Alhamdulillah....bersyukur kepada Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurnianya, sambutan Majlis Maulidur Rasul di Kg Melayu Baru telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan.
Tahun ini,adalah tahun pertama Dina turut serta meraikan majlis tersebut,memandangkan Dina adalah penuntut di Tabika Kemas Wawasan. Tabika Wawasan telah diminta untuk membuat persembahan nasyid bagi memeriahkan lagi majlis itu.
Sejujurnya,mama tidak yakin Dina mahu untuk naik ke atas pentas dan menyanyikan lagu nasyid yang saban hari Dina dendangkan di rumah...dalam hati mama,dalam fikiran mama, memang mama terlalu yakin bahawa Dina tidak akan mahu naik ke atas pentas bila masanya telah tiba....rupanya jangkaan mama itu meleset sama sekali....
Dina dengan penuh keyakinan telah turut naik ke atas pentas untuk menyanyi.....

Ini adalah sesi latihan di sekolah pada pagi itu sebelum semua pelajar Tabika Wawasan ke tempat bermulanya majlis sambutan Maulidur Rasul di hadapan Surau Nur Taufik...
Inilah wajah Dina yang menjadikan mama yakin bahawa Dina tidak punya keberanian untuk naik ke atas pentas...wajah yang hampir2 menitiskan air mata.....
Masa perarakan nie,mama lihat Dina lebih ceria dan gembira dengan suasana yang dilalui.... maklumlah,sebelum nie,mama memang tidak pernah bawa Dina ke majlis seperti ini memandangkan Dina masih kecil...
Tapi itulah Dina...yang kadang-kadang mama selalu anggap tidak mampu untuk melakukan sesuatu,tetapi perkara sebaliknya berlaku...Dina dengan penuh bersemangat naik ke atas pentas bersama-sama kawan-kawan yang lain menyanyikan lagu nasyid Sepohon Kayu....
Persembahan itu memang cukup membuatkan semua orang terpaku tatkala mendengar suara lunak merdu anak-anak kecil yang berani.....
Kalau dilihat pada barisan kanak-kanak yang menyanyi,Dina adalah merupakan yang paling kecil sekali...lagipun Dina memang pun adik bongsu di situ memandangkan usia Dina belum pun mencapai ke usia 4 tahun lagi...tapi mama percaya,semangat Dina melepasi usia Dina untuk turut memeriahkan sambutan tersebut....
Dan ini adalah pengalaman pertama Dina,makan di dalam dulang bersama-sama kawan-kawan yang lain. Di sini juga,mama dapat lihat,betapa Dina boleh berdikari sendiri...
No comments:
Post a Comment