http://mydinahany.blogspot.com

DUNIAKU ADALAH KAMU....

My photo
Dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Merupakan puteri kesayangan yang lahir atas dasar CINTA Suhana dan Sham setelah menganyam CINTA sebegitu lama...Lahirnya membawa pelbagai cerita suka dan duka,terakam menjadi memori yang paling indah untuk dikongsikan bersama...

Tuesday, March 30, 2010

SERONOK BERMAIN AIR....

Lama rasanya mama baru ada kesempatan untuk updates blog untuk Dina ni. Sepanjang waktu selepas naik cuti penggal persekolahan aritu,terlalu banyak kerja yang perlu mama uruskan dan selesaikan hingga untuk memperbaharui post Dina pun mama tidak punya waktu....papa Dina pun dah mula bising kat mama sebab mama juga tidak berkesempatan untuk menitip bicara buat papa yang berada nun jauh di sana...maaf yea....insan-insan yang mama cinta,ada ketikanya kita terpaksa melupakan diri sendiri sebentar untuk menguruskan sesuatu yang lain...
Namun percayalah...walau bagaimanapun sibuknya mama dengan urusan kerja,ingatan mama pada Dina dan papa tidak pernah terhenti walau sedetikpun...

Oklah...kali ni,mama nak paparkan cerita Dina yang memang suka sangat bermain dengan air. Sejak dulu lagi,Dina memang suka sangat berenang...bermain air laut dan macam2 aktiviti yang ada kaitan dengan air. Tempoh hari,kita ke rumah Mak Ngah,Mak Ngah baru jer beli kolam plastik...tu yang Dina kata...so apalagi...Dina memang tidak melepaskan peluang untuk berada di dalam kolam tersebut bersama-sama Kak Zety,Kak Fenny,abang Irfan dan Dafi...












Sekarang ni,setiap minggu Dina nak ajak mama pergi rumah Mak Ngah agar Dina dapat mandi dalam kolam tu..kesian anak mama nie,bukan mama tak mahu belikan Dina kolam tu,nantilah mama belikan ok...mama nak bawa Dina pergi swimming pun mama tak punya waktu...emmmrm tunggu papa baliklah.....

No comments:

DinaHany...1 Tahun

DinaHany...1 Tahun
Inilah wajah DinaHany ketika berusia setahun.

Birthday Card From Abg Afiq

Birthday Card From Abg Afiq
DinaHany 1 Tahun...Masa Ni Gigi Dina Sama Mcm Spongebob..sebab tu abang Afiq buatkan card ni untuk Dina.

Bahagian Dalam Card...

Bahagian Dalam Card...

DinaHany..2 Tahun

DinaHany..2 Tahun
Wajah DinaHany Dah Berubah Bila Berusia 2 Tahun

Bufday Card Abang Afiq

Bufday Card Abang Afiq
DinaHany 2 Tahun....abang Afiq pilih huruf D untuk nama Dina..

Abang Afiq Yang Kreatif...

Abang Afiq Yang Kreatif...

DinaHany...3 Tahun

DinaHany...3 Tahun
Semakin manis bila usia dah bertambah ke 3 tahun.

Mama N Dina

Mama N Dina