Minggu ini,merupakan minggu pertama persekolahan setelah dua minggu Dina bercuti.
Cuti kali ni kita tidak melalui hari2 yang boleh dijadikan sebuah cerita,memandangkan detik2 percutian tersebut mama pergi kursus dan selebihnya kita berdua pulang ke Singapura. Begitupun kita berdua tidak berpeluang ke mana-mana tempat yang indah disebabkan kemalasan melanda diri mama...alaaa sebenarnya mama tak rasa begitu enjoy kalau setakat kita berdua saja yang pergi tanpa papa bersama. Tapi bukankah papa dah berjanji untuk bercuti bersama kita nanti....kita tunggu saat itu ok....
Post kali ni mama siarkan kisah Dina di minggu pertama persekolahan.

Bersemangat sungguh nampaknya Dina di hari pertama sekolah. Dah pun pandai pakai kasut sendiri....bangun pagi pun senang sangat di kejut...
Ni plak semasa sarapan pagi. Nampak happy setelah beberapa hari yang lepas kata Mak Bun Dina menangis...sebabnya Dina tak boleh habiskan dua keping biskut....erm...kalau pasal makan,memang Dina makan lambat...sebab tu bila tengok orang lain dah abis makan,Dina mulalah rasa takut dimarahi teacher...
Tapi di pagi ni,Dina begitu ceria....mungkin sebab Dina tahu Mak Bun akan ambil gambar Dina untuk diserahkan kepada mama....mama tahu Dina pun takut kalau mama akan marah pada Dina setelah beberapa hari ni,Mak Bun bagitau mama Dina menangis...
Haaa,inilah aktiviti yang membuatkan Dina menangis beberapa hari ni. Teacher Zaiha ajar menambah nombor dengan menggunakan pembilang straw. Sebelum ni,mama memang tak pernah ajar Dina menambah menggunakan pembilang,sebab mama terus ajar Dina menambah gunakan bulat2 kecil di bawah nombor. Susah juga rupanya Dina nak serasikan diri Dina dengan aktiviti2 baru.
Bila mana mama tahu kelemahan Dina di sini,seawal pagi pukul 6 pagi semalam,mama ajar Dina menggunakan pembilang straw ni....Alhamdulillah,anak mama memang mudah menerima pelajaran...
Akhirnya Dina dah berjaya sekali lagi mengatasi kelemahan Dina dengan cepat dan cekap...
Hahaha....lihatlah wajah Dina nie....buruknya muka anak mama bila menangis. Inilah gara2 Teacher Zaiha mengusik Dina. Hari tu,gambar2 pelajar tabika berbaju jubah dah siap untuk diberi pada semua pelajar. Tapi bila turn Dina nak amik gambar Dina tu,teacher kata Dina tak boleh ambil sebab teacher nak letak gambar2 Dina kat dinding rumah teacher....apalagi,Dina titiskanlah air mata sebab tak mahu teacher Dina lakukan begitu...
Inilah hasil gambar tersebut...kesian anak mama,badan kecil...tapi kena pakai baju besar...tapi apa yang penting,mama cukup bangga sebab anak mama bakal berjaya melepasi tahap pertama sesi persekolahan.