Blog ini.....ku layarkan khas untuk puteri kesayanganku...
HANA IRDINA HANY
....buat tatapannya sebagai tanda kenangan dan hadiah yang mungkin tidak ternilai untuknya...di sinilah bermulanya saat kehidupan,...detik perjalanan yang kujadikan memori sebagai kenangannya.... Kenangan yang boleh dikenang seumur hidupnya...biarlah segala tawa tangis...suka duka..yang terakam dalam lembaran kehidupannya menjadi memori yang terindah...yang mungkin satu saat nanti,Dina boleh menyambung segala episod perjalanannya ini....kerana di sinilah bermulanya satu kehidupan.......
HANA IRDINA HANY....itulah nama yang mama berikan buat puteri mama yang dilahirkan pada 17 Julai 2006 di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru...setelah lapan bulan berada di dalam kandungan.HANA membawa makna " rezeki tanpa kepayahan" dan IRDINA pula membawa makna "kehormatan kami".....Hany pula membawa maksud sayang mama dan papa tidak pernah akan berakhir buat selamanya..
Seawal mula mama disahkan mengandung,mama telah disahkan menghidap fibroid.Saat mula mama agak terkejut memandangkan selama ini mama tidak pernah mengalami masalah dalam menangani kesihatan. Tapi segalanya adalah kuasa Tuhan...mama melalui saat yang cukup indah semasa Dina berada di dalam kandungan mama . Mama tidak mengalami banyak alahan semasa mula mengandung,hanya ketika kandungan masuk ke bulan keempat,barulah mama mengalami sindrom muntah2 bila makanan bersusu memasuki perut mama....

Begitupun mama tidak pernah merasakan kesusahan atau kepayahan dalam menantikan kelahiran ini....Semakin kandungan mama membesar,doktor pula mengesahkan kedudukan uri mama senantiasa berada di bawah....Selepas itu setiap bulan mama perlu menjalani pemeriksaan di hospital...Waktu tu,papa Dina sering kali tidak dapat menemani mama disebabkan susah untuk mendapat cuti...So,terpaksalah mama berdikari sendiri untuk pergi dan pulang setiap kali selepas pemeriksaan tersebut....Emmm kalau mama naik bas,memakan masa satu jam perjalanan juga untuk sampai ke hospital.Ahhh tak mengapalah,mama tetap merasakan kebahagiaan membawa kandungan ini kemana-mana dengan keadaan perut yang semakin membesar...ditambah lagi mama senantiasa mendapat sokongan kasih sayang dan cinta dari seorang suami yang penyayang...
Inilah dia papa Dina yang tersayang..Mohammad Isham Bin Jantan yang dilahirkan pada 31 mac 1976 di Singapura...Mama telah mengenalinya sejakpapa berusia 13 tahun lagi. Waktu itu,kami hanya berkawan biasa sehinggalah 4 tahun selepas itu kami mula mengubah dari tali persahabatan kepada tali kasih yang akhirnya bersimpul CINTA....

Warna-warna hidup kadangkala tidak selalunya indah...dalam kasih kadangkala ada alpa yang menyapa.Begitupun selagi jodoh itu kuat,selagi Allah takdirkan itulah jodoh kita....akhirnya mama dan papa bersatu setelah 13 tahun menyulam CINTA...kami dinikahkan di Singapura pada 31 Mei 2005.
No comments:
Post a Comment