Gambar bertudung pink ni mama ambil semasa Dina mengikut mama ke majlis berbuka puasa di tempat kerja mama.
Wednesday, October 21, 2009
Ustazah Dina Hany
Kali ni mama nak paparkan gambar-gambar Dina bertudung ala-ala Ustazah...
Gambar bertudung pink ni mama ambil semasa Dina mengikut mama ke majlis berbuka puasa di tempat kerja mama.
Gambar bertudung pink ni mama ambil semasa Dina mengikut mama ke majlis berbuka puasa di tempat kerja mama.
Mama hanya ada doa dan harapan moga sehingga ke akhir hayat nanti Dina akan jadi seorang insan yang cukup sempurna dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat kelak.
Tuesday, October 6, 2009
Dina & Syaza
Alhamdulillah....akhirnya persahabatan mama dan juga untie Saonah terus berkekalan sehingga ke saat ini...Dina perlu tahu bagaimana persahabatan ini boleh terjalin.
Mama dan juga untie Saonah kenal semasa kami berdua terlantar di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Waktu itu,mama dah agak lama juga ditahan di hospital. Semuanya disebabkan masalah semasa mengandungkan Dina. Untie Saonah juga bermasalah semasa mengandungkan Syaza. Akhirnya kami berdua ditemukan di wad dua tersebut. Dan di situlah bermulanya segala kenangan kami berdua. Teringat mama kisah untie Saonah yang mengidam kuih dangai...bila dah dapat memang selera sekali untie Saonah makan. Mama pun apa lagi,menumpang sama merasakan kuih dangai tu...Tapi untie Saonah tidak lama di hospital,Syaza selamat dilahirkan pada 22hb Jun 2006. Selepas itu,kami pun terpisah. Hanya sms yang menyatukan dan mengembalikan semua kenangan tersebut...dan kini,sehingga ke saat ini....kami masih bersama meneruskan persahabatan.
Mama harap,Dina dan Syaza juga akan meneruskan persahabatan ini sampai ke akhir hayat.
Monday, October 5, 2009
Dina dan Emir
Inilah gambar-gambar Dina bersama Emir yang sempat diabadikan ketika hari raya di rumah untie Fiza. Emir ni adalah anak untie Fiza dan uncle Zam. Mama dan untie Fiza gelarkan Dina ni tunang Emir. Manakan tidak, Emir selalu jer cari Dina kalau pergi rumah mama. Masa beraya kat umah untie Fiza aritu,Emir asyik nak peluk Dina...emmm,masa kecik nie,memanglah Dina dan Emir tak kisahkan...tapi bila dah besar nanti,bagaimana perasaan Dina dan juga Emir bila menatap gambar dan coretan kenangan ni...Apapun,inilah kenangan yang terakam untuk disingkap suatu waktu nanti.
Thursday, October 1, 2009
Dina Dan Sepupunya.....
Dina ada ramai sepupu. Hampir 40 orang sepupu... Maklum ajelah keluarga besar. Sepupu sebelah papa juga ramai,tapi sayangnya kita semua tidak dapat berkumpul bersama..Gambar ni sebahagian saja dari sepupu Dina yang sempat beraksi bersama Dina di hari raya tempohari.Nanti bila ada masa,kita berkumpul bersama,akan mama abadikan gambar Dina bersama sepupu Dina yang lain plak.
Inilah gambar Dina dengan Abang Atoi atau nama sebenarnya Suhasrul. Abang Atoi merupakan sepupu Dina yang paling tua sekali.
Ini plak dengan Abang Afiq,Kak Lola,Abang Danial,Ifan N Fany.
Ini Dina dengan Dafi...Setakat ni, Dafi adalah sepupu Dina yang paling kecil sekali.
Dina dengan Abang Juan. Masa ni Dina baru jer abis beraya. Dina kata penat,so abang Juan dukung Dina macam nie....
Dina dengan Riz,Fani N Mutih....
Dina , Eja , Ezrin
Subscribe to:
Posts (Atom)
Loves... Loves...Loves...
DinaHany...1 Tahun
Birthday Card From Abg Afiq
Bahagian Dalam Card...
DinaHany..2 Tahun
Bufday Card Abang Afiq
Abang Afiq Yang Kreatif...
DinaHany...3 Tahun
Myspace Graphics
I found some really Cute Myspace Layouts at Doobix.com