Program Pintar Al-Quran telahpun berlalu. Namun rentetan kenangan atas kejayaan Dina masih lagi meneruskan coretan memori untuk Dina kenangi suatu saat nanti....Kenangan2 indah untuk Dina ingati saat Dina dah semakin mengerti tentang erti sebuah kehidupan. Mungkin saat itu mama tidak lagi menemani sepanjang perjalanan hidupmu...namun apa yang mama tinggalkan ini,pastinya akan menyumbangkan seribu satu macam perasaan
CINTA dan KASIH SAYANG
yang tidak ternilai harganya.....segalanya untukmu sayang....
Inilah antara cenderahati yang Dina dapat di Majlis Khatam tersebut...
SEJADAH kecil dan juga TASBIH....
Juga senaskhah AL-QURAN...
Moga hadiah2 ini dapat mendidik hati,akal dan imanmu ke jalan kebenaran sayang...
Insya-Allah, mama akan memberikanmu didikan yang paling sempurna untukmu,moga dirimu senantiasa mendapat kebaikan dunia dan akhirat...
Erm....RM150 ini pula Dina dapat setelah Dina meraih kemenangan sebagai Pelajar Perempuan Terbaik Majlis Khatam Program Pintar AL-Quran UEMLAND...Teacher telah pilih Dina mewakili tabika Dina untuk kategori ini. Setiap pelajar yang dipilih akan menjalani ujian bacaan dari surah2 yang dipilih oleh penilai itu sendiri....sememangnya Dina tiada masalah dalam bacaan , cuma kadang2 Dina tidak mengikut panjang pendek bunyi bacaan itu sahaja. Namun alhamdulillah,rezeki itu tetap milik Dina....
Inilah Sijil Penyertaan yang menjadi bukti bahawa Dina telah menyertai program ini.
Sijil yang juga akan menjadi kenangan untuk Dina bila Dina dah dewasa nanti.
Sesungguhnya mama dan papa hanya menjadi insan yang senantiasa berada di belakangmu,yang akan memberikan pendidikan dan sokongan dalam setiap apa yang Dina lakukan...selebihnya,Dina perlu berusaha sendiri untuk mendapat dan meraih kecemerlangan dalam kehidupan Dina.....