Memang mama gembira sangat melihat perkembangan Dina seharian. Selain daripada huruf Dina dah kenal,Dina juga kenal nombor 1 hingga sepuluh.Setiap hari Dina akan mengira di dalam buku dan juga carta nombor dan huruf yang mama tampalkan di dinding.Malah Dina akan minta mama buku Metik...Metik...untuk Dina buat dan kira...
Penat sungguh mama ketika itu nak melayan karenah Dina bila nak belajar...apapun,mama tidak pernah terkilan kerana kepenatan itu telah berbayar bilamana Dina kenal dan boleh belajar dengan tekun dalam banyak perkara.Apa yang paling penting selepas itu,Dina dah pun pandai menulis nama sendiri.Mama rasa amat puas dan berbaloi. Memang papa Dina amat sedih sebab tidak dapat bersama mama mengajar Dina,tapi tidak mengapalah ...kadang-kadang dalam hidup,kita kena menerima apa yang telah ditakdirkan dengan penuh redha.Pastinya,kejauhan ini ada hikmah di sebaliknya.Tapi apapun perkembangan Dina,senantiasa mama kirimkan pada papa.Malah kerja-kerja yang Dina hasilkan juga mama kirimkan buat tatapan papa. Papa kata...papa amat bangga dan bersyukur kerana mendapat anak seperti Dina....