http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Monday, May 9, 2011

Story Telling...


Berakhir sudah satu ujian buat Dina....ujian yang menguji sejauhmana keberanian Dina....ujian yang selalu membuatkan hati mama bertanya apakah anak mama nie mampu untuk menghadapinya. Ujian yang selalu membuatkan mama takut untuk menghadapi kemungkinan seandainya Dina langsung tidak punya keberanian untuk ke depan...

Namun setelah semuanya berakhir...alhamdulillah , mama panjatkan sepenuh kesyukuran , kerana Dina akhirnya melepasi ujian pertama ini....pastinya ini merupakan titik permulaan untuk mama terus melihat keberanian Dina....di majlis yang ramai mata memandang dan banyak telinga mendengar.
Pada awalnya , memang mama melihat bagaimana ketakutan itu juga menguasai diri Dina. Betapa air mata Dina ternampak hampir menitis. Saat itu hanya Allah yang tahu betapa risau dan galaunya hati mama. Selain daripada mendoakan dan memberi keyakinan untuk Dina , apalah lagi yang mampu mama lakukan. Akhirnya Dina dapat juga menghabiskan story telling Dina dengan cerita "The Little Monkey Wants The Moon" dengan jayanya...air mata yang hampir tumpah tadi dapat juga Dina seka dengan keberanian yang terserlah selepas beberapa detik penceritaan itu.


Sepatutnya Dina akan terlibat dengan acara story telling pada bulan Julai nanti...tapi acara itu tidak dijalankan pada tahun nie. So, next year nantilah Dina akan sekali lagi berlatih untuk acara besar ini. Untuk tahun nie , mama dah bertanggung jawab sepenuhnya untuk membantu Dina , dan untuk tahun depan , pastinya papa akan turut sama membantu Dina untuk berjaya dalam pertandingan yang bakal Dina hadapi nanti....

Dina...Dah Mengaji Al-Quran...


Alhamdulillah sayang....kalau tahun lepas Dina dah habiskan membaca buku Iqra',tahun nie Dina mula naik Al-Quran. Bilamana mama melihat bibir Dina begitu petah sekali mengalunkan ayat2 suci Al-Quran...hati mama begitu tersentuh.....

Apa tidaknya,mama selalu tidak menyangka bahawa Dina akan dapat melepasi apa yang mama inginkan dengan begitu cepat. Hari tu,mama juga amat bimbang Dina tak dapat melepasi target teacher Zaiha untuk Dina khatam tahun nie,memandangkan pada awal tahun,Dina masih lagi merangkak-rangkak untuk membaca ayat-ayat suci tersebut.
Namun benarlah bahawa masa akan mengubah segalanya. Sekarang nie,Dina dah sampai ke juzuk 15....hanya tinggal beberapa juzuk saja lagi untuk Dina khatam Al-Quran....pasti papa juga gembira dengan perkembangan Dina niekan...

Di sekolah Dina mengaji dengan ustazah Noraini atau pun ustazah Su. Tidak sia2 juga mama menghantar Dina ke Tabika Kemas Wawasan,sebab bukan saja Dina dapat pembelajaran di dunia,malahan pembelajaran di akhirat juga....

Selain tu,setiap petang,Dina akan mengaji pula dengan ustazah Zaleha....bila mengaji dengan ustazah Zaleha,Dina selalu nak mengaji banyak mukasurat...paling sikitpun 3 mukasurat setiap hari...apapun mama tetap bangga denganmu sayang...mama percaya,kau akan mendapat kecemerlangan dan terbaik dalam setiap pelajaranmu...

Sesungguhnya mama , papa dan insan2 di sekelilingmu yang mengenali dan menyayangimu , pasti akan terus mendoakan yang terbaik untuk kehidupanmu...Insya-Allah....Amin...

Tuesday, March 1, 2011

Maulidur Rasul 2011


Pada 27 hb Februari 2011,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah,Gerakan Belia 4B kawasan Gelang Patah dan JKKK kampung & UMNO Cawangan Kg Melayu Baru telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul bertempat di Perkarangan Surau Nur Taufik Kg Melayu baru. Sambutan ini juga disertai oleh pelajar2 Tabika Kemas Wawasan.

Tahun ini merupakan tahun kedua Dina terlibat dalam sambutan ini. Kalau tahun lepas mama rasa tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap Dina,tapi tahun ini begitu berbeza sekali. Mama sangat menyakini Dina boleh berdikari berbanding sebelum ini...kalau dulu,mama takut Dina menangis bila melihat mama,tapi kini mama yakin,Dina dah tak kisah pun sama ada mama ada atau pun tidak.....

