikan anak mama yang seorang ni akan dapat yang TERBAIK dalam hidup....
Sepanjang sambut birthday tu,Dina suka sangat senyum.Mama suka sangat bila tengok Dina senyum .Kalau tak caya,Dina tengoklah gambar-gambar Dina nie.... Tahun nie,Dina tak sambut hari jadi sendirian. Dina sambut bersama Ezrin....

Inilah kek harijadi Dina dan Ezrin...
Ini pula hadiah hari jadi Dina....Yang paling Dina suka adalah set drawing dari Cik Ida...
Selepas habis acara,Dina memang betul-betul penat,sampai tertidur...lena pulak tu...tentu anak mama di buai mimpi yang sangat indah setelah apa yang Dina mahukan Dina dah dapatkan....

Apapun,mama sayang sangat dengan Dina...Sayang yang tidak pernah ada penghujungnya.

Happy Birthday DINAHANY sayang...

Moga dirimu akan jadi anak yang solehah,dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki,diberi keberkatan dan kerahmatan dalam mendepani liku-liku hidup
serta CEMERLANG dalam kebijaksanaan...



Thursday, July 30, 2009

Mengimbas Kenangan Dina Kenal Huruf Dan Nombor...

DinaHany mula mengenal huruf sejak berusia 2 tahun 3 bulan. Waktu tu,mama beritahu papa harapan mama menjelang umur Dina 3 tahun sekurang-kurangnya Dina dah kenal 10 huruf....Tapi perkembangan Dina amat memberangsangkan bilamana usia Dina masuk ke 2 tahun setengah Dina dah kenal semua huruf....Setiap hari selepas pulang dari kerja,Dina akan paksa mama balik ke rumah sebab Dina nak belajar....Kata Dina,"Dina nak buat kerja sekolah"....Waktu tu jugak memang banyak buku yang mama belikan untuk Dina. Sebenarnya Mak Bun pun banyak bantu mama dalam membesarkan Dina menjadi anak yang bijak.Mak Bun bawa Dina ke TABIKA KEMAS tempat Mak Bun bekerja. Ketika tu Dina akan ikut pengajaran Teacher Zaiha di dalam kelas biarpun hanya dari belakang. Tapi mama tahu,di situ sebenarnya Dina belajar dan banyak melihat kehidupan sehinggakan Dina memahami banyak perkara...Malah huruf kecil yang belum mama ajarkan pun Dina dah kenal sebab Dina belajar kat sekolah tabika...bila mama nak ajar jer Dina,rupanya Dina dah kenal dan dah boleh sebut huruf yang mama tunjukkan.

Memang mama gembira sangat melihat perkembangan Dina seharian. Selain daripada huruf Dina dah kenal,Dina juga kenal nombor 1 hingga sepuluh.Setiap hari Dina akan mengira di dalam buku dan juga carta nombor dan huruf yang mama tampalkan di dinding.Malah Dina akan minta mama buku Metik...Metik...untuk Dina buat dan kira...
Pe
nat sungguh mama ketika itu nak melayan karenah Dina bila nak belajar...apapun,mama tidak pernah terkilan kerana kepenatan itu telah berbayar bilamana Dina kenal dan boleh belajar dengan tekun dalam banyak perkara.Apa yang paling penting selepas itu,Dina dah pun pandai menulis nama sendiri.Mama rasa amat puas dan berbaloi. Memang papa Dina amat sedih sebab tidak dapat bersama mama mengajar Dina,tapi tidak mengapalah ...kadang-kadang dalam hidup,kita kena menerima apa yang telah ditakdirkan dengan penuh redha.Pastinya,kejauhan ini ada hikmah di sebaliknya.Tapi apapun perkembangan Dina,senantiasa mama kirimkan pada papa.Malah kerja-kerja yang Dina hasilkan juga mama kirimkan buat tatapan papa. Papa kata...papa amat bangga dan bersyukur kerana mendapat anak seperti Dina....




Wednesday, July 29, 2009

Apa Yang Dina Suka.....

DinaHany paling suka nyanyi.....Banyak lagu kanak-kanak yang Dina tahu...
Antaranya :-
Lagu Bangun Pagi....Lagu Gajah....Lagu Rama-rama....Lagu 1..2...3....Lagu Ulat Bulu....
Selalunya bila Dina nyanyi,Dina paling tak suka kalau orang lain ikut sama menyanyi. Yang jadi kawan gaduh Dina bila menyanyi ialah Mutih...sebabnya Mutih turut sama nyanyi lagu-lagu Dina yang kat atas tu...

Haa...inilah dia Mutih atau nama sebenarnya Nurin Qistina.Mutih ni sama umur dengan Dina,cuma Mutih lahir bulan February iaitu awal 5 bulan dari Dina. Biarpun Dina dan Mutih selalu bergaduh tapi ada masa tertentu,diorang boleh jadi kawan baik....

