Setelah memasuki ke usia 7 bulan,mama mengalami pendarahan yang menyebabkan mama dikejarkan ke hospital pada jam 3 pagi...dan seterusnya bermulalah kehidupan mama sebagai penghuni HSAJB di wad kelas kedua berkongsi dengan enam penghuni yang rata-ratanya juga mengalami masalah yang sama seperti mama...Masih teringat lagi dengan teman-teman yang berkongsi pengalaman suka duka melahirkan anak....terutama Kak Saonah dan juga Ema....kenangan kami bersama begitu indah dan abadi dalam hidup mama...
Selama sebulan mama mendapat rawatan yang cukup baik dari kakitangan HSAJB.Biarpun saat itu pelbagai perasaan menghantui hidup mama,namun demi anak yang mama kandungkan ini,mama pasrah dan juga redha menghadapi ketentuan untuk mama terus berada di hospital sehinggalah kelahiran ini.Tidak akan pernah mama lupakan saat jarum suntikan menembusi urat mama...saat pil melalui tekak mama...saat pendarahan selalu terjadi ketika itu....malah di ketika itu juga mama di uji bilamana papa Dina juga telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan papa juga terpaksa menjalani rawatan di hospital di Singapura. Waktu itu,mama benar-benar merasa tertekan di sebabkan mama sendiri tidak dibenarkan untuk keluar dari hospital untuk berada di sisi papa melalui kesakitan yang papa hadapi....Apakan daya,itulah ketentuan Tuhan...kita akan seringkali diuji dengan pelbagai ujian...
Mama dijangka bersalin pada 18 hb 8 2006,tapi pada 17 hb 7 2006 jam 3 pagi mama mengalami pendarahan yang agak teruk.Doktor mengesahkan bahawa mama perlu menjalani pembedahan pada hari itu juga.Maka tepat jam 11.57 pagi,lahirlah puteri comel mama ini yang mama berikan nama HANA IRDINA HANY.

Inilah rupa DinaHany pada hari pertamanya melihat dunia ini....
DinaHany...
Kelembutan wajahmu...memberikan mama dan papa kekuatan untuk meneruskan hidup...!