Seperti biasa,majlis pagi itu telah dimulakan dengan perarakan mengelilingi kampung...Tahun ini sambutan begitu meriah sekali..ramai orang yang datang bagi meraikan hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW ini...seawal pukul 8.00 pagi lagi ramai yang telah berkumpul di hadapan surau Nur Taufik....Pagi itu,cuaca agak panas,apa lagi,berpeluh-peluhlah anak mama dan kawan2 yang lain semasa mengikuti perarakan tersebut. Namun pengalaman ini,pasti akan jadi pengalaman yang berharga untuk Dina.

Terhibur sangat mama melihat karenah Dina bersama dengan kawan2 yang lain...Senyum dan tawa Dina senantiasa menghiasi bibir di setiap kali Dina bermain bersama dengan kawan2 sementara menantikan giliran untuk membuat persembahan.

Selesai saja acara berzanji,maka tibalah giliran Dina dan kawan2 tabika yang lain membuat persembahan. Seperti tahun yang lepas,teacher memilih lagu "Sepohon Kayu" untuk diperdengarkan kepada para tetamu.

Biarpun berlaku sedikit kesilapan teknikal bilamana muzik lambat berbunyi sedangkan semua dah tak sabar untuk bernasyid,namun persembahan Dina dan kawan2 yang lain cukup menghiburkan. Ramai yang terpegun dan terpesona melihat bukan saja persembahan yang baik,tetapi juga melihat wajah2 anak2 yang cukup comel.

Sekali lagi kebanggaan terselit di hati mama terhadap Dina permata hati mama ni. Semakin lama,semakin keyakinan tumbuh dan bertapak di dalam diri Dina....dan mama pula kini semakin mempercayai keupayaan Dina....Dina pasti boleh lakukan yang terbaik....

Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada teacher Zaiha yang selalu memberikan peluang untuk Dina membina keyakinan terhadap diri sendiri....yang juga selalu membantu mama mencari di mana kelemahan Dina yang boleh mama baiki....
Alhamdulillah,majlis ini sekali lagi membuktikan bahawa anak mama ni semakin membesar sebagai anak yang solehah....yang menjadi penyejuk di hati mama...

Wednesday, February 16, 2011

Jalan-jalan di Kota Iskandar....


Beberapa minggu yang lalu,mama dan Dina telah meluangkan masa berjalan-jalan di Kota Iskandar,Nusajaya,Johor. Kota Iskandar terletak hanya beberapa kilometer saja dari Pekan Gelang Patah. Kalau dari rumah kita hanya mengambil masa selama 15 minit perjalanan sahaja....

Kota Iskandar ini merupakan pusat pentadbiran baru bagi negeri Johor. Malah ia merupakan Lambang Kehebatan Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor. Bila kita melangkah masuk sahaja ke kawasan Kota Iskandar ini,memang terasa begitu indahnya ciptaan Tuhan untuk kita nikmati. Selain daripada keindahan alam semulajadi yang dapat kita terokai,kita dapat juga melihat bangunan2 yang dibentuk memang cukup cantik....

Seperti selalunya,Dina memang akan menjadi model kecil mama untuk beraksi di tempat2 yang cantik ni. Mula2 kita ke bangunan Sultan Iskandar dahulu sebelum kita ke Puteri Harbour. Pada awalnya model kecil mama ni sungguh gembira sekali...tapi bila dah penat,mulut Dina mulalah membebel itu dan ini dan tak mahu beraksi,sehinggakan Dina cakap,penatlah mama jadi model.....kalau macam tu,bila dah besar nanti,jangan jadi model tau....

Dina paling suka beraksi di depan huruf2 yang membentuk ISKANDAR. Habis depan semua huruf Dina nak bergambar....sekejap berlari ke huruf I,sekejap lagi ke huruf K....kira penat juga mama berlari mengejar Dina nak ambil gambar2 nie semua.

Tak mengapalah,yang penting Dina gembira menikmati kehidupan yang diberikan Tuhan ini. Bila melihat Dina gembira,mama dah cukup bersyukur. Selain daripada membuat Dina gembira,apa lagi yang mampu mama lakukan....!

Waktu kita ke Kota Iskandar nie,hari dah beransur petang. So,pejabat2 banyak yang dah ditutup,orang pun dah tak ramai. Sebab tu banyak gambar2 Dina yang sempat mama rakamkan sebagai kenangan....lagi pun kalau ada ramai orang,jangan harap Dina nak berposing masa mama ambil gambar2 ni semua....anak mama nie pemalu sangat.

Apapun senyum dan tawa Dina sepanjang kita berjalan2 di kota iskandar ini,tetap selalu indah seindah suria yang terbenam di ufuk timur.....

Tuesday, February 8, 2011

Pulau Sentosa Singapura.....


Setelah sekian lama mama bercadang untuk membawa Dina bercuti di Pulau Sentosa,akhirnya hajat itu tercapai sudah. Teringat kembali mama pada kisah Dina yang menangis bila tengok gambar2 lama mama bersama papa di Pulau Sentosa. Kata Dina,Dina sedih sebab mama tak bawa Dina bersama ketika itu,sedangkan sebenarnya gambar2 itu diambil di ketika mama baru bercinta dengan papa,so macam manalah Dina nak ada bersama....

Kadang2 kaletah Dina memang selalu membuat mama tertawa sendiri. Yelah,mama faham,Dina belum mengerti sepenuhnya tentang kewujudan Dina di dunia ini. Sebab tu Dina selalu saja confused Dina di mana di ketika mama bersama dengan papa menjalani kehidupan seharian yang begitu indah. Suatu hari nanti,pasti Dina akan faham juga...

Destinasi pertama di Pulau Sentosa kita pergi ke Universal Studio....tapi kita tak masuk pun ke sana memandangkan kalau kita masuk ke USS,kita tidak punya peluang untuk bersantai di tempat yang lain. Lagipun,setelah begitu lama mama tidak menjejakkan kaki ke Pulau Sentosa sebenarnya mama lebih teruja untuk melihat kenangan yang pernah mama tinggalkan bersama-sama papa dulu....apapun,insya-Allah,lain kali mama akan bawa Dina masuk ke USS ni okay....

Seterusnya,kita berjalan-jalan dan mencuci mata di deretan kedai-kedai di sana. Dan kita begitu tertarik dengan hiasan2 di hadapan kedai coklat. Sebelum ni,kita tak pernah jumpa pun hiasan macam niekan.....bukan saja hiasan,coklat2 yang dijual pun erm...memang sedap tak terkira...

Selepas menikmati coklat,kita menuju pula ke Palawan Beach. Untuk ke sana,kita perlu menaiki monorail dan seterusnya bertukar menaiki tram. Perjalanan tidaklah mengambil masa yang begitu lama,lebih kurang dalam 15 minit kita dah sampai ke Palawan Beach ni....

Fuhhh...memang indah dan cantik pemandangan di Palawan Beach ni. Bermula dengan jambatan gantung dan seterusnya ke pondok yang menempatkan menara. Sayangnya kita tak naik ke menara tersebut memandangkan Dina dah tak sabar untuk mandi.

Pada awalnya,mama bawa Dina mandi di laut. Air di sini memang nampak tenang dan jernih. Sebab tu nampak anak2 ikan berkejaran dalam air tu....tapi Dina membebel sebab kata Dina banyak habuklah mandi air laut....waktu tu juga,air laut dah mula pasang....jambatan gantung yang kita lalui tadi dah mula ditenggelami air. Demi keselamatan ,kita semua telah di arah untuk meninggalkan kawasan tersebut dan beralih ke pantai di sebelah....

Selepas itu,Dina beralih mandi di kolam pulak. Kolam nie terdapat air pancut di sekelilingnya. Seronok betul mama lihat Dina mandi dan bermain air. Oleh kerana mama tidak membawa peralatan mandi,so,mama tidak berpeluang untuk mandi bersama Dina di sini. namun mama tetap juga dapat merasai keseronokkan yang Dina alami sepanjang berada di sini.


Setelah hampir 2 jam Dina mandi dan bermain air, kita bergerak ke Merlion pula. Di sini terdapat satu patung singa yang amat besar. Untuk ke mari,kita perlu menaiki semula monorail dan berhenti di stesen Ambiah. Dari sini juga sebenarnya kita boleh menuju ke tempat untuk menaiki cable car.

Tapi kita juga tidak bercadang untuk menaiki cable car ketika itu. Perancangan mama,bila papa pulang nanti,kita mesti ke Sentosa ni semula,tapi tidak lagi menggunakan jalan darat,kita akan naik cable car pulak. Tentu Dina suka dengan pengalaman tu nanti....saatnya pasti akan tiba.....

Dari Merlion,kita terus saja ke Lake Of Dream....pemandangan di sini juga cukup cantik. Kita mengelilingi banyak tempat di sekitar tempat nie. Akhir sekali,kita sempat juga ke pancuran air berirama sebelum kita pulang ....dulu masa mama dan papa mula2 bercinta,di sinilah tempat yang paling suka kami berdua pergi......sekarang mama bawa Dina pula menjejaki tempat di mana bermulanya sebuah kisah cinta antara mama dan papa.....

Begitulah berakhirnya trip ke Pulau Sentosa kita pada kali ini....Mama selalu percaya,pengalaman2 seperti ini akan menjadi kenangan paling indah untuk Dina ingati. Pasti di suatu saat ,pengalaman itu akan jadi lebih indah untuk terus Dina kenangi.....

Thursday, January 27, 2011

Di Akhir 2010.....


2010 telah lama melabuhkan tirainya. Baru hari ini mama punya kesempatan untuk meng'updates' blog untuk Dina nie. Kesibukan menjadikan waktu itu terlalu pantas berlalu,setiap detik yang tercipta itu menjadi saat-saat yang paling berharga untuk menguruskan rutin mama. Tidak mengapalah,apa yang penting,apa yang Dina lalui tetap akan mama rakamkan sebagai memori untuk Dina di suatu hari nanti.

Kali ini,mama paparkan aktiviti yang telah Dina lalui di penghujung 2010. Seperti lazimnya,mama akan selalu memberi pilihan untuk Dina lakukan aktiviti yang Dina sukai. Dan inilah salah satu darinya...pergi swimming. Kali ini kita berkesempatan ke Bluewave Hotel, bercuti sambil menghabiskan masa dengan aktiviti kegemaran Dina...swimming...

Biarpun Dina tak pandai berenang,tapi Dina tetap juga berusaha untuk belajar berenang. Selebihnya Dina cuma main air jer. Lagipun waktu itu,keadaan cuaca tidak begitu baik. Hujan renyai-renyai mengisi suasana petang itu...

Waktu tu juga Dina tidak bersendirian. Mama bawa kakak Zety bersama untuk menemani Dina berenang. Hampir 2 jam Dina bermain,berenang dan berendam dalam kolam renang. Sambil2 bermain,mama tengok pandai juga Dina cari kawan untuk bermain bersama.

Sebenarnya inilah aktiviti yang paling Dina suka dalam hidup Dina selain dari ditemani buku-buku. Sebab tu,sebolehnya mama akan cari peluang untuk tunaikan apa yang Dina impikan. Lagi pun, sepanjang 2010,Dina pun tidak pernah menghampakan mama,baik dari segi pelajaran Dina mahupun kelakuan Dina,sebab tu mama kata,Dina memang anak yang paling baik. Bertuah sungguh mama dan papa punya anak seperti Dina.

Insya-Allah,bila saja ada masa yang terluang,pasti mama akan bawa Dina pergi swimming lagi. Sementelah lagi,papa akan pulang tak lama lagi...so kita pasti akan lebih gembira lagikan...


Selain daripada pergi swimming,kita juga habiskan masa bercuti di Singapura. Bila bercuti di bulan December di Singapura,memang banyak benda yang menarik dan tempat2 yang cukup cantik sempena kedatangan Krismas.

Salah satunya di tempat inilah...di depan AMK Hub. Bila saja Dina terpandang kawasan ni,apalagi Dina memang suka sangat. Bukan saja Dina sebenarnya,mama pun sama jugak. Diorang decorate kawasan nie menjadi tempat seperti di kawasan salji yang ada Santa Claus...

Pelbagai karektor kartun yang terdapat di sini....ditambah dengan lampu2 yang cukup indah dan menarik....setiap tahun bila dah nak tiba sambutan Hari Krismas,memang akan diubah2 kawasan ini mengikut tema....

Ini pula di salah satu tempat di Jurong West....ada pokok Krismas yang cukup tinggi dihiasi dengan kartun2 dan hiasan coklat dan gula2. Sebenarnya mama teringin sangat nak bawa Dina ke Orchard Road,sebab kalau nak Krismas,lebih2 tempat ini lagi akan dihiasi dengan pelbagai hiasan yang cukup menarik dan kreatif,tapi apakan daya,kita tak punya kesempatan sekali lagi untuk ke sini.

Ini pula semasa di Hotel Bluewave,masih sempat lagi Dina berposing dengan kartun2 di lobby hotel. Begitulah aktiviti Dina di pengakhiran 2010.
Kini 2011,dah menjelma.Dah hampir sebulan pun berlalu. Selepas ini,mama akan paparkan cerita Dina di Sentosa Island pula....Insya-Allah....
Apapun,mama dan papa tetap akan memberi yang terbaik untuk Dina...moga2,mama dan papa juga akan dapat yang terbaik dari Dina....We luv u so much DinaHany....

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina