Alhamdulillah....akhirnya persahabatan mama dan juga untie Saonah terus berkekalan sehingga ke saat ini...Dina perlu tahu bagaimana persahabatan ini boleh terjalin.
Mama dan juga untie Saonah kenal semasa kami berdua terlantar di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Waktu itu,mama dah agak lama juga ditahan di hospital. Semuanya disebabkan masalah semasa mengandungkan Dina. Untie Saonah juga bermasalah semasa mengandungkan Syaza. Akhirnya kami berdua ditemukan di wad dua tersebut. Dan di situlah bermulanya segala kenangan kami berdua. Teringat mama kisah untie Saonah yang mengidam kuih dangai...bila dah dapat memang selera sekali untie Saonah makan. Mama pun apa lagi,menumpang sama merasakan kuih dangai tu...Tapi untie Saonah tidak lama di hospital,Syaza selamat dilahirkan pada 22hb Jun 2006. Selepas itu,kami pun terpisah. Hanya sms yang menyatukan dan mengembalikan semua kenangan tersebut...dan kini,sehingga ke saat ini....kami masih bersama meneruskan persahabatan.
Mama harap,Dina dan Syaza juga akan meneruskan persahabatan ini sampai ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment