Tahun ni sepertimana tahun lepas jugak...mama dan Dina cuma beraya berdua. Maklum jelah,papa masih belum dapat pulang untuk meraikan hari raya bersama...Mama tahu,Dina sedih jugak sebab tengok orang lain punya papa mereka,sedangkan Dina hanya ada mama sorang jer.Tapi tak mengapalah...segala persiapan hari raya untuk Dina,telahpun mama sediakan mengikut kehendak Dina...
Sebenarnya,perangai Dina memang saling tak tumpah perangai papa Dina,terutama dalam berpakaian...Papa memang cerewet bila memilih baju,sama seperti Dina jugak.Bila nak beraya,Dina akan pilih baju Dina sendiri.Sepatutnya Dina yang kena ikut pilihan mama,tapi hal sebaliknya pula yang berlaku. Tapi mama tak kisah,demi kasih sayang mama yang tidak pernah surut untuk Dina,mama ikut juga kehendak Dina. Mama hanya mahu melihat anak mama gembira dan bahagia.....Mama juga tidak mahu Dina merasakan sedikitpun kekurangan biarpun papa tidak di sisi...
Tahun nie,sepertimana tahun yang lalu,Dina dan mama beraya di dua negara. Beraya di Malaysia dan Singapura sebenarnya tidak banyak berbeza...Masih ada rendang , ketupat , serunding dan sambal kacang...Makanan kegemaran Dina waktu hari raya adalah kuih-kuih yang bercoklat...Setiap kali pergi rumah orang,memang pantang kalau Dina nampak kuih bercoklat.Kuih itulah yang akan Dina tuju dulu.Selain tu,Dina juga menggemari kuih tradisional seperti kuih bangkit,biskut kelapa dan juga dodol.....
Emmmm....memang banyak beza kegemaran antara mama dan juga Dina....
Emmmm....memang banyak beza kegemaran antara mama dan juga Dina....
No comments:
Post a Comment