Selain daripada lagu kanak-kanak,Dina juga amat gemar nyanyi lagu-lagu orang dewasa. Lagu Ayat-ayat Cinta dari Rossa adalah merupakan salah satu lagu kegemaran Dina. Kalau Dina nyanyi,Dina akan nyanyi dengan penuh perasaan. Kalau naik van Mak Ngah,Dina suruh buka lagu tu berulang kali....sampaikan semua yang naik van tu rasa boring...tapi kami semua terhibur dengan keletah Dina yang manja dan mencuit hati....begitu juga dengan lagu Aspalela. Suka sangat Dina dengan lagu tu..

Anak bijak mama ni pun amat suka pada lagu patriotik...Setiap pagi bila Dina bangun ,Dina minta mama bukakan siaran TV3 yang ada siarkan lagu "Negaraku".Pastu Dina akan ikut nyanyi sampai abis...Sebenarnya Dina hafal lagu tu kat sekolah.Walaupun sebutan Dina kadangkala tak betul...tapi Dina tetap berusaha nak habiskan nyanyi...
Tapi bila besar nanti,mama tidak akan galakkan Dina jadi penyanyi. Mama lebih suka kalau Dina ada kerjaya yang lebih baik dari menyanyi.Kalau dulu Dina kata Dina nak jadi cikgu...tapi lepas tu nak jadi doktor gigi....so dah dewasa nanti jadi doktor gigi tau...bukan jadi penyanyi.....

Dina juga paling suka main kat taman permainan. Kalau balik Singapura, Dina mesti paksa mama bawa Dina ke taman permainan....Nasib baiklah kat bawah blok rumah atuk ada taman permainan...kadang-kadang pagi-pagi lagi Dina dah paksa mama untuk ke sana.Kalau kat sini,Mak Ngahlah yang selalu jadi mangsa bawa Dina ke taman permainan setiap petang....
Begitu juga kalau pergi JJ....kawasan taman permainan kat depan KFC tulah yang Dina paksa mama untuk pergi...selagi Dina tak puas bermain,jangan harap mama dapat pergi ke tempat lain.


Dina dan Kak Yaya di JJ Tmn Universiti....

Tuesday, July 28, 2009

Coretan Khas Dari Mak Ngah......







31 Mei 2005
Mama dan papa Dina selamat disatukan. Selain dari Atuk dan Nenek gembira,Mak Ngah jugalah orang yang paling gembira tengok mereka berdua bersatu.Mana tidaknya,bermacam dugaan dan rintangan yang mereka hadapi sebelum bersatu...Tapi Mak Ngah sedih sebab tidak dapat bersama meraikan pernikahan tersebut disebabkan mama dan papa Dina bernikah di Singapura...Mak Ngah yang anak ramai nie,tak dapatlah ke sana...apapun alhamdulillah,segalanya berjalan lancar mengikut ketentuan Tuhan.
Dina tahu,Ucu dan mama Dina berkahwin pada tarikh yang sama,tapi selepas sebulan,Ucu dah pun pregnant. Mama Dina masih belum lagi pregnant ketika tu. Lama juga nak tunggu kehadiran Dina. Hanya selepas 6 bulan barulah Mak Ngah terima berita yang mama Dina mengandung. Cuma Mak Ngah terkilan c'kit sebab Mak Ngah bukan orang kedua tahu selepas papa Dina,Mak Bun dulu yang mama Dina bagitau...
Hari demi hari kandungan makin membesar,macam-macam yang mama Dina lalui.Kesiannya Mama Dina bila masuk 7 bulan,Mama Dina terpaksa di tahan di wad sebab bleeding...."Dina,wat ape kat dalam perut Mama Dina sampai macam tu sekali?. Mesti nak kuar cepatkan? Budak bijak nie...." Itulah yang Mak Ngah fikirkan.
Sebulan tau Dina,Mama Dina kat hospital.Kitorang sume dah macam berkampung kat sane bile time hujung minggu. Mujurlah kat kelas 2,selesa juga....Mama Dina tak leh banyak bergerak,nanti darah akan kuar,waktu tu hati Mak Ngah sedih bukan kepalang.Kalau boleh ganti biar Mak Ngah yang rasa sakit sume tu....dalam hati Mak Ngah tak penah putus berdoa moga selamat kedua-duanya....

