http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Sunday, April 4, 2010

Majlis Maulidur Rasul Kg Melayu Baru....

Alhamdulillah....bersyukur kepada Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurnianya, sambutan Majlis Maulidur Rasul di Kg Melayu Baru telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan.
Tahun ini,adalah tahun pertama Dina turut serta meraikan majlis tersebut,memandangkan Dina adalah penuntut di Tabika Kemas Wawasan. Tabika Wawasan telah diminta untuk membuat persembahan nasyid bagi memeriahkan lagi majlis itu.
Sejujurnya,mama tidak yakin Dina mahu untuk naik ke atas pentas dan menyanyikan lagu nasyid yang saban hari Dina dendangkan di rumah...dalam hati mama,dalam fikiran mama, memang mama terlalu yakin bahawa Dina tidak akan mahu naik ke atas pentas bila masanya telah tiba....rupanya jangkaan mama itu meleset sama sekali....
Dina dengan penuh keyakinan telah turut naik ke atas pentas untuk menyanyi.....


Ini adalah sesi latihan di sekolah pada pagi itu sebelum semua pelajar Tabika Wawasan ke tempat bermulanya majlis sambutan Maulidur Rasul di hadapan Surau Nur Taufik...


Inilah wajah Dina yang menjadikan mama yakin bahawa Dina tidak punya keberanian untuk naik ke atas pentas...wajah yang hampir2 menitiskan air mata.....

Masa perarakan nie,mama lihat Dina lebih ceria dan gembira dengan suasana yang dilalui.... maklumlah,sebelum nie,mama memang tidak pernah bawa Dina ke majlis seperti ini memandangkan Dina masih kecil...

Tapi itulah Dina...yang kadang-kadang mama selalu anggap tidak mampu untuk melakukan sesuatu,tetapi perkara sebaliknya berlaku...Dina dengan penuh bersemangat naik ke atas pentas bersama-sama kawan-kawan yang lain menyanyikan lagu nasyid Sepohon Kayu....
Persembahan itu memang cukup membuatkan semua orang terpaku tatkala mendengar suara lunak merdu anak-anak kecil yang berani.....


Kalau dilihat pada barisan kanak-kanak yang menyanyi,Dina adalah merupakan yang paling kecil sekali...lagipun Dina memang pun adik bongsu di situ memandangkan usia Dina belum pun mencapai ke usia 4 tahun lagi...tapi mama percaya,semangat Dina melepasi usia Dina untuk turut memeriahkan sambutan tersebut....

Dan ini adalah pengalaman pertama Dina,makan di dalam dulang bersama-sama kawan-kawan yang lain. Di sini juga,mama dapat lihat,betapa Dina boleh berdikari sendiri...

Inilah dia Teacher Zaiha ....teacher Dina,yang banyak bantu mama memberikan Dina pendidikan dan pembelajaran di sekolah. Tq teacher,di atas segalanya...walaupun,teacher Dina nie pemalu sangat untuk mama paparkan gambarnya,tapi,dapat juga mama ambil gambarnya bagi memenuhi post kali ini....

Begitulah...detik-detik pertama anak mama mula mempamerkan keberanian...mama percaya,selepas ini,Dina akan lebih berani,lebih berdikari dan berkeyakinan untuk menghadapi apapun dalam kehidupan...
Sememangnya,mama selalu bangga denganmu sayang......

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina