Minggu lepas,Karnival Jom Heboh anjuran TV3 dah sampai ke Johor. Sebenarnya mama langsung tidak bercadang untuk turun ke Danga Bay bagi mengikuti acara tersebut. Dina pun tahu,mama sebenarnya tak suka berada di tempat sesak dan berasak-asak nie. Tapi , bila Dina ajak mama pergi , mama rasa tak sampai hati pulak nak menghampakan Dina.
Seingat mama , kali terakhir mama pergi ke Jom Heboh nie sewaktu mama mengandungkan Dina. Sekarang nie Dina dah 4 tahun,bererti dah 4 tahun saat itu berlalu.
Memang sesak sangat hari tu. Ramai orang yang datang ke karnival tersebut. Tapi Dina memang baik sebab Dina tidak minta mama dukung pun dalam keadaan sebegitu. Mama pulak yang rasa kesian dengan Dina dalam menghadapi keadaan yang sesak dan panas. Tapi mama percaya,Dina happy sangat dapat merasakan suasana seperti itu.
Paling bagusnya , bila pergi kemana-manapun , Dina jarang minta mama belikan itu ini. Mama yang selalu akan bertanya Dina nak apa. Dan jawapan Dina " Dina tak nak apa-apa pun ".
Tapi mama belikan jugak Dina barangan Scoot Emulsion dan juga Jacker......
Selain tu,Dina dapat jugak kasut baru dari mama. Emmm , mama sayang sangat dengan Dina , sebab tu , walaupun Dina tak mahu apapun , mama tetap akan belikan untuk Dina. Sebab mama memang hidup untuk Dina....
Tapi tahun depan,kalau boleh,Dina janganlah ajak mama ke Jom Heboh eh,kalau Dina nak pergi jugak,Dina pergi dengan papa ok.....