http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Wednesday, January 13, 2010

Bersantai.....santai....

Hujung minggu lalu,Dina dan mama pergi bersantai-santai bagi melepaskan semua kepenatan yang dilalui sepanjang hari persekolahan...maklumlah di awal sekolah,semuanya terasa begitu tertekan...di sini....memang best.Selain daripada dapat merelaxkan minda,kita dapat juga mencergaskan badan dengan aktiviti senaman. Tapi Dina ni biasalah,mesti taman permainan yang menjadi arah tuju Dina...

Taman nie memang indah. Di setiap sudut ada taman2 yang mewakili setiap daerah di negeri Johor. Sebab tu Dina tak lepas peluang beraksi....


Yang nie pulak,memang anak dara yang pantang jumpa camera. Semuanya nak tunjuk bakat jadi model....

Papa dah berjanji,bila papa pulang nanti,dia akan bawa Dina dan mama pergi ke tempat2 indah seperti ini...bukan sahaja di dalam negara kita,malah ke luar negara juga....

Sunday, January 10, 2010

Minggu Pertama Di Sekolah...

Seminggu dah Dina bersekolah. Pelbagai cerita yang berlaku di sebalik hari-hari yang telah berlalu itu. Kalau hari pertama Dina langsung tidak menitiskan air mata,tapi hari-hari berikutnya telah ada cerita air mata yang tumpah.....


Wah.....Dina nampak happy sangat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari Teacher Zaiha...


Gambar ni jugak nampaknya Dina begitu tekun mengikut arahan....


Saat ni,senyum masih lagi menghiasi bibir mungil anak dara mama biarpun hanya Dina seorang yang tidak mengangkat tangan...


Lihatlah mata Dina dalam gambar ni....kata Mak Bun,Dina menangis bila tak nampak Mak Bun..
Alaa,ciannya anak mama.....napelah boleh jadi macam ni eh...


Termenung panjang Dina....muka pun dah hilang manisnya......

Seminggu di sekolah,Dina dah mula belajar pelbagai perkara....Namun apa yang pasti,mama tak tahulah Dina nie sebenarnya seorang yang penakut atau pemalu....sebabnya.....

1. Dina dah pandai menulis nama sendiri,tapi di sekolah,Dina tak nak lakukannya....

2. Dina dah tahu sangat nama penuh Dina,nama mama dan juga papa,tapi bila teacher suruh Dina bagitau,Dina membisu seribu bahasa....

3. Dina bila di rumah,kepetahan berbicara memang tidak mama nafikan,tapi bila di sekolah,Dina langsung tak mahu buka mulut.....

So......mama nak kategorikan Dina dalam pemalu @ penakut.....mama pun x pasti......


Ini pulak adalah hasil kerja Dina yang pertama di sekolah. Masa nie,teacher tengah mengajar warna.....


Inilah dia kes terbesar yang membuatkan Dina menangis di sekolah...Teacher bagi Dina gunting untuk menggunting keratan kipas ni.....tapi sayangnya Dina memang tak pandai menggunting...
Rasanya ni memang salah mama sebab mama tidak pernah mengizinkan Dina bermain dengan gunting....akhirnya teacher yang ajar Dina gunting....


Segitiga ni juga sepatutnya Dina yang gunting....tapi oleh kerana Dina tak pandai gunting,Wana yang duduk sebelah Dina yang tolong guntingkan...Dina cuma warnakan saja...

Dua hari bercuti.....mama bagi Dina gunting...ajar Dina menggunting....akhirnya,boleh juga Dina lakukan biarpun tak begitu kemas....

Wednesday, January 6, 2010

Detik Pertama Ke Sekolah....



4 hb January 2010.....genaplah usia Dina 3 tahun setengah. Hari ini juga merupakan hari pertama Dina ke sekolah dan bergelar pelajar. Seawal jam 6.30 pagi,mama dah kejutkan Dina untuk ke sekolah. Alhamdulilllah,sedari kecik Dina memang langsung tidak bermasalah untuk bangun awal pagi...Tapi oleh kerana tugas mama yang terpaksa sampai awal ke sekolah mama,so Mak Bun yang uruskan Dina untuk ke sekolah. Sedih jugak hati mama sebab tak dapat nak rasa pengalaman pertama uruskan Dina saat Dina mula melangkah ke alam persekolahan. Tapi tak mengapalah....


Ala...ciannya anak mama kesejukan di awal pagi...tapi yg penting Dina cukup bersemangat nak ke sekolah.



Tq yea Mak Bun sebab banyak bantu mama Dina uruskan Dina...


Inilah gambar2 semasa hari pertama Dina di sekolah Tabika Kemas Wawasan...


Bersarapan pagi di sekolah....kalau kat rumah,susahnya nak bagi sarapan,kat sekolah,bagusnya anak mama nie.




Alhamdulillah,hari pertama berlalu dengan cukup baik,tanpa tangisan,tanpa air mata....


Dah pandai pun pakai stokin dan kasut sendiri...


Comelnya anak mama dah nak melangkah pulang dari sekolah.


Ubat bagi segala rasa mengantuk bahana bangun awal pagi...tidurlah sayang....

Monday, December 14, 2009

Majlis Kahwin....

