Selepas 4 hari mama berada di hospital,mama dibenarkan pulang ke rumah. Maka bermulalah kehidupan baru Dina Hany di sisi mama dan seluruh keluarga....Betapa bersyukurnya mama dapat melalui hidup yang begitu indah sebagai seorang ibu yang selalu mama impikan sebelum ini...kelahiran Dina Hany benar-benar merubah hidup mama. Tahun pertama Dina membesar mama mulai mengenal banyak perkara tentang hidup yang memerlukan kesabaran dan kekuatan yang begitu jitu...Manakan tidak,segalanya mama perlu belajar. Mama perlu bangun awal pagi sebelum Dina bangun untuk menguruskan segala keperluan Dina.Apatah lagi selepas mama mulai bekerja semula.Namun Dina benar-benar anak yang cukup baik...mama tidak pernah merasa payahpun dalam menangani setiap kerenah Dina.Hanya ketika Dina sakit saja mama merasa tertekan disebabkan Dina tidak mahu tidur di atas tilam.Apa yang Dina mahu adalah bahu mama yang menjadi alas kepala dan denyut jantung Dina mengenai jantung mama. Namun itulah kekuatan dan kasih sayang yang menyatukan kita sehingga ke akhir hayat nanti.Mama selalu percaya kekuatan CINTA itu melebihi segalanya dalam kasih sayang.Semasa Dina berusia 4 bulan,sepertimana ibu-ibu yang lain,mama cuba memberi Dina makanan pejal,tapi sayangnya Dina mengalami simptom tidak boleh menerima makanan tersebut. Mama menemui Doktor Zul di Klinik Puteri dan beliau menasihatkan agar mama tidak meneruskan untuk memberikannya makan ketika itu disebabkan usia Dina sebenarnya perlu dikira bukan dari bulan kelahiran disebabkan Dina lahir tidak cukup bulan..Syukurlah selepas daripada itu,Dina dapat melalui kehidupan seperti kanak-kanak yang lain...makan dan membesar dengan sihat dan kuat..
..Sewaktu mama bekerja,mama memberikan Dina susu Isomil.Itupun setelah mama mendapatkan nasihat daripada beberapa orang doktor.Bagi mama biarlah Dina mendapat yang terbaik dalam hidup.Malah mama sanggup korbankan apa saja demi membesarkan Permata Hati mama ni...Sebenarnya Dina bukan saja menyusu Isomil,tetapi masih juga menyusu badan....Setelah usia Dina memasuki ke 7 bulan,mama mula mengubah cara pemakanan Dina. Mama memberikan bubur nasi yang dikisar dengan lauk ikan berselang selikan daging atau ayam...dan hasilnya mama dapat merasakan bahawa dengan memberikan pemakanan yang betul dan sesuai,pasti anak itu akan membesar bukan saja sihat,malahan juga perkembangan otaknya juga boleh terarah kepada kepintaran yang kadang-kadang kita sendiri tidak mempercayainya.
Dina mula aktif dan kadangkala lasak ketika berusia 9 bulan. Daripada mula merangkak,mula berdiri dengan memegang sokongan sehinggalah mula bertatih.....keletah Dina yang menjadi penghibur di saat-saat kesedihan menyelimuti hidup mama.Setiap senyum yang terukir di bibir Dina,menjadi penyejuk hati mama...setiap derai tawa Dina menjadi penyembuh kelukaan yang kadangkala bertapak di hati mama...setiap tangis Dina menjadi kekuatan di jiwa mama untuk senantiasa memberikan yang terindah dalam kehidupan Dina...Genap usia Dina setahun,mama buatkan majlis hari jadi Dina.Inilah kenangan yang mama nak tinggalkan untuk Dina sepanjang hidup untuk Dina ingati. Biar usia Dina semakin bertambah,namun kasih sayang mahupun cinta
mama dan papa tidak akan pernah kering dan surut untuk Dina.
Inilah dia kek harijadi Dina....Mama tempah dari uncle Zaki...fully coklat...
Ini pula hadiah-hadiah yang Dina dapat....
Ini pula beberapa aksi Dina ketika majlis ulang tahun Dina...
Dan inilah tetamu istimewa yang turut sama meraikan hari lahir Dina...Mama Ema yang bersama-sama mama merasakan kesakitan melahirkan zuriat yang dinantikan...Masa tu mama dan mama Ema duduk katil berdekatan kat hospital tu...Mama Ema lahirkan Hibry yang handsome pada tarikh hari jadi mama...
Harapan mama.....
DinaHany....jadilah anak yang terbaik dalam segalanya...
1 comment:
Kak..bila nak buat entry lain ni...dh lama tggu nih..
Post a Comment