Masa terus beredar pergi tanpa menoleh ke belakang...Tup...tup....dah nak masuk 5 bulan Dina bersekolah. Waktu mama mula nak sekolahkan Dina dulu,mama macam tak percaya Dina akan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran lebih cepat dari budak yang berusia 6 tahun.
Waktu tu jugak,mama tak yakin bahawa Dina akan begitu cepat dapat mempelajari abjad dan nombor memandangkan Dina baru jer mencapai usia 3 tahun setengah...
Target mama,masuk usia Dina 4 tahun,Dina baru boleh membaca dan mengira......
Namun alhamdulillah,belum pun menjangkau ke usia 4 tahun tu,Dina dahpun boleh membaca sukukata kv + kv. Sekarang nipun Dina tengah belajar membaca sukukata kvk.
Kalau dulu masa awal membaca,mama asyik dengar Dina mengeja sukukata2,tapi sekarang nie,Dina dah boleh membaca tanpa mengeja.Wah...anak mama memang excellent....
Mama percaya,teacher Zaiha juga banyak membantu Dina untuk lebih expert berbanding dengan kawan-kawan Dina yang lain. Setiap pagi teacher akan suruh Dina membaca di depan. Dan dari situ pastinya Dina pelajari banyak perkara....walaupun pada awalnya Dina tidak punya keberanian,tapi kini segalanya dah berubah.Bila teacher tak suruh Dina baca,Dina pula yang akan mengadu kat mama....
Syukur yang tidak terhingga bagi seorang ibu seperti mama bila dapat anak seperti Dina.
Sejuk perut mama mengandungkan Dina selama 8 bulan tau...
Tempohari,mama ada juga bertanya pada teacher Zaiha,bagaimana perkembangan pelajaran Dina di sekolah. Kata teacher,Dina ok dalam BM dan BI,cuma akan menangis bila tak tahu nak buat sesuatu,terutamanya huruf2 jawi.
Emmm tu memang salah mama sebab selama nie,mama tidak mengenalkan Dina pada huruf2 jawi,sebab tu bila Dina tak dapat buat,Dina akan menangis...
Sekarang nie,semua masalah tu telah dapat Dina atasi. Baca Iqra' 1 pn Dina dah nak habis.
Alhamdulillah....
Kat sekolah,Mak Bun bagitau Dina selalu kena puji dengan teacher. Manakan tidak,masih ada pelajar yang telah bersekolah dari tahun lepas,yang berusia lebih dari usia Dina,tapi masih belum kenal abjad dan nombor,yang belum boleh membaca juga ramai...sedangkan Dina dah dapat pun melepasi pelajaran tu semua.
Mama harap,Dina akan jadikan semua pujian tu sebagai perangsang untuk Dina lebih meningkatkan lagi pelajaran Dina. Biarlah apapun terjadi,Dina perlu jadi orang terpelajar...mama akan berkorban apa pun jua asalkan Dina akan dapat capai yang terbaik dalam pelajaran Dina.
Mama pasti....papa juga akan berbangga dengan Dina...akan selalu berbangga dengan pencapaian Dina...akan selalu mendoakan Dina dari kejauhan....

No comments:
Post a Comment