17 Julai 2006
Sama dengan tarikh Siti Nurhaliza mengumumkan pernikahannya,Mak Ngah dapat berita dari Mak Bun jugak yang Dina telah selamat dilahirkan.Terdetik di hati Mak Ngah satu hari nanti anak saudara Mak Ngah nie akan popular macam Siti ...Insya-Allah. Hari itu adalah hari yang paling gembira juga wat diri Mak Ngah. Mak Ngah cukup bersyukur Mama Dina dan Dina sihat.Wajah Dina yang comel nie saling tak tumpah macam papa Dina....
Mama Dina kerja,Mak Bun jaga Dina. Dina membesar dengan sempurna biarpun tanpa belaian kasih sayang papa Dina di depan mata. Tapi pastinya papa Dina juga amat menyayangi Dina sepenuhnya. Apa yang diajar sume Dina cepat dapat...Tapi bila Dina tak sihat,Mak Ngah yang selalu tolong hantarkan gi klinik. Sedih hati Mak Ngah bila tengok Dina sakit tau. Walaupun Mak Ngah jarang tengok Dina,tapi bila Dina sakit,Mak Ngah pun rasa gak sakit tu,bilamana Mak Ngah fikir darah yang mengalir dalam badan Dina sama juga dengan darah Mak Ngah,jadi sakit Dina pun sakit Mak Ngah juge....Mak Ngah tahu apa yang Mak Ngah rasa dan tidak siapa yang tahu macamana Mak Ngah sayang Dina. Dina anak Mak Ngah tau, tapi " mama Dina yang beranakkan ".

Umur 2 tahun lebih Dina dah pandai baca,kenal huruf dan nombor. Dina dah pun pandai tulis nama sendiri. Inilah anak mak Ngah yang paling pintar sekali...Yang seronoknya Dina boleh hafal skrip "Mak Joyah yang guna polident tu lagi..."Sikap busy body ala-ala wartawan tupun Dina dapat warisi dari Mak Bun...
Hebat tul anak Mak Ngah ni...semakin Dina membesar,semakin kuatlah hati mak Ngah menyatakan yang mama Dina lahirkan ni bukan budak perempuan yang biasa,tapi DinaHany nie tak ubah macam PARI-PARI....

Akhirkata dari Mak Ngah...macamana Mak Ngah sayang anak-anak Mak Ngah,macam tu jugaklah Mak Ngah sayang DINA SI PARI-PARI....
Inilah gambar kenangan Mak Ngah dengan Dina yang waktu tu Dina baru jer berusia sembilan bulan...
sALAM sAYANG dARI mAK nGAH.....
29/07/2009-7.00A.M




Sunday, July 26, 2009


Foto Kenangan Di Hari Lahir DinaHany...2 Tahun

2007.....berlalu dengan penuh memori tatkala Permata Hati mama ni sudah mula pandai berjalan.....
Di ketika itu,hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana kebimbangan senantiasa menelusuri di segenap ruang hati mama untuk melepaskan Dina berjalan sendirian. Sementelah lagi kepercayaan untuk Dina berjalan tanpa jatuh tidak teriisi langsung di jiwa mama. Yang paling mama utamakan adalah keselamatan Dina. Kerap kali juga mama menerima teguran dari Mak Ngah kerana langsung tidak memberikan Dina peluang untuk merasai saat-saat bertatih,jatuh dan luka....namun itulah nilai kasih sayang dari mama untuk Dina. Mama tidak pernah mengizinkan diri Dina terluka walau sedikitpun....mama memastikan diri mama sentiasa berada di sisi Dina tatkala Dina berjalan....Memasuki usianya setahun dua bulan,Dina telahpun pandai berjalan.Alhamdulillah....

Di saat ini juga,Dina sudah mula pandai bertutur perkataan satu sukukata. Sukukata ma....ma... dan pa...pa...adalah sebutan dari mulut Dina yang pertama. Sehinggalah ke usia Dina menginjak ke 2 tahun Dina telah boleh bertutur dan mempelajari banyak perkataan...malah,Dina telahpun memahami arahan yang mudah untuknya melakukan sesuatu. Memilih baju sendiri selepas mandi adalah kegemaran Dina ketika itu. Kalau mama yang memilih baju yang tidak Dina sukai,jangan harap Dina mahu. Maklumlah...dah makin besar...dah pandai nak bergaya. Apalagi di saat nak menemui papa di Singapura,..Dina pasti akan memilih baju yang paling Dina gemari,dan warna baju itu mesti pink....

Semakin membesar,mama mula dapat melihat apa yang Dina gemari dalam melakukan aktiviti seharian. DinaHany kurang menggemari anak patung atau mainan sepertimana yang sepatutnya kanak-kanak suka. Tapi Dina lebih menggemari buku-buku terutamanya buku yang mempunyai gambar binatang....lantaran itu,hadiah di hari lahir Dina yang ke dua tahun banyak yang tidak Dina usik sehingga ke saat ini memandangkan hadiah-hadiah tersebut banyak permainan dan anak patung....Malahan setiap kali keluar berbelanja,DinaHany teramat suka kalau mama membawa Dina ke kedai buku....Dina akan pilih sendiri buku apa yang Dina mahu.Selain itu,DinaHany amat gemar berenang dan bermain di tepi pantai.Bila ada waktu terluang atau cuti,tempat itulah yang menjadi destinasi kita berdua.

Sesungguhnya kenangan itu amat indah terutama bila kenangan itu terakam kembali di kotak ingatan......





DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina