27hb Mei 2010,Tabika Kemas Wawasan di beri cuti disebabkan ada pelajar dari tabika tersebut yang mewakili zon untuk ke peringkat negeri di Segamat dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris dan Hafazan....so,mama telah ambil peluang untuk membawa Dina ke pra sekolah mama....di SK Gelang Patah.
Bangun pagi tu,Dina memang nampak happy sangat sebab diberi peluang mengikut mama ke sekolah. Dina tak sabar-sabar nak jumpa Fenny sebab Fenny berada di kelas mama...Pada awalnya,mama nampak Dina masih lagi takut2 untuk bercampur dengan kawan2 di pra sekolah Iman...lihatlah wajah Dina tu......
Bangun pagi tu,Dina memang nampak happy sangat sebab diberi peluang mengikut mama ke sekolah. Dina tak sabar-sabar nak jumpa Fenny sebab Fenny berada di kelas mama...Pada awalnya,mama nampak Dina masih lagi takut2 untuk bercampur dengan kawan2 di pra sekolah Iman...lihatlah wajah Dina tu......
Aktiviti pertama yang Cikgu Wani buat pagi tu adalah menyanyi....mama cuma perhatikan Dina saja dari jauh sebab mama nak tengok sama ada Dina boleh berdikari atau tidak...hahaha...kesiannya anak mama sebab lagu2 yang dinyanyikan oleh kawan2 yang lain Dina tak tahu...Dina tak boleh nak ikuti aktiviti2 tersebut...akhirnya,tumpahlah air mata Dina seperti selalu.....mama dah faham benar satu perangai Dina nie....kalau Dina tak dapat buat sesuatu,memang Dina akan menangis.....
Aktiviti kedua yang Cikgu Wani buat adalah mengira tangga....bila mana tadi Dina dah memulakan hari dengan air mata...so dalam aktiviti ni pun mama lihat Dina tetap menangis... Dina sebenarnya takut kalau Dina tak boleh buat,Cikgu Wani akan marah Dina....masa kat tabika pun macam tulah perangai Dina...kalau Dina tak yakin boleh buat,mesti Dina menangis...
Tapi bila masuk aktiviti ke 3...Dina dah mula ada keyakinan...Cikgu Wani buat aktiviti untuk mencari perkataan Bahasa Inggeris dari peralatan yang berada di dalam kelas...Dina dapat mencari dan menulis perkataan 'CHAIR'.....
No comments:
Post a Comment