Pagi-pagi lagi semua dah bersemangat untuk bangun...dengan tujuan nak mandi di Pengkalan Balak. Waktu tu tak kiralah bagaimana keadaan H1N1,kita semua memang tak nak lepaskan peluang untuk mandi di sana,sebab tempat inilah yang memang selalu kita akan tuju bila bercuti...emmm,memang seronok dapat bermandi-manda. Dina pulak,memang perkara inilah yang Dina paling suka dalam hidup...
Bersarapan dulu sebelum mandi laut. Sedapnya nasi lemak tu...
Pastu baru boleh main air....
Haaa....dah boleh berenang sekarang...
Kak Lola yang taknak lepaskan peluang berposing dgn Dina
Dina bersama kak Putri,Kak Zeti,Abg Daniel,Abg Juan n Ifan
Ni plak Dina dengan Kak Putri
Sempat beraksi kat depan medan selera ikan bakar...sori ler sebab posing atas meja...
Kat manapun Dina berada,buku memang jadi teman setia.....
Bis jer mandi tengahari tu,kita pulang semula ke rumah persinggahan untuk bersedia ke majlis pernikahan Cik Mas...Memang meriah betul majlis tu. Apatah lagi majlis persandingan yang telah dijalankan pada sebelah malamnya. Ada acara bunga api,silat dan seterusnya persandingan. Malam tu pengantin pakai baju warna keemasan...Tak sangka betul cepat pulak Cik Mas bertemu jodoh sedangkan baru beberapa bulan kenal. Namun benarlah,kalau ada jodoh,takkan kemana pun...Selamat Pengantin Baru Cik Mas..
Mama , Mak Ngah dan Mak Bun selepas upacara pernikahan selesai
Lihatlah pasangan pengantin kat belakang tu....moga bahagia ke akhir hayat dan dapat anak yang ramai sekali....
Pada pagi Ahadnya,kita semua masih lagi tak mahu melepaskan peluang untuk mandi sekali lagi sebelum balik ke Gelang Patah...Apatah lagi waktu tu Cik Intan sekeluarga ada menyewa chalet di Pengkalan Balak tersebut. So,kita semua bermandi-manda sekali lagi.....wow memang seronoknya.....
Telatah Dina dan Ezrin bila dah jumpa air.....
Dina selalu buat mama terjerit sebab suka pergi ke tengah air laut tu.....
Emmm....mandi sesorang pun Dina tak kisah.....
Alamak....Dina nak nangis sebab kena paksa amik gambar.....
Yeah....akhirnya percutian itu memang menyeronokkan.....
Lastly,Sebelum balik,kita semua singgah di Mahkota Parade....Mama dapat belikan Dina satu barang yang memang dah lama Dina minta pada mama.
Haaa...inilah dia,kasut tinggi untuk hari raya nanti....!
Inilah wajah kegembiraan yang Dina tunjukkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.