Pertama kali mama lihat gambar2 Dina nie,mama macam nak menjerit. Sebabnya,mama suka sangat tengok setiap aksi Dina dalam gambar2 nie. Rasa macam tak percaya anak mama yang sangat pemalu orangnya kini dah boleh beraksi di depan kamera seperti ini. Terima kasih pada kak Puteri yang sanggup bersusah payah mengasah bakat Dina dalam bidang yang tidak pernah terfikir oleh mama akan Dina ceburi....tapi nie,untuk main2 jerkan...kalau sungguh Dina nak jadi Model...mama akan suruh Dina berfikir beribu-ribu kali tau...
Tengoklah aksi Dina bersolek dengan gincu dan juga bedak. Macam real jer...Hehehe...
Patutlah Dina sekarang asik nak melawa jer,rupa2nya Dina dah ada hobi baru iaitu bersolek eh...
Mama pun perasan sebenarnya,sekarang nie Dina memang teramat cerewet dalam pemilihan baju selepas mandi. Dina mesti nak pilih baju sendiri. Aritu masa mama pilihkan Dina baju baru,Dina juga tak nak pilihan mama. Tapi Dina yang nak pilih sendiri. Dina selalu bagi komen,,baju yang mama pilih tak cantik....urm...sedih tau mama,Dina memang ikut perangai papa betul. Cerewet sangat dalam penampilan...
Bukan tu saja,bila mama nak ikat rambut Dina pun,Dina akan suruh mama ikat mengikut citarasa Dina sama ada nak ikat 1 @ 2,nak tocang @ tidak ( perkataan tocang nie Dina kata lubang2 )hahaha...macam2lah anak mama nie...
Tengok tu,sejak bila pula Dina dah pandai pakai maskara sendiri ? Nie semua mesti kerja kak Puteri...Yang rajin melayan Dina dan minta Dina jadi modelnya...Tapi mama suka sangat dengan hasil photoshot dari kak Puteri nie,sebab tu mama ingin abadikan sebagai kenangan untuk Dina dalam blog ini.
Memang manis sungguh anak mama nie. Apatah lagi bila dah bersolek cam gini. Tapi ingat....mama tidak akan pernah menggalakkan Dina untuk memilih menjadi model. Bukan mama tidak suka dengan dunia glamour seperti ini,tapi biarlah Dina cuma jadi orang biasa yang CEMERLANG dalam kehidupan yang sederhana. Mama percaya,bila Dina dah dewasa nanti,Dina akan tahu untuk memilih jalan hidup yang betul. Jalan hidup yang akan meletakkan Dina sebagai seorang insan yang disanjungi,yang berjiwa murni dan boleh mendidik orang lain untuk menjadi seperti Dina yang berjaya dunia dan akhirat....
Haaaa,inilah dia kak Puteri Hani Harisya. Sepupu Dina yang rajin melayan Dina sejak Dina kecil lagi....Terima kasih yea kak Puteri,sebab telah banyak mengajar Dina,memberi Dina pengalaman yang amat berharga dalam kehidupan Dina. Mama doakan agar kak Puteri juga akan berjaya dalam apa pun yang kak Puteri lakukan...Insya-Allah......
No comments:
Post a Comment