
..
Sewaktu mama bekerja,mama memberikan Dina susu Isomil.Itupun setelah mama mendapatkan nasihat daripada beberapa orang doktor.Bagi mama biarlah Dina mendapat yang terbaik dalam hidup.Malah mama sanggup korbankan apa saja demi membesarkan Permata Hati mama ni...Sebenarnya Dina bukan saja menyusu Isomil,tetapi masih juga menyusu badan....Setelah usia Dina memasuki ke 7 bulan,mama mula mengubah cara pemakanan Dina. Mama memberikan bubur nasi yang dikisar dengan lauk ikan berselang selikan daging atau ayam...dan hasilnya mama dapat merasakan bahawa dengan memberikan pemakanan yang betul dan sesuai,pasti anak itu akan membesar bukan saja sihat,malahan juga perkembangan otaknya juga boleh terarah kepada kepintaran yang kadang-kadang kita sendiri tidak mempercayainya.
Dina mula aktif dan kadangkala lasak ketika berusia 9 bulan. Daripada mula merangkak,mula berdiri dengan memegang sokongan sehinggalah mula bertatih.....keletah Dina yang menjadi penghibur di saat-saat kesedihan menyelimuti hidup mama.Setiap senyum yang terukir di bibir Dina,menjadi penyejuk hati mama...setiap derai tawa Dina menjadi penyembuh kelukaan yang kadangkala bertapak di hati mama...setiap tangis Dina menjadi kekuatan di jiwa mama untuk senantiasa memberikan yang terindah dalam kehidupan Dina...

mama dan papa tidak akan pernah kering dan surut untuk Dina.
Inilah dia kek harijadi Dina....Mama tempah dari uncle Zaki...fully coklat...

Ini pula hadiah-hadiah yang Dina dapat....

Ini pula beberapa aksi Dina ketika majlis ulang tahun Dina...
Dan inilah tetamu istimewa yang turut sama meraikan hari lahir Dina...Mama Ema yang bersama-sama mama merasakan kesakitan melahirkan zuriat yang dinantikan...Masa tu mama dan mama Ema duduk katil berdekatan kat hospital tu...Mama Ema lahirkan Hibry yang handsome pada tarikh hari jadi mama...
Harapan mama.....
DinaHany....jadilah anak yang terbaik dalam segalanya...
1 comment:
Kak..bila nak buat entry lain ni...dh lama tggu nih..
Post a Comment