Dalam cuti sekolah nie,memang ramai yang melangsungkan perkahwinan. Jemputan kahwin terlalu banyak yang perlu di layani....
Setiap minggu,mama dan Dina memang pasti akan berada di majlis kahwin.
Sebenarnya salah satu perkara yang paling Dina gemari adalah pergi ke majlis kahwin. Sejak kecil lagi,Dina memang suka sangat tengok pengantin.Bukan setakat tu saja,bila dah berada di majlis kahwin,Dina mesti nak tengok dan bersalam dengan pengantin. Itu adalah satu kemestian.
Kalau mama tak bawa Dina berjumpa dengan pengantin,Dina akan merajuk dan merengek. Selepas dapat jumpa pengantin,baru Dina rasa puas hati...

Ini adalah gambar kahwin Cik Ida.
Tahniah yea Cik Ida atas perkahwinan ini.
Selepas ni,bila Cik Ida dah ada anak,moga Cik Ida tetap tidak akan melupakan Dina.

Ini plak masa majlis persandingan Cik Noni @ Aisyah di Gelang Patah.
Cik Noni dengan mama adalah sepupu.
Moga perkahwinan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat.


Ini plak masa kerja kahwin Cik Ina di Batu Pahat.
Cik Ina nie,merupakan adik kepada Cik Man.
Kita doakan juga moga perkahwinan ini akan berkekalan di sepanjang zaman kehidupan mereka.
Insya-Allah...

Sunday, December 13, 2009

Belajar vs Tido.....

Sejak dari kecil lagi,buku adalah merupakan teman setia Dina.Tidak kiralah sama ada sebelum atau selepas waktu tidur.Setiap hari,mama akan pastikan Dina akan belajar.Kerana itulah, menjengah ke usia Dina tiga tahun setengah sekarang,Dina sudahpun boleh membaca perkataan yang mempunyai dua suku kata sekaligus membunyikan perkataan tersebut....
Walau bagaimana pun,subjek yang paling Dina gemari adalah matematik. Memang pantang Dina tengok buku kerja matematik. Dina akan buat sampai habis satu buku. Yang menjadi mangsa untuk mengajar Dina,mamalah....biarpun kadang-kadang waktu itu,mama begitu letih dan penat,tapi mama tidak pernah menolak untuk mengajar Dina....
Bagi mama,untuk menjadi seorang yang bijak dan terpelajar,kita kena belajar....kerana itulah mama tidak pernah jemu untuk mengajar Dina.

Lihatlah keadaan Dina bila dah jumpa dengan buku nie....


Haaa,ni plak gambar Dina yang mungkin dah penat betul belajar sampaikan tertidur. Bila mama tengok,kesian jugak mama rasa sebab Dina kecik lagi mama dah asuh Dina belajar dengan tekun.Tapi mama lakukan semua nie,untuk masa depan Dina jugak....



Mama nak Dina jadi insan terpelajar di dunia dan juga di akhirat.....
Mama nak Dina cemerlang dalam kehidupan Dina sepanjang hayat....
Itulah impian mama dan juga papa....

Thursday, December 10, 2009

Kisah di Tg Resang,Mersing....

Sepertimana yang mama janjikan,mama paparkan lagi foto-foto Dina sewaktu kita ke Tg Resang tempohari. Sebenarnya mama tidak bercadang untuk pergi bercuti di sini. Tapi apabila Cik Ida ajak mama joint sekali dalam programnya,mama terfikir,apa salahnya,sebab Dina memang suka sangat dengan laut. Program nie juga bersempena minggu terakhir sebelum tarikh perkahwinan Cik Ida menjelang minggu depan....



Ini adalah foto-foto sewaktu Dina baru sampai di chalet dan juga sewaktu di air terjun yang belum pun dibuka untuk orang awam. Masa mula-mula sampai mama cuak juga memandangkan mama tidak pernah membawa Dina ke kawasan hutan seperti ini. Walau bagaimanapun, akhirnya kita berdua dapat juga joint diorang kat air terjun tu....


Foto ni pulak,masa malam barbeque. Memang sedap sungguh ayam tu,tapi Dina pulak,memang tak boleh tahan pedas...nasi goreng tupun pedas jugak...tapi Dina makan juga sikit. Selesai jer makan,Dina dah ajak mama masuk bilik untuk tidur,sedangkan Cik Ida dengan kawan-kawannya yang lain nak berkaraoke...tak mengapalah...mama ikut juga kehendak Dina sebab Dina memang jarang tidur lewat...



Dina bangun pukul 7 pagi tu....memang sejuk sungguh cuaca sejak semalam kita sampai,memandangkan hujan juga turut menyimbahi bumi...Tapi,Dina ajak juga mama pergi ke laut untuk bermain air. So,lihatlah aksi-aksi Dina nie....kalau waktu tu ombak tidak begitu kuat,pasti Dina dah mandi laut,tapi mama puas hati juga sebab dapat rakamkan gambar-gambar Dina sewaktu main di tepi pantai tu...

Alaa....comelnya anak dara mama dalam pelbagai pose yang begitu menarik hati mama...



Ni plak,aksi-aksi Cik Ida dan juga Cik Ma bersama Dina. TQ pada Cik Ida dan Cik Ma yang rajin sungguh melayan semua karenah Dina sepanjang berada di Tg Resang,Mersing tu....
Percutian ini,sungguh menyeronokkan,next time kita joint Cik Ida lagi k